"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 09, 2008

Polis berjaya kesan Bala.

diciplak dari : malaysiakini

Jul 9, 08 8:17pm

Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseBagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata polis berjaya mengesan Balasubramaniam hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Perlu masa

Ditanya bilakah pihak polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata: "Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala".

Mohd Bakri berkata polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan profesional.

"Beri kami (polis) ruang untuk jalankan siasatan, jangan terlalu memberi tekanan hingga menyukarkan kerja polis," katanya.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lalu.

Anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan membuat laporan polis di Balai Polis Dearah Brickfields pada Sabtu lalu selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.

Selepas lima hari menghilang, penyiasat persendirian itu buat pertama kalinya menghubungi Kumaresan malam semalam dan memaklumkan beliau dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Isu Solat : Presiden Cuepacs wajar letak jawatan.

diciplak dari : dppwp

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal diatas kecetekan buah pemikiran yang dilontarkan oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman terhadap cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam dinegeri itu.

Hujah beliau bahawa syarat itu akan menafikan hak kaum lain dalam menjawat jawatan di agensi Kerajaan di negeri itu membuktikan bahawa beliau sendiri tidak faham tentang dasar baru yang ingin diperkenalkan itu.

Pemudawilayah menasihatkan beliau agar tidak melatah sedemikian rupa dalam membahaskan isu ini. Apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS ini bukanlah perkara baru kerana hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu dan Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa;

“Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”. [Al- Bukhari]

Hadis di atas menyebut dengan jelas tentang solat yang menjadi komponen kedua terpenting dalam Rukun Islam. Perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak adalah tentang solat, ianya tiang agama, dan bagaimana seseorang pekerja itu dapat bermanfaat pada majikan jika tiang agamanya sudah tiada.

Soal solat ini juga adalah pembuktian penting umat Islam terhadap kepercayaan mereka kepada Allah (Tuhan). Bila sebut kepercayaan maka ia juga terkandung dalam perkara pertama dalam rukun negara iaitu kepercayaan pada Tuhan.

Perkara ini bukanlah suatu gurauan kerana setiap penjawat awam wajib patuh pada rukun negara ini. Bagi mana-mana penjawat awam yang tidak patuh maka mereka boleh dipecat. Bagaimana jika seseorang penjawat awam atau pemohon itu enggan mengiktiraf kesetiaan pada Raja dan Negara, enggan memperdulikan keluhuran perlembagaan dan tidak kisah tentang kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan. Layakkah beliau untuk menjadi pegawai awam yang bekerja untuk negara dan negeri?

Arahan Kerajaan PAS ini juga adalah sebahagian dari usaha membasmi masalah rasuah dan disiplin kalangan penjawat awam yang gagal di atasi melalui kaedah semasa. Tindakan ini juga dibuat berpandukan keyakinan pada janji Allah bahawa:

“Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. [Al-Ankabut ayat 45]

Kalau kita selidiki, kebanyakkan penjenayah yang beragama Islam atau golongan yang bermasalah di negara ini adalah dari kalangan mereka yang tidak menjaga solat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ada menjelaskan bahawa;

“Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa”.

Maka apalah sangat yang perlu dikecohkan jika usaha ini diteruskan. Omar tidak perlu risau kerana peraturan ini hanyalah sebahagian dari peraturan yang boleh dimasukkan dalam senarai peraturan tatatertib kakitangan awam.

Jika Kerajaan sebelum ini melalui JPA menguatkuasakan arahan yang tidak logik dalam peraturan berkenaan seperti tidak membenarkan pegawai Pengurusan dan Profesional terlibat dalam politik dalam negara ‘demokrasi’ ini, apa salahnya jika Kerajaan PAS memasukan arahan yang lebih logik seperti solat ini.

Peraturan ini juga hanya terhad kepada kakitangan yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam masih tertakluk pada peraturan sedia ada.

Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Beliau seharusnya meminta maaf dan meletakkan jawatan sebagai Presiden Cuepacs kerana apa yang beliau ucapkan itu adalah sesuatu perkara yang amat memalukan ramai penjawat awam, khususnya dari kalangan mereka yang beragama Islam.

Berhubung persoalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam yang khuatir tentang mekanisma perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah awal-awal lagi tidak diambil bekerja.

Bagi kakitangan sedia ada, mereka akan ikut kerana ianya sudah jadi peraturan. Setiap kali azan, ketua jabatan akan bertanggungjawab memastikan kakitangannya berada di surau dan masjid.

Kalau susah juga, kad perakam waktu solat boleh diperkenalkan sebagaimana kad perakam waktu kehadiran. Tetapi itu adalah pilihan yang mungkin tidak akan digunakan kerana di kelantan sekarang ini kebanyakkan kakitangannya adalah mereka yang solat 5 waktu.

Kewujudan peraturan ini hanyalah sebagai penegasan dan mendidik disiplin kakitangan, khususnya bagi mereka yang baru berhasrat menyertai kakitangan awam di Kelantan.

Pemudawilayah secara keseluruhannya menyokong cadangan ini dan berharap ianya dapat dilaksanakan dengan segera dan menjadi contoh bagi negeri lain.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

TP - ni la akibatnya kalau anugerah akal yang Allah bagi tu tak digunakan dengan baik...kawan aku yang Hindu pun boleh tangkap pada siapa undang-undang ni ditujukan tanpa perlu rujuk pada orang PAS...malu betul kat orang beragama Hindu sebab lebih faham tentang Islam dari separuh dari kita yang mengaku Islam dari kecik...elok dilempang je mamat CEUPECS ni...KHAK PTUIH!!!

Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan.

diciplak dari : malaysiakini

Jul 9, 08 2:52pm
Unit Amal PAS menjadi sasaran kritikan anggota Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) susulan kekecohan di pentas sewaktu persembahan pemuzik Carburetor Dung di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, Ahad lalu.

Unit khas bawah Dewan Pemuda PAS ini dipersalahkan kerana memboikot kawalan keselamatan di stadium Kelana Jaya sebelum konsert tersebut.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini, mereka dianggap "telah meninggalkan medan perang" dan "jika unit ini ada, keadaan dipercayai akan lebih terkawal."

Dalam mesyuarat gabungan itu lewat petang semalam, isu penarikan Unit Amal PAS daripada tugasnya itu dibangkitkan sendiri oleh penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat.

carburator dung lewd performance at protes fuel price hike rally mppj stadium 070708"Perkara itu mula-mula ditimbulkan oleh PAS, Dr Hatta dan Aiman Ahthirah sendiri," kata sumber itu lagi.

Wakil unit itu, yang turut hadir dalam mesyuarat dua jam bagi menilai perhimpunan tersebut, mengakui kesilapan mereka.

Namun begitu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat menuding ke arah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad - yang tidak hadir dalam mesyuarat itu - kerana dikatakan telah mengarahkan anggota unit tersebut menarik diri.

Semalam, dewan itu berkata pihaknya "tidak sesekali berasa kesal" dengan tindakan Unit Amal menarik diri di pertengahan perhimpunan itu.

"Pemuda sememangnya mengambil risiko apabila menarik diri dan kami bersedia dihukum jika jelas kami bersalah.

"Tapi sebelum itu, kami ingin nyatakan bahawa kami tidak sesekali berasa kesal dengan tindakan itu," kata ketua penerangannya Herman Shamsudeen di blog pergerakan itu (dppwp.wordpress.com).

Malaysiakini juga difahamkan persembahan Carburetor Dung itu diteruskan selepas kekosongan akibat kegagalan mengisi slot hiburan yang ditugaskan kepada Kamaruzaman.

"Sepatutnya ada persembahan nasyid dan dikir barat pada hari itu tetapi Kamaruzaman gagal membawa kumpulan itu," kata sumber lagi, yang mengetahui butiran mesyuarat Protes di ibu pejabat PAS malam tadi.

Kedua-dua kumpulan itu dipercayai ingin dibawa dari Kelantan tetapi membatalkankan penyertaan kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis, kata sumber.

Mesyuarat juga mengenal pasti tidak ada persefahaman dan pembahagian jelas antara Unit Amal dan Skuad Angkatan Muda PKR menyebabkan kawalan keselamatan tidak berjalan lancar.

"Tidak ada pembahagian yang betul-betul jelas antara kedua-dua unit. Masing-masing buat hal masing-masing," tambah sumber.

Dr Mohd Hatta, dihubungi sejak semalam, enggan mengulas lanjut isu tersebut.

Aku, Underground & Pakatan Rakyat...

Assalamu'alaikum...

Aku agak lepas "festival" protes di stadium MBPJ 678 tempohari tak ada kontroversi bakal berlaku tapi nyata agakan aku mensasar jauh sejauh matlamat demo diadakan...


Pertamanya aku & berjuta-juta rakyat Malaysia ( aku yakin ) terlalu hampa & kecewa bilamana demonstrasi yang diharapkan terswitch menjadi "festival" ala-ala woodstock bercampur karnival Sure Kelakar.hajat nak menyuarakan ke"bengang"an rege minyak bertukar jadi ramai-ramai naik minyak...bravo...


Ke 2 nya aku pasti & yakin amat semenjak tercetusnya kontroversi tayang boxer oleh Alak Carburator Dung dari gerombolan band underground fokus manusia-manusia bergelar rakyat Malaysia kearah anak-anak muda underground semakin terarah & bukan sikit tapi ramai yang dah mula nak ambik tahu apa itu "underground" & kenapa wujudnya mereka-mereka ( yang dikatakan golongan sesat ) ini...


Ni aku nak perjelas sikit apa itu underground scene & kenapa wujudnya golongan "bawah tanah@hantu tanah" ni & kebetulan pulak aku pernah terlibat dengan scene underground masa muda-muda dulu ( 1990 ) & sampai sekarang aku masih mengikuti ( sedikit ) perkembangan gerombolan underground ni.


Apa aku nak kisahkan dekat sini bukanlah keseluruhan wajah underground tapi cukuplah aku jelaskan serba sikit roots ataupun basic kemunculan peminat-peminat & pengikut-pengikut underground di Malaysia supaya mata-mata yang memandang serong & mulut-mulut yang menghuduhkan gerombolan underground ni sedar betapa pentingnya kewujudan gerombolan ini dalam perjuangan menegak keadilan dalam politik Malaysia.


Ramai yang tak tau bahawa boleh dikatakan 100% pengikut-pengikut underground adalah mereka-mereka yang hidupnya memberontak tak puas hati pada "sistem" yang ada di Malaysia atau lebih tepat lagi mereka lebih dahulu menolak KERAjaan yang memerintah negara ini.hatta perkataan "KERA"jaan telah lama popular dikalangan underground crowd sebelum digunapakai oleh pihak politik bergelar pembangkang...

Kalau diikut pada perjuangan underground, sebelum era reformasi lagi puak-puak underground telah sekian lama menuntut perubahan dalam politik Malaysia.bezanya suara mereka tidak didengar sementelah pula platform yang mereka gunakan hanyalah platform dunia hiburan...itu sebabnya mereka digelar "underground"...muzik mereka TIDAK SAMA SEKALI diterima oleh "LABEL".untuk pengetahuan korang "LABEL" membawa maksud record company yang berdaftar.


Mana mungkin muzik yang liriknya 100% menghina KERAjan & polis bisa melepasi tapisan KDN untuk dikomersialkan???itu sebabnya mana-mana "LABEL" tak akan berani mengkomersialkan underground kecuali bagi underground band yang berunsur kerakyatan,keanak-anakan atau cinta antara manusia...OAG contohnya yang berjaya dikomesialkan tapi korang bacalah liriknya...sekarang ni dah banyak band-band underground yang dikomersialkan oleh "LABEL" tetapi ini semua bukan genre yang menjadi penentang.ini semua kalau dirujuk pada hardcore atau die hard fan ( kipas susah mati ) underground hanya sebagai "poser" dalam etnik ini.


Ramai politikus-politikus & aktivis-aktivis politik tak sedar betapa pentingnya underground dalam menjana atau memperluaskan reformasi di Malaysia.Tuan-Tuan & Aktivis-Aktivis politik sekelian...bukalah mata korang...korang kena terima hakikat bahawa anak muda-anak muda underground sememangnya amat penting dalam reformasi.ini hakikat.

Kenapa nak menghina mereka-mereka ini?sekian lama mereka-mereka ni berjuang dalam cara mereka malah sebelum era reformasi lagi mereka-mereka ini sudah memegang panji perubahan mengikut acuan mereka sendiri & bila kamu politikus-politikus sudah gagah, cuba pula menafikan keterlibatan underground dalam hal ini...selama ni korang tak pernah ambil tahupun apa ada pada mereka & tiba-tiba bila ada yang melakukan kesilapan, bertubi-tubi pula membelasah keterlibatan mereka..?


Pernah ke ada antara kamu politikus-politikus baik dari PKR,PAS atau DAP cuba mendekati mereka-mereka ni?aku nasihatkan para politikus-politikus yang menggunakan "LABEL PARTI" supaya jangan bercakap tentang keburukan underground selagi kamu tidak mendekati mereka..!


Ada lagi yang perlu aku jelas disini...untuk pengetahuan korang-korang semua...kebanyakan anak muda underground ini, diakhir keterlibatan mereka kebanyakannya berakhir kedalam platform politik PAS tapi mungkin korang tak sedar tu sebab kebanyakan mat-mat x underground ni sifatnya dari dulu lagi lebih suka berdiam diri tetapi gerakan perubahannya tak pernah bernoktah...sentiasa segar & takkan berhenti semudah itu...


Korang tanya-tanya la dalam group tabligh sendiri berapa ramai yang pernah terlibat dengan underground...korang cari sendiri jawapannya & korang akan tau...

Era reformasi???bangun bro...dalam beratus-ribu penyokong reformasi 1998 korang tau tak kebanyakan anak muda yang dibelasah dibarisan depan tu datang dari mana?korang tak tau kan?tanyalah anak muda -anak muda underground dimana mereka masa tu?Polis???orang-orang bawah tanah ni tak pernah takut pada polis kalau korang nak tau...


Bukan sekali cota tu jadi penghias tulang belakang mereka...berpuluh kali...tanyalah budak-budak underground kaki-kaki gigs.badan tu dah tepu dah dengan belasahan cota...cuma bagi budak-budak ni, benda ni tak perlu diperbesarkan.apa nak kecoh?tak kan lawan polis pun nak kecoh?


Dah la...aku malas nak taip banyak-banyak kat sini tapi aku nak nasihatkan & aku cadangkan pada pimpinan PKR,PAS atau DAP supaya cubalah dekati apa yang korang panggil underground ni...depa pun berjuang jugak...dalam KERAjaan memang dari dulu depa tak de tempat & tak kan korang yang sealiran dengan budak-budak underground pun tak nak bagi ruang untuk depa???


Kat bawah ni aku hidangkan sekali lirik lagu dari 2 band underground 1 dari Malaysia ( Carb Dung ) & barat ( Exploited ) lirik dari Carb Dung agak santai tapi bermakna & lirik dari Exploited pulak memang ramai underground crowds minat...nak tau kenapa?korang baca la sendiri...


BOO HOO CLAPPING SONG -
Carburetor Dung

I walk alone, I’m lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I’m crying
Don’t wanna know, we don’t care
My baby’s gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don’t care, now you don’t feel
So many friends, now where they’ll be?
Now you tell me…

Fuck The System - Exploited

It doesn't really matter
What you've got to say
They never fucking listen
To you any way

[Chorus] So fuck the system
You can bring it down
So fuck the system
We can bring it down

Future is chaos and anarchy
The misery continues
It's the governement way

[Chorus] So fuck the system
You can bring it down
So fuck the system
Chaos will bring it down

Get up and stand up
And fight back now
They didn't want to listen
But they'll listen now

[Chorus] So fuck the system
You can bring it down
So fuck the system
We can bring it down

Thousands of homeless
And more each day
The misery continues
It's the government way
Fuck the government

[Chorus] So fuck the system
You can bring it down
So fuck the system
Chaos will bring it down

Bala yang hilang

diciplak dari : mat saman kati

Pagi tadi aku ke market Kuala. Tengah sedap bilang telur, Mak Cik Piah jerkah aku dari belakang. "Kamu pun beli telor, Mat?"

Aku toleh kebelakang, tengok Mak Cik Piah pun baru beli ikan keli. "ini yang murah, Mak Piah. Nak beli sadin, tin kecil pun dah sampai 4 ringgit. Sekali hadap, licin. Telor ni ada le jimat sikit."

"Yang kamu beli sampai sepapan buat apa?" tanya Mak Piah.

"Nak bagi makan hantu raya!"

Tiba-tiba ikan keli dalam bakul Mak Piah melompat. Mak Piah terkejut sampai terlatah. "Oh mak kamu hantu raya nak makan ikan keli. Ape kejadahnya hantu raya makan ikan keli. Kamu pergi makan telor Mat tu.." Orang keliling semua senyum. Semua orang kenal Mak Piah kalau dia datang ke pasar Kuala. Dia lah penghibur dimasa harga barang semakin naik.

Bila dia sudah kembali normal, aku tanya,"Pak Nawi apa kabor? Matanya kabor lagi ke?"

"Orang tua tu tak mau dengor cakap. Doktor kata lepas operation, tak boleh buat kerja kuat. Tapi dia pantang dengor durian luruh, tengah malam pun dia turun. Hari tu tersepak tunggul, dah le bentan. Mata dia pun bengkak balik. Semalam bawak balik kehospital, tapi dia tak mau duduk wad. Tu ada dirumah, mata tertutup"

"Mak Piah datang sapa hantor?" aku tanya kat Mak Piah.

"Naik teksi sapu Berahim. Tu dia tunggu kat Bawah Lembah."

"Tak apa lah. Saya hantor. Cakap kat Berahim, tak payah tunggu." Aku pun bayar duit telur dan ajak Mak Piah kekereta.

Sampai dirumah Pak Nawi, Mak Piah pun ajak naik. Aku tengok Pak Nawi berbaring. Dia tak pakai spek hitam, tapi kedua-dua matanya ditutup dengan kain hospital.

" Apa kabor Pak Nawi?"

"Ini le rupanya. Kamu mata terbeliak pun tak nampak?" Dalam sakit pun Pak Nawi boleh berseloro lagi. "Apa cerita hari ni?"

"Hari ni suratkhabar riuh pasal Bala hilang."

"Orang lain sibuk sembahyang minta hilangkan bala, depa pula heboh Bala hilang?" Aku tak tau, Pak Nawi serius atau seloro.

"Bala yang buat akuan bersumpah tu... lepas sumpah, dia hilang." Aku jelaskan pada Pak Nawi.

"Tu la... jangan main-main dengan sumpah. Bagi tau kat Anwar... jangan pandai-pandai nak buat sumpah. Nanti dia pun hilang. Polis tak cari ke?"

"Tak tau le.. polis Malaysia bukan boleh harap. Budak-budak yang hilang dulu pun sampai sekarang tak jumpa lagi. Ni dah hilang lagi sorang. Jangan-jangan kena sorok orang Bunian tak?"

"Ish... Kalau kat Kelumpo tu, orang bunian pun takut. Takut kena langgar. Rasa aku la... ini bukan orang Bunian, tapi...mungkin orang kerajaan." Pak Nawi cakap sambil dahinya terkedut-kedut. "Jangan-jangan depa dah bawak dia ke Siam kot?"

"Kalau bawak keSiam mesti ada rekod kat Imigresyen!" aku jawab balik.

"Betina Mongolia tu pun masuk tak ada rekod! Nak heran apa Si Bala ni keluar tak ada rekod!" Pak Nawi dah mula berhipotesis.

"Tak kan Pak Nawi tak boleh tengok-tengok kot?" aku saja nak sakat.

"Kamu pergi kat belakang dapor tu, ambil ibu kunyit seketul. Lepas tu, cari tempurung jantan, bawak kesini." Pak Nawi bagi arahan.

Ni baru best!!! First time Pak Nawi nak tunjuk ilmu metafiziknya.

Aku pun pergi kebelakang dapur, korek kunyit satu perdu. Lepas tu aku cari tempurung kat timbunan sampah. Ketuk-ketuk sikit buang hampas nyior yang dah masam, aku bawak kat Pak Nawi.

Pak Nawi ambil kunyit dan tempurung. " Hoi!!! Ibu kunyit dengan anak kunyit pun tak reti ka? Yang kamu ambil tempurung betina nak buat apa?"

Selama aku sekolah, tak pernah cikgu ajar, yang mana tempurung betina atau jantan. Yang mana ibu kunyit, yang mana anak kunyit.

"Piah!... Pergi ambil kejap ibu kunyit dengan tempurung jantan!. Dah berjanggut pun tak kenal jantan betina." Jerit Pak Nawi kepada Mak Piah.

Dari belakang dapor, terdengar Mak Piah merungut. "Habis kunyit aku seperdu. "

Mak Piah dah tau adat-istiadat. Dia basuh ibu kunyit, belah empat. Bawa tempurung jantan dan bagi kat Pak Nawi. Mulut Pak Nawi kumat kamit. Apa yang dibacanya, wallahualam. Kunyit ditangan kiri, tempurung ditangan kanan. Dia baling kunyit yang dipotong empat keatas lantai dan cepat-cepat menutup kunyit tersebut dengan tempurung jantan. Semua kunyit tadi terserkup dibawah tempurung.

Hei!!! Yang tu aku tak heran. Tapi Pak Nawi buat dengan mata tertutup!

Bila dia buka tempurung, tiga daripada kunyit tersebut terlentang, satu tertungkup. Kemudian Pak Nawi tanya kat aku, bila Bala hilang. Aku jawab, hari Khamis malam Jumaat.

Pak Nawi membilang urat jarinya, macam orang sedang berwirid.

"Dia tak hilang. Cuma disorok. "

"Kat mana?"

"Dalam sebuah rumah, tepi air" kata Pak Nawi.

"Dimana?"

"Itu bukan kerja kamu."

Aku diam. Dah biasa dengan bomoh dan pawang. Cakap tak pernah habis. Tapi aku nak tau, macam mana depa boleh nampak benda-benda macam ni." Macam mana Pak Nawi boleh nampak, sedangkan mata Pak Nawi berbalut kain hospital?"

" Mat, Tuhan bagi kita pancaindera, tapi kamu tak tau macam mana nak guna. Anjing melihat dengan hidung. Burung hantu melihat dengan telinga. Ikan jerung yang tak ada hidung, tapi dia boleh mencium darah walaupun berbatu-batu. Ikan paus yang tak ada telinga pun boleh mendengar walaupun beribu batu.

Kamu balik, kamu belajar dari binatang." Kata Pak Nawi.

"Mat! Kamu makan keli masak tempoyak tak?" jerit Mak Piah dari dapur.

"Tolak batu dengan kayu je, Mak Piah."

"Nah.. bawak balik dua ekor."

"Aiii.. macam nak nyuruh balik je?" Aku bergurau dengan Mak Piah.

"Pak Nawi kamu, kalau dapat bersembang, bukan ingat dunia. Karang kamu balik, aku juga yang teruk!"

"Assalamualaikum Pak Nawi, Mak Piah!"

Pertemuan Ezam dengan Saiful Bukhari.

Diciplak dari http://www.umno-reform2.com/

Berbalas SMS seseorang dengan http://www.umno-reform.com/ sebenar tapi memaklumkan bahawa sahih Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful Bukhari sehari sebelum beliau mengaku diliwat dan membuat laporan polis atau tuduhan itu.

SMS itu dipetik sebagai berkata, saya ada bukti bahawa Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful Bukhari. SMS itu terus memaklumkan bahawa mereka akan menghantar bukti kehadiran Ezam tetapi tidak mahu menjawab sama ada pertemuan itu merupakan konspirasi Ezam Mohd Nor – bekas Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat.

Pertemuan itu dimaklumkan oleh orang kanan Ezam, yang baru-baru ini menyertai Ezam untuk menyeberang ke UMNO. Dalam SMS itu juga beliau mengaku bahawa orang yang memaklumkan itu ada bersama-sama sewaktu pertemuan itu dibuat.

Kami menghantar dua soalan lain – Adakah benar orang Najib yang meminta Ezam Mohd Nor menyempurnakan isu ini dalam usaha menyelamatkan UMNO? Beliau enggan menjawab dan apabila ditanya sama siapa nama salah seorang yang hadir sewaktu Ezam mengarahkan laporan polis itu dibuat – jawab beliau TIDAK ADA KOMEN.

