"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 15, 2009

Ceramah Husam Di Sungai Nibong Disekat - malaysiakini

Baru dapat maklumat dari Pulau Pinang mengkhabarkan bahawa program ceramah bersama Dato' Husam di Sungai Nibong (Rumah Pak Leh