"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 14, 2009

UMNO/BN: Semua Boleh...!!! - malaysiakini

Di Bukit Gantang..

Petang tadi aku dan rakan-rakan BLOGGGERNETWORK@PERAK yang lain pergi ke Bukit Gantang untuk meninjau kawasan yang akan kami berkampung nanti. Sedang kami pusing-pusing di sekitar kawasan tersebut aku tengok kat area ni banyak pulak bendera UMNO/BN yang dah dipasang!!!! Masalahnya yang aku dibagi FAHAM semua proses KEMPEN dan Pemasangan semua benda berkaitan Pilihanraya ni hanya boleh dipasang bila dah buat Hari Penamaan Calon bukan sebelumnya....!!! Ni yang buat aku bertambah MUSYKIL ni...

UMNO dah mintak kot nak DERHAKA pada SPR... sebab tu takde yang mempertikaiannya... Cuba kalau PR yang buat mesti dah kena turun masa tu jugak dan mesti dah jadi isu!!!!


Bila kita kata SPR tak telus depa marah kata NO, NO, NO,.... tapi kesilapan depan mata hampeh nak betulkan!!! Rasanya zaman sekarang ni UMNO/BN lah Pereka UNDANG-UNDANG tersohor sekali.... namun semua tu tak akan lama... perancangan Tuhan tu lagi BESAR la....

Perjalanan Balik...

Masa nak balik ke Ipoh balik aku punya la HANGIN,mana tidaknya semua jalan sesak teruk... Jalan sana tutup, jalan sini tutup semuanya pasal nak ke K.Kangsar... Aku tak kisah la apa hangpa nak buat kat sana tapi tolong la ingat sikit RAKYAT ni lagi penting WOI!!! Jalan ni RAKYAT bayar ROAD TAX tau... Rakyat nak lalu tak pulak balaci-balaci ni jaga betul-betul ya.... tapi!!!!!

Aku harap la korang semua yang zalim pada RAKYAT akan dibalas oleh Allah SWT!! Jangan ingat RAKYAT akan berhenti berdoa pada TUHAN..... Sebab Doa kami untuk kebenaran akan tetap di alun dan akan diMAKBULKAN bila DIIZINKAN ALLAH SWT... AMIN!!!!

Adoiyaiiii!!!!

-sya~reformis

Nizar & Ngeh Hadir Majlis Makan Malam Jubli Perak - malaysiakini

Nizar, Ngeh Dibenar hadiri majlis makan malam Jubli Perak

Kedua-dua tokoh Pakatan Rakyat tersebut dibenarkan menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak yang ke 25 di Kuala Kangsar. walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada para EXCO Pakatan Rakyat menerima jemputan atau tidak.

Apa yang dapat disahkan ialah setakat berita ini diterima, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang mengambil keputusan berpaling tadah dari Pakatan Rakyat dan menyokong Bariasan Nasional dilihat tidak hadir dalam majlis tersebut setakat ini.

Kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat hadir dalam majlis dan diketuai oleh apa yang dipanggil Menteri Besar Halam Datuk Dr Zambry Kadir dan ini membuatkan majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak kali ini sebagai yang terunik dimana ianya dihadiri oleh 2 Menteri Besar 1 dari Pakatan Rakyat dan 1 dari Barisan Nasional.

Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika tiba di Istana Kandariah menyatakan kepada wartawan "kami datang ke majlis ini dengan keamanan" dan "Pakatan Rakyat berada disini"... sejurus selepas tiba, Dato' Seri Ir Nizar menunaikan solat di Masjid Ubudiah.

TERKINI: Dari Bilik Operasi BlogNet - malaysiakini

Selangor (Laporan Rasmi dari semua kawasan operasi) - Alhamdulillah, sebanyak 65 pasangan melibatkan seramai 130 remaja telah dibawa ke sessi kaunseling & taubat di Shah Alam & Ampang oleh sukarelawan "Ops Valentine 09" yang diadakan malam tadi dengan kekuatan anggota seramai 222 orang melibatkan 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur.

Setinggi tahniah & syabas kepada semua pihak yang terlibat & menyokong secara moral - PERKID

Sarawak
- Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat, R Sivarasa telah dihalang dari memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Kucing jam 1:45 petang tadi.

Pihak Imigresen memberikan alasan ianya adalah arahan dari KERAjaan Negeri.