Apa pun kami ada menyimpan nombor itu dan berjanji tidak akan membocorkan sebarang rahsia melainkan ia sudah dibenarkan oleh pemilik hand phone tersebut.

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan.

diciplak dari : harakahdaily

Intan Abdullah
Wed | Jul 09, 08 | 11:33:30 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.

Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.

Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.

"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).

"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

Lembu Liwat Nak Bersumpah? - Tipu Lagi!!!

Assalamu'alaikum...

Amende??? lembu liwat cabar anwar bersumpah??? betul ke tu? korang percaya ke email tu datang dari lembu liwat? silap la korang...sikit pun aku tak percaya email tu datang dari lembu liwat tu...TV3suku pun satu hal bangang juga...tukar la jadi TVLembu.

Kenapa TVLembu tak pergi cari lembu liwat untuk dapatkan pengesahan?ni pertama kali aku tengok TVLembu ambik remeh dalam ketepatan berita bagi pihak yang cuba menjatuhkan Pakatan Rakyat & anwar khasnya...mana wartawan yang buat pengesahan tu???

Kalau macam tu, aku pun boleh hantar email je kat TVLembu & buat cerita lembu aku kene sodom dekat Najib pastu kucing aku pulak ada hubungan sulit dengan Rosmah..!korang pun boleh la hantar email banyak-banyak kat TVLembu laporkan apa je & trus TVLembu keluarkan laporan email korang dlam slot berita fitnah TVLembu..!

Cuba korang fikir la...dalam alam cyber ni macam-macam orang boleh buat...aku pun boleh bukak 1 mail pakai nama lembu liwat...korang pun boleh...apa ada hal?kalau aku nak bukak 1 mail pakai nama lembu pawah pun boleh...nak pakai nama Pak Lah pun boleh...sapa nak halang aku?

Tok sah percaya la samaran orang tu.aku percaya email tu direka oleh orang lain yang mungkin ada 2 niat...1 nak menghuduhkan lembu liwat dengan mencabar anwar bersumpah...kalau anwar setuju & tetapkan tarikh...confirm lembu liwat tak kan datang & automatik 1 Malaysia hatta 1 dunia akan cakap lembu liwat memang kaki fitnah...

Niat yang ke 2 mungkin pereka email tu saje nak menghangatkan lagi suasana politik yang makin caca marba nih...apa pun aku takkan percaya yang email tu datang personal dari lembu liwat...

Fikir lojik la beb...kalaau betul lembu liwat tu nak cabar anwar & dia sendiri berani nak bersumpah, kenapa lembu liwat tu tak pergi direct through TVLembu ataupun mana-mana media lembu pengampu pemerintahan Lembu?tak kan la mamat tu tak de access untuk pergi through media-media lembu yang ada kat Malaysia ni???

Sudahla...ni semua sampah je ni...korang jangan senang-senang nak kena belit kat lembu liwat ni.kalau ye pun aku percaya email tu direka oleh salah sorang rakan Janna tunang lembu liwat ni...pas tu pautkan kat blog Janna bagi nampak real...Janna pun mungkin subahat jugak...ala...kalau(mungkin)cek dah clear...apa benda pun boleh buat kan...asal ada kepala agung je semua jadi beb...

Dah la...sukati korang la...pada aku, aku tak kan percaya berita bongok dari media lembu yang depa dapat dari lembu liwat tu selagi muka lembu liwat tu tak keluar dalam TVLembu...kalau berani & kalau betul lembu liwat tu berani bersumpah - AKU CABAR KAU SAIFUL, panggil PC & declare dengan rakaman sekali & kalau nak lagi real ngko buat live kenyataan ngko pasal nak bersumpah tu...selagi tak de semua tu, aku cuma anggap semua tu cuma mainan politik murahan penerima-penerima saham neraka dari lembu liwat!!!

Khak Ptuih!!!

Anwar bawa isu liwat ke JAWI.

diciplak dari : malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 9, 08 10:53am kemaskini 12:38pm
Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf - kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini," katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan"Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Protes 'serik' berdemo dalam stadium.

diciplak dari " malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 9, 08 11:08am
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) sudah "serik" mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, khususnya di stadium kerana ia kurang mendapat sambutan.

Perhimpunan sejuta rakyat anjurannya Ahad lalu yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya hanya dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pada sebelah siangnya.

Manakala acara kemuncak berupa ucapan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, terutama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh kira-kira 25,000 orang.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608Pada mulanya dijadual diadakan di KLCC tetapi kemudiannya dipindah ke Padang Timur, Petaling Jaya. Tarikhnya diubah dari 5 kepada 6 Julai.

Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

Dalam mesyuarat post mortem Protes petang semalam, pelbagai perkara, termasuk factor sambutan itu, serta insiden yang membabitk kumpulan pemuzik jemputan, telah dibincang secara panjang lebar.

Ambil pengajaran

Ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan tidak akan lagi mengadakan sebarang perhimpunan di tempat tertutup, seperti stadium.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Katanya, tempat seumpama itu tidak sesuai untuk mengadakan protes seperti yang terbukti Ahad lalu di mana kehadiran orang ramai kurang daripada sasaran.

