"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 06, 2010

Tarik Balik Artikel Dalam Blog: Patut Atau Tidak..?

Lepas aku post 1 artikel beberapa hari lepas, ada seseorang hubungi salah seorang dari sahabat aku dan minta jasa baik sahabat tersebut supaya pujuk aku untuk tarik balik artikel yang telah dipostkan tersebut.

Macam-macam alasan aku bagi pada sahabat yang jadi orang tengah. mula-mula aku cakap aku ada dekat luar dan aku akan tarik balik sebaik saja aku balik, kemudian aku bagi pulak alasan aku tak dapat akses internet, kemudian aku bagi lagi lain-lain alasan yang tak masuk akal dan akhirnya aku terus terang dengan sahabat tu - tolong bagitau orang berkenaan bla bla bla bla bla...

Sahabat yang jadi orang tengah serba-salah... aku paham sangat-sangat keadaan dia (sahabat) dan akhirnya aku minta nombor HP orang berkenaan dan minta untuk selesaikan sendiri hal berkenaan posting aku tersebut dengan orang berkenaan.

Pendekkan cerita, sebaik dapat no HP orang tersebut aku segera koling-koling dia dan minta dengar dari dia sendiri alasan kenapa aku mesti tarik balik artikel tersebut.

Aku ditanya - "patut ke buat posting macam tu..?", aku terus jawab "memang patut sebagai teguran dan encik jangan anggap apa yang saya post ada kaitan atau dirancang dengan mana-mana orang lain... apa yang saya postkan diwebsite adalah saya, atas nama saya adalah pandangan saya dan tak ada kena mengena dengan sesiapa..."

Ringkas jawab aku.

Tak tahulah dia faham/terima atau tak penjelasan dari aku.

Hari ni, aku yakin 100% orang berkenaan akan buka dan baca website aku macam yang biasa dia buat. satu tabiat yang sangat-sangat terpuji bagi sesiapa sahaja yang rajin membaca apa-apa bahan bacaan. dapat ilmu, dapat macam-macam. yang baik kita simpan, yang tak baik kita jadikan sempadan. masing-masing Allah kurniakan akal, gunakan sebaik-baiknya.

Aku jugak mintak maaf sebab tak dapat nak tarik balik artikel tersebut dari website ni. itu etika aku dan aku hormat diri aku sendiri. pada aku artikel tersebut memang patut dipaparkan diwebsite ni dan anggaplah ianya sebagai teguran... muhasabah diri kalau terkena batang hidung sendiri.

Jadi untuk orang yang berkenaan dan lain-lain pembaca yang cerdik, aku jelas sekali lagi disini, apa yang aku postkan disini, kalau terkena pada batang hidung korang, ambiklah ianya sebagai teguran. untuk kebaikan korang jugak. kadang-kadang cara teguran dibuat agak kasar.

Itu biasalah dalam dunia cyber. mana yang tak bagus, cuba ubah jadi lebih baik. kadang-kadang teguran dibuat bukan sebab benci, tapi sebab kita tak mahu orang-orang yang kita tegur jadi lebih teruk. jadi bahan bualan dikedai-kedai kopi sebab sikap yang tak bagus bukanlah 1 perkara yang baik bagi sesiapapun.

Mana lebih baik - orang menjaja kelemahan kita atau orang menjaja kebaikan kita..?

Yang tu terletak atas diri sendirilah kan..? kalau tak suka orang menjaja kelemahan kita, maka ubahlah jadi yang lebih baik. selalunya kita tak sedar apa yang kita buat tu orang tak suka. bila baik sangat, orang pun segan nak tegur kita. jadi...

fikir-fikir, dan ubahlah...

No comments: