"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 03, 2010

"Jangan Berkawan Dengan Budak-Budak Racist" - Zahiril Adzim

Kan dah lama aku tak tulis entri panjang? Entah kenapa tiba - tiba pagi - pagi buta ni, mood menulis sampai, dek kerana detiknya hati, cetusan rasa serta fikiran sewaktu memandu dari Ipoh ke Kolumpo. Highway gelap dan panjang telah menciptakan satu ruang apungan fikiran.

Kelmarin masa aku pergi tengok tayang filem pendek "The Invigilator" lakonan Tony Eusoff, Cheryl Samad dan aku sendiri di TGV KLCC, aku telah ditemubual oleh kenalan untuk apa entah aku pun tak berapa dengar sebab suasana agak riuh masa tu.

Jadi beberapa soalan yang menarik diajukan pada aku dan aku pun jawab dengan santai dan jujur. Antaranya tentang isu gender, isu perkauman, isu ini dan isu itu.

Gossip? Memang takda. Sebab aku memang tak suka jawab soalan - soalan begini. Aku lebih suka jawab tentang pandangan aku tentang situasi yang sedar berlegar sekeliling kita. Dan aku rasa tukang-tanya tu pun tak berminat nak tanya tentang perkembangan percintaan aku, atau baju aku sponsor ke tak, atau kereta apa yang aku bawak, atau hati aku sudah berpunya ke belum, atau projek aku yang terbaru. Itu jauh dari curiosity-nya.

Setelah menjawab beberapa soalan yang syok, yang membuatkan aku terbakar - bakar semangat untuk menjawab, tiba - tiba keluar satu soalan yang membuatkan aku terdiam dan sayu sekejap selepas soalan isu - isu yang sebelumnya.

"So tell me Zahiril, kalau you boleh jumpa diri you sendiri masa kecik balik, what will be your message or your advice to him"

Untuk beberapa saat, hati aku terdiam sekejap. Dalam kepala aku memang kalau boleh (yang aku tahu memang takkan boleh) aku nak jumpa diri aku masa kecik balik. Banyak yang aku nak cakap dengan dia. Tapi untuk saat itu, satu je perkara yang aku betul - betul nak cakap dengan diri aku sendiri masa kecik.

"Jangan berkawan dengan budak - budak rasis" aku jawab.

Sebab racism ini satu racun juga virus yang susah nak dihilangkan atau dipulihkan. Kau bacalah buku tentang anti-perkauman ke, kau buatlah teater anti-perkauman banyak - banyak ke, kau ciptakan lagu penyatuan kaum dan anti-perkauman ke, ia tetap akan meninggalkan setompok calit sifat perkauman tu dalam diri sendiri.

Sampai hari ini, aku struggle untuk buang sifat itu dari dalam diri. Ia tetap ada, biarpun sedikit, kerana selama ini aku dibesarkan dengan environment perkauman, tukang-perintah yang suka berkeris, apatah lagi bila berkawan dengan budak - budak yang rasis. Ya, aku mengaku aku juga rasis dulu.

Jangan tanya apa yang aku dah buat, sebab aku budak nakal.

Bila sebut Cina, yang terlintas ialah babi.
Bila sebut India, yang terlintas ialah Batu Caves.
Cliche.

Sakitnya rasa bila kita benci sesuatu perkara yang dah ada dalam diri kita. Contohnya seperti kita benci kekasih lama yang selalu bermain dalam kepala. Kita struggle untuk buang, sebab kita tahu benda itu tak guna duduk dalam diri kita.

Sebab aku benci perkauman.

Tuhan mesti marah kalau kita sibuk dengan bangsa dan bukan agama. Kan? Aku tak tahu jawab sebab aku bukan Tuhan, tetapi setidaknya aku percayakan itu.

Mungkin hati aku terdiam sekejap selepas soalan itu diajukan kerana aku baru pulang dari tanah orang yang bukan bangsa aku. Sambil lagu Across The Universe beralun dari Ipod aku, di tengah - tengah kota, dalam lautan manusia (orang Jepun kan suka jalan kaki) aku terduduk dan terdetiknya hati.
Dari situ aku merasakan betapa kerdilnya aku antara kesesakan manusia di depan mata. Betapa tidak bergunanya label itu di bumi ini.

Mungkin Tuhan dah set up kan yang aku akan kendong detiknya pemikiran ini di tengah - tengah lautan manusia, malam tu.

Di tanah sendiri kita perkenalkan diri, Hi I'm Malay, dan tiba - tiba pulak di tanah orang kita perkenalkan, Hi, I'm Malaysian. Jadi apa identiti kita yang sebenarnya?

Minda, lidah dan hati aku juga mengakui bahawa Rasullullah S.A.W yang aku junjung sebagai Rasul Allah sendiri pun bukan sama bangsa dengan aku.

Dan kita lihat apa yang terjadi hari ini? Yang aku percaya semuanya bermula dari mentaliti bangsa, bukan agama. Bakar sana, bakar sini. Kepala sana, kepala sini. Sekali lagi, ini mentaliti bangsa sebenarnya. Yang dilaungkan perjuangan agama kononnya, tapi sebenarnya cuma super-ego bangsa, bukan agama.

Ini baru perasaan berada di tanah Jepun, belum berada di Makkah lagi. Apa perasaan kamu yang pernah memijak tanah Allah berkumpul dengan bukan Melayu tetapi atas satu tujuan kerana Allah s.w.t?

Masih lagi ada tebal sifat bangsa atau waktu itu hanya berserah diri sebagai Hamba-Nya?
Mengapa susahnya kita melihat manusia sebagai manusia dan bukan bangsanya?

-Zahiril Adzim

Petanda Awal..?