Selepas itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan ada lagi protes diadakan di dalam stadium.

Mengenai insiden membabit kumpulan pemuzik pula, Arutchelvan berkata, pihaknya kesal dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Bagaimanapun, beliau menganggap ianya satu insiden kecil yang tidak mengganggu keseluruhan program tersebut.

TP - Dari awal aku dah agak dah tak kan berjayanya HSR ni...tgk pada aktiviti pun dah macam "festival"...kalau setakat nak protes aku rasa ambik masa 3 jam pun dah cukup dah...ni sehari suntuk nak buat hape???

Kes liwat dibawa ke Mahkamah Syariah, apa kesannya?

diciplak dari : detikdaily

Wednesday, July 09 @ 01:55:19
Oleh H Fansuri

Dalam acara Hujah TV9 yang terbaru, ditampilkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr. Mohd Puad Zarkasyi. Ada banyak hal menarik boleh dikutip sebagai bahan renungan, menungan dan tenungan.

Bagaimanapun, apa yang mungkin menarik ialah syor tentang mubahalah yang membabitkan Anwar dan Saiful _______ secara terbuka, bersumpah di atas nama Allah bahawa hal l.w.t itu terjadi (bagi pihak Saiful) atau l.w.t itu cuma rekaan fitnah semata-mata (bagi pihak Anwar).
Jadi, hal itu selesai di dunia buat sementara serta hukumannya menanti di akhirat ke atas kedua-dua hamba Allah itu.

Satu hal yang penting di sini ialah, matlamat mencederakan imej reputasi Anwar tidak berjaya jika sumpah ini benar-benar terjadi. Abdullah, khasnya Najib mungkin tak suka jika acara sumpah terbuka mubahalah ini terjadi.

Saya mengaku kurang arif mengenai hukum-hakam agama. Ilmu agama yang saya tuntut cuma setakat 4 Sanawi di Maktab Mahmud saja. Jika ada peluang ke Mesir, al-Azhar dulu, mungkin saya boleh menulis novel Ayat-Ayat Cinta (karya Habiburrahman El-Shirazy) yang kini hangat ditayangkan di pawagam dan boleh pula menjelaskan hukum-hakam agama, I'Allah.

Tetapi, bagaimanapun biarlah saya menggunakan deria rasa dan andaian-andaian saya yang mungkin salah pada pandangan agama. Begini...

Menurut hemat saya dan setakat yang saya faham, jika ada hukum syarie maka tenggelamlah segala perundangan hukum sivil (mahkamah sekular) bagai tenggelamnya kapal selam Scorpene di dasar lautan. Demikianlah sebaliknya. Apatah lagi, Anwar dan Saiful _____ sama-sama Muslim.

Anwar sudah pernah diadili melalui mahkamah sekular dan satu jagat tahu bagaimana tilam diusung ke mahkamah, penganalisa DNA telah dipecat dan pendakwaan ke atas kes l.w.t ini telah dipinda sebanyak TIGA KALI.

Diulangi, pendakwaan telah dipinda, diubah sebanyak TIGA KALI!

Apa kata jika Abdullah-Najib tukar drama pula? Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Abdullah sebagai tokoh ilmuan pemikir Islam Hadhari yang bakal membawa pemimpin Negara Islam bermesyuarat di KL nanti, tentu berasa serba salah jika dia berkeras, mahu membawa kes itu ke 'secular court'.

Malulah dia kepada pemimpin Negara Islam yang lain. Itu pun, jika masih ada malu yang bertakhta dan hikmah kebijaksanaan yang bersarang pada hatinya yang sudah gelap-gulita itu.

Najib lagi tension. Dia beriya-iya mahu melihat Anwar jatuh melalui drama l.w.t pada kali ini. Tidak berbaloi juga menawarkan banyak wang kepada Saiful_____. Alih-alih, tidak dijatuhkan hukuman ke atas Anwar di dunia ini, tapi hanya Allah yang menghukum kedua-dua mereka di akhirat nanti.

"Mana boleh?" getus hati Najib. "Aku nak rosakkan imej Anwar di dunia ini. Nanti di akhirat kita cerita lain pulak la dengan Tuhan."

Pada Najib, lagi untung ditawarkan wang sejuta kepada atlet sukan seperti yang disiarkan akhbar mutakhir ini. Naik la juga nama Najib sebagai orang yang telah berjasa kepada negara. Semua itu kredit untuk dibawa sebagai bahan perbualan di dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti.

Tapi, rugi juga jika dilaburkan wang itu kepada bekas pembantu Anwar itu. Kalau beri sejuta agar anak muda itu mengaku dil.w.t dan akhirnya kes itu ditunda ke akhirat, baik dari awal lagi Najib tak usah melabur awal-awal.

Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sekular?
Tapi, hal inilah juga yang menjadi persoalan saya yang tak faham hukum-hakam, pelaksanaan syariah di Malaysia ini. Kalau di negara lain dengan perbezaan mazhab dan aliran fikirannya, lain pula perjalanannya.