Sembah Derhaka PR, Penderhakaan UMNO - malaysiakini

-tok iskandar

Tok pun baru balik daripada bertapa di Gunung Ledang.Pikirkan formula macamana nak runtuhkan negeri UMNO paling kuat di dunia tak lain tak bukan negeri Johor.

Time turun dari gunung tadi sempat juga tok baca paper NST, antara tajuk yang sempat tok baca sepintas lalu - Sultan Selangor sedih dengan krisis politik yang berlaku di Perak mutakhir ini.

Baginda sedih kerana pak sedaranya, Sultan Azlan menerima tentangan hebat daripada rakyat jelatanya sendiri setelah menitahkan kepada Nizar letak jawatan sebagai MB Perak.

Tok tak nak komen tentang kenyataan rasmi Sultan Selangor itu, cuma tok nak bagitahu semua dalang sebenar di belakang tabir mengheret Raja-Raja Melayu ke dalam situasi yang menyulitkan kita semua ialah UMNO. Memang Tok confirm dan yakin benar.

Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.

Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Inipun kira derhaka jugak.

Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

Di Perlis, Shahidan Kasim enggan hadir ke majlis mengangkat sumpah MB Perlis yang baru juga boleh dikatakan derhaka dan boleh dibuang negeri.

Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.

Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.

Bila masa korang bela Melayu. Tengok Singapura dan Pulau Batu Putih yang dah tergadai dan jadi hak milik kekal kepada Singapura. Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor juga akan berdepan dengan situasi yang serupa. Kg Baru di Kuala Lumpur juga sedang menunggu masa untuk dirampas kerajaan pusat UMNO-BN. Banyak lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu untuk buat duit dan tok mintak bantuan rakan-rakan bloggers semua tambahkan mana-mana yang kurang di sini.

Jasa mantan presiden UMNO, mamak Mahathirlah yang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan bukannya Pakatan Rakyat. Ketika itu media totok UMNO menghina raja-Raja Melayu. Bukan menderhakakah itu wahai orang-orang UMNO yang telah menjadi baghal dalam politik negara..?

Eloklah pemimpin Pakatan Rakyat bawak semua kes ini ke mahkamah biar semua rakyat tahu UMNOlah yang menderhaka selama ini.

Krisis Ketidak Stabilan KERAjaan Halam - malaysiakini

Dah ada desas-desus ketidak-stabilan dalam KERAjaan Halam yang baru mengambil-alih pemerintahan negeri Perak secara tidak sah (rampasan kuasa). aku tak nak ulas panjang-panjang, sampai kami dapat info yang secukupnya dulu.

Jadi hangpa baca dulu sikit "rumors" a.k.a kupasan dari salah sorang pembaca weblog ni...

Anonymous

Dalam kesibukan media arus perdana memutar belitkan fakta sebenar tentang kemelut politik dalam negeri Perak, sudah kedengaran desas desus mengatakan percaturan Najib merampas kerajaan negeri perak melalui sistem lompat parti adalah gagal walaupun pada dasarnya mereka sudah menawan bangunan SUK dan menteri besar serta ahli exconya sudah mengangkat sumpah.

Pada awalnya Najib memang berjaya menawan tiga ADUN PKR negeri Perak. Sehingga Najib Razak dilihat begitu bergaya ketika membuat pengumuman dihadapan wartawan bahawa BN kononnya telah mendapat cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri perak yang baru.

Angka yang dikatakan cukup majoriti itu adalah 28 ADUN dari BN dicampurkan dengan 3 ADUN BEBAS yang ditawan kononnya telah berpihak padanya.

Walau pun sepeaker DUN pada awalnya telah memberitahu pada SPR tentang pemecatan ADUN yang keluar parti itu, tetapi SPR telah menolak permohonan tersebut dengan mengekalkan status ADUN dan pilihanraya tidak diadakan.

Dan seterusnya pertemuan antara Najib dengan sultan telah memberi harapan cerah kepada UMNO-BN bahawa sultan tidak membubarkan DUN seperti mana yang diminta oleh Mohammad Nizar.

Malahan sultan mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak pimpinan PR kepada BN. Dan sultan menitahkan supaya Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Pada perkiraan Najib dengan tekanan dan tindakan drastik itu pasti akan membuatkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi panik dan membiarkan Mohammad Nizar letak jawatan secara sukarela seperti yang diminta oleh sultan. Dengan itu selesailah misi menawan kerajaan negeri Perak tanpa perlu menghadapi pilihanraya.

Tapi malangnya angan-angan itu telah disanggah oleh Anuar dengan tidak membenarkan Mohammad Nizar meletakkan jawatan secara sukarela tetapi mencadangkan supaya membawa kes itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Ini disebabkan dalam perlembagaan jelas menyatakan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan di bawah perkenan Sultan. Wujudnya menteri besar dalam kerajaan negeri adalah kerana sokongan yang dimiliki di dalam dewan.

Perubahan ini membuatkan Najib serta penasihatnya terkejut dan cemas kerana perancangannya sudah jauh tersasar dari tujuan asal.

Mereka cuba pula menimbulkan isu Mohammad Nizar derhaka pada sultan kerana ingkar perintah sultan supaya meletakkan jawatan.

Namun tindakan ini juga tidak mendatangkan hasil kerana sebelum ini UMNO juga telah menderhaka pada sultan Terengganu. Sebahagian dari rakyat negeri Perak pula dilihat telah bangkit mengeluarkan fakta bahawa pemimpin UMNO yang terdahulu telah merobek institusi raja-raja melayu. Oleh kerana itu isu derhaka sudah menjadi senjata makan tuan.

Kini Najib dan sultan dituduh sebagai tidak mematuhi undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dan berhadapan dengan persoalan mengapa mereka melantik Menteri Besar dan exconya secara tergesa-gesa tanpa dibubarkan dulu DUN atau diadakan usul tidak percaya atas alasan tiada majoriti bagi mengugurkan status Menteri Besar yang disandang oleh Mohamad Nizar…?

Pada awalnya kita lihat permainan lompat parti berpihak pada Najib tapi kini dia dan kuncu-kuncunya terkepung dalam masaalah yang diciptanya sendiri dan moral UMNO bertambah rosak.

Oleh kerana menerima nasihat dari orang bodoh maka Najib dilihat sebagai bakal Perdana Menteri tidak bermoral dan paling bangang hasil keluaran parti UMNO selama 50 tahun memerintah Malaysia.

Talian hayat Najib Razak yang terakhir hanya terletak pada peguam dan hakim mahkamah. Apa yang kita semua tahu, Najib akan melakukan apa saja tindakan demi kepentingan diri nya tercapai.

Persoalannya apakah hakim yang kendali kes ini sudah dibeli dan bersandiwara sebagaimana hakim korek…..korek….,korek…????

Tunggu dan lihat keputusannya….

"Hanya pada Allah kita berserah dan hanya pada Allah kita berlindung dari kejahatan manusia zalim"

*terima kasih "Anon" untuk kupasan yang menarik ini...

Mohd Annuar Zaini: Latar Belakang - malaysiakini

Ada pembaca yang tanya aku siapa Annuar Zaini yang kebelakangan namanya melonjak naik dalam arena politik di Perak... aku pun bukan tau banyak sangat pasai dia ni... jadi yang mana aku siarkan dekat bawah ni semuanya aku ambik dari [sini].

Nak cerita lebih-lebih tak dapat pasai aku tak kenai mamat ni...

Datuk Seri Panglima Mohd Annuar bin Zaini
merupakan Pengerusi Bernama, agensi berita nasional Malaysia yang mengendalikan Bernama TV di saluran 502 Astro dan Radio 24. Tempoh perkhidmatan beliau di Bernama dikatakan tamat pada 31 Januari 2010.

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak. Bapanya seorang anggota polis yang bersara dari perkhidmatan polis pada tahun 1983. Semasa bersekolah, Mohd Annuar telah mendapat anugerah pelajaran dari Tabung Kebajikan Kelab PDRM Ipoh yang diusahakan oleh Hanif Omar (Tun) ketika menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh.

Kerjaya


Dari 1981-1986 beliau menjadi Setiausaha Sulit Kanan Menteri Dalam Negeri dan dari tahun 1991-1993, beliau menjadi Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Perak.Tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak dan bersara pada 1999.

Sejak Februari 2004, Dato’ Mohd Annuar bin Zaini menjadi Pengerusi Bernama. Sejak 2004 DYMM Sultan Perak melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara Perak. Kemudian dipilih menjadi Distinguished Fellow kepada Institut Kajian Strategik Dan Hubungan Antarabangsa (ISIS) dan ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Mohd Annuar bin Zaini telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara mulai 30 Ogos 2007 dan sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September 2008.[1]

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat Berjaya Group, milik taikun Vincent Tan. Selain itu beliau menjadi pengerusi Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd.

Sebagai pengacara


Beliau beberapa kali menjadi pengacara dan menemubual beberapa tokoh penting negara seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di TV3 dan Menteri Penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan gaya bersahaja. Gaya beliau menyoal cukup menarik walaupun beliau bukanlah seorang wartawan.

Sebagai penulis ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, peranan Annuar Zaini dipertikaikan oleh ramai penulis blog seperti RockyBru dan Jeffooi.

Maklumat dari blog menyatakan beliau pernah bersama-sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Annuar Zaini juga dikatakan rapat dengan Tan Sri Musa Hitam[perlu petikan].

*Aku cuba bukak link ni - Mengenai Perlantikan YBhg. Dato' Mohd Annuar Zaini Sebagai Penasihat Khas, Pejabat Perdana Menteri tapi tak dapat... dah kena delete... kah kah kah kah kah kah... pasai apa depa pi delete aku tak tau...

Semak Senarai Tamu Majlis Santapan..? - malaysiakini

  • Polis akan menyemak senarai tetamu yang akan hadir ke majlis santapan diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi memastikan sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan bekas Exconya masih tersenarai dalam jemputan tersebut.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau akan menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bagi mendapatkan pengesahan untuk memastikan hanya mereka yang diundang sahaja dibenarkan masuk ke istana.
  • Beliau berkata, polis boleh menghalang mana-mana tetamu termasuk Mohammad Nizar dan barisan bekas Exconya jika nama mereka tidak tersenarai sebagai jemputan.
  • ‘‘Kita tidak tahu sama ada Mohammad Nizar dan bekas Exconya masih lagi tersenarai sebagai jemputan ke majlis itu dan saya akan menyemak perkara ini dengan SUK - UMO
TP - Setahu aku lah ... dalam mana-mana majlis adat istiadat Istana dalam mana-mana negeri baik di Semenanjung Malaysia mahupun Sabah & Sarawak, semua Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, YDP-YDP, Ahli-Ahli Majlis atau apa sahaja pemegang jawatan tertinggi dalam negeri-negeri berkenaan adalah tetamu undangan khas untuk majlis berprotokol Istana.

Jadi sepatutnya tak timbul isu nak semak balik senarai tetamu jemputan.

Ini adalah berdasarkan kepada institusi beraja adalah merupakan institusi tertinggi dalam negara yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Selama ni pun sepengetahuan aku, tak pernah berlaku kejadian dimana pihak istana hanya menjemput sebelah pihak (pemerintah/pembangkang) dalam mana-mana majlis protokol Istana sebab kalau berlaku demikian, bermakna institusi tersebut jelas "berpihak" kepada sebelah pihak...

Tapi tak tau la pulak kot-kot ada yang nak sabotaj ataupun ada komplot dibalik tabir tanpa pengetahuan pihak istana yang bertujuan atau berniat tak baik...

Yang ni kena tanya Datuk Mohd Anuar Zaini...

Najib, KJ, Ezam & Bukit Gantang - malaysiakini

  • Pergerakan Pemuda UMNO berharap pengundi di Bukit Gantang, Perak menterjemahkan taat setia mereka kepada raja menerusi pilihan raya kecil Parlimen kawasan tersebut pada 7 April ini.
  • Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat dan pengundi Bukit Gantang perlu membuat keputusan berdasarkan sokongan mereka terhadap konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
  • ''Sokongan itu perlu terjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya kecil DUN Bukit Gantang pada 7 April ini," katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini.
TP - ape kene mengena pulak mengundi dengan ketaatan pada Raja? tak paham lah ... ahhh ... tak yah komen pasai tu... aku komen yang lain ...
  • ''Pilihan raya kecil Bukit Gantang penting kerana kita hendak buktikan kemenangan Barisan Nasional (BN) boleh menjadi kemenangan moral selepas mengambil alih kuasa di Perak," katanya.
Aku nak bagi "tips" untuk UMNO/BN ...

1 - Bawak Najib ke Bukit Gantang - 40%

2 - Bawak KJ ke Bukit Gantang - 60%

3 - Bawak Ezam ke Bukit Gantang - 80%

Lu pikir la sendiri ... !!!

Malabar...???

  • Presiden Persatuan Usahawan Malabar Muslim Negeri Johor, Abdullah Aziz Mohamed melalui Forum Utusan Malaysia semalam mencadangkan agar semua pihak berhenti menggunakan istilah mamak atau restoran mamak.
  • Abdullah Aziz berpendapat, adalah lebih manis sekiranya kaum mamak dikenali sebagai kaum Malabar, manakala restoran mamak lebih sesuai digelar restoran Malabar - UMO
TP - oit... !!! mana Zambry Malabar??? teh tarik Malabar satuuu ... !!!

PLUS: Diskaun 10%, Naik 10%... Bijak, Bijak - malaysiakini

Berita 1 -
  • Kerajaan dijangka memansuhkan kutipan tol di sebuah lagi plaza tol dalam masa terdekat.
  • Menurut sumber, ia membabitkan Lebuh Raya Besraya yang menghubungkan Salak Selatan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan Serdang.
  • Satu lagi tol yang dijangka terlibat ialah Plaza Tol Darul Aman di Jitra, Kedah yang merupakan sebahagian daripada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) - UMO
Berita 2 -
  • PLUS Expressway Bhd. (PLUS) meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar tol baru sebanyak 10 peratus yang sepatutnya ditetapkan sejak tahun lalu.
  • Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd. Talha berkata, melalui perjanjian konsesi bersama kerajaan, PLUS berhak mendapat kenaikan tol setiap tiga tahun sekali dan sepatutnya dilakukan pada 1 Januari 2008.
  • Sebuah akhbar hari ini melaporkan PLUS akan mengumumkan kadar kenaikan tol baru iaitu dari kadar semasa sebanyak 13.60 sen setiap kilometer (km) kepada 14.96 sen per km, bermula akhir bulan ini - UMO
TP - kah kah kah kah kah ... berita 1 macam best, pada hakikatnya pihak konsesi dah "balik modal" tapi mungkin tak leh nak generate untung yang lebih macam yang diharapkan... erm... aku agak la...

Berita 2 pulak aku dok ghasa akan diluluskan oleh pihak kerajaan dengan alasan "kos penyelenggaraan semakin meningkat" (macam biasa la...) tapi pada hakikatnya pihak konsesi nak untung lebih lagi...

Oit... diskaun 10% mula dari jam 12 tengah malam sampai 6 pagi bukan PLUS ke yang buat?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

1 Malaysia kena kelentong..! pada hakikatnya hangpa x dapat apa-apa kalau kerajaan luluskan kenaikan takrif tol nih... kasi diskaun 10% untuk kenderaan ringan dari jam 12 tengah malam sampai jam 6 pagi lepas tu naikkan pulak takrif tol sebanyak 10%..!

Ini sudah bagus..! rakyat Malaysia kena BODOH lagi...!!!

SPR Boneka UMNO

Pemilihan tarikh pilihanraya kecil bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah atas arahan Najib. Dan ini bukan kali pertama Najib member arahan kepada SPR. Dalam kes Perak, dalang dibelakang rampasan kuasa Perak ialah Najib, dengan memberikan arahan kepada SPR tentang apa tindakan yang perlu dilakukan . SPR cuma tukang endorse saja.

Arahan Najib kepada SPR bukan dibuat secara direct…tapi melalui seorang Penasihat Undang-Undang Umno..seorang yang bernama Hasnizam. Dia ni selalu kelihatan, apabila ada press conference yang melibatkan Lembaga Disiplin Umno. Lebih kurang macam Zamri Kadir, selalu berdiri belakang Tengku Ahmad Rithaudeen. Dikalangan peguam-peguam dan DPP, nama Hasnizam ni memang terkenal kerana dia merupakan seorang peguam yang tak pernah masuk mahkamah, tapi cepat melonjak kerana kaitan beliau dengan Umno.

Dalam mesyuarat SPR untuk membincangkan tentang surat perletakan jawatan tiga ADUN diPerak yang dihantar oleh Speaker DUN Perak, Hasnizam telah mengarahkan SPR untuk melakukan apa saja, asalkan pilihanraya kecil diketiga-tiga DUN ini dapat dielakkan. Dan itulah sebabnya, mengapa SPR menolak surat perletakan jawatan tersebut, sedangkan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menjadi hakim, dalam menentukan sama ada surat perletakan jawatan itu sah atau tidak.

baca selanjutnya di [sini].