Soalan saya kepada guru saya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu, jika kes l.w.t itu mahu dibawa kepada acara bersumpah secara terbuka, apakah ertinya kes itu terus dibawa ke Mahkamah Syariah dan ia tidak lagi dibawa dalam Mahkamah Sekular? Adakah Dr Asri memberi penekanan ke atas hal ini?

Sebabnya, kalau sudah bersumpah, maka Anwar - Saiful ______ telah pun melalui sebahagian daripada proses undang-undang syariah. Itulah yang saya faham secara bodoh-bodoh, tidak khatam mengaji bab fekah syarak.

Jadi, jika Anwar - Saiful ______ telah melalui proses di Mahkamah Syariah, maka sepatutnya jangan dihukum dua kali melalui Mahkamah Sekular. Agak pelik juga dalam fikiran orang, bahawa satu jenayah boleh dihukum lebih dua kali (dihukum di Mahkamah Syariah & Sekular). Tidak logik pula.

Satu dosa tentulah dihukum sekali saja. Dua dosa dihukum dua kali dan begitulah berikutnya. Ini masuk akal oleh semua insan tanpa mengira apa bangsa, agama serta kepercayaan yang dianuti mereka di atas dunia ini.

Yang mungkin melawan cara berfikir waras ini adalah Umno saja, khasnya yang beraliran Glokal Hadhari. Ketika menulis ini, saya sebenarnya belum lagi habis membaca tulisan Dr Asri seperti yang tersiar di kolum beliau itu di Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Harapan saya ialah, beliau dapat respon persoalan yang saya bangkitkan ini dalam kolumnya yang akan datang. Tapi, jika beliau sudah menjawab, maka hal yang saya bangkitkan di atas akan terbatallah dengan sendiri.

Saya mengaku akhir-akhir ini tidak sempat membaca kerana gangguan kabel internet di SPKB dipotong orang dan baru-baru ini ada musibah lain pula, air kumbahan melimpah beberapa kali dari bumbung SPKB. Jadi, saya terpaksa menyusun nota-nota kuliah ini dengan segala kelemahan...

Segala yang baik dari Allah, yang buruk terbitnya dari Abdullah, Najib serta sifat beliau yang gemar kemewahan hasil komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lain peralatan ketenteraan lagi. Wallahu Ta'ala 'Alam.

'Bala hubungi saya beritahu diri selamat'

diciplak dari : BHOnline

Oleh Jalal Ali Rahim, Irwan Shafrizan Ismail dan Ifwan Tun Tuah
bhnews@bharian.com.my


R Kumaresan

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin.

Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat.

Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.

"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya.

Kumaresan berkata, beliau tidak dapat mengesan nombor telefon yang digunakan bapa saudaranya itu kerana Balasubramaniam menghubunginya menerusi talian peribadi.

Sabtu lalu, Kumaresan membuat laporan di Balai Polis Brickfields selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.

Sehari sebelum itu, Balasubramaniam membuat akuan sumpah kedua bagi menafikan tuduhannya sebelum itu yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar juga percaya Balasubramaniam berada dalam keadaan selamat.

"Kita pasti akan mengetahui jika sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia 2009 di sini. Turut Hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don.

Wahid bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan Balasubramaniam sudah meninggalkan negara ini.

Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, tidak menolak kemungkinan Balasubramaniam berada di luar negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta polis Asean (Aseanpol) sudah diminta membantu mengesannya.

"Malah, kita sedaya upaya mendapatkan keterangan mereka yang terakhir bercakap dengannya, selain mengarahkan kawalan lebih ketat di pintu masuk negara," katanya selepas menyaksikan Majlis Persaraan dan Serah Tugas Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamed kepada Timbalannya, Datuk Robiah Abdul Ghani.

Mengenai dakwaan seorang lagi anak saudara Balasubramaniam, R Sega yang tidak menolak kemungkinan bapa saudaranya disembunyikan seseorang, Mohd Bakri menegaskan polis tidak menyiasat berdasarkan andaian.

"Kami adalah pegawai polis yang profesional dan perlu melakukan penyiasatan dan tidak ada motif lain. Kami menjalankan penyiasatan bertujuan mencari kebenaran kerana itu tanggungjawab polis," katanya.

Bakri berkata, tindakan polis mencari penyiasat persendirian itu juga bukan bertujuan meletakkannya dalam keadaan tertekan.

"Dia sudah membuat akuan bersumpah dan kami perlu mencarinya secepat mungkin bagi diambil keterangan segera. Kalau dia takut, boleh datang dengan peguamnya. Jika dia mohon kita jamin keselamatannya, kita akan beri kerjasama penuh untuk itu," katanya.

Mengenai perkembangan siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bakri berkata, lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk direkodkan keterangan mereka.

"Polis juga akan terus memberi perlindungan kepada pengadu sehingga dirasakan tiada lagi kemungkinan ancaman kepadanya," katanya. Setakat ini, polis sudah merekodkan keterangan 18 saksi termasuk doktor yang membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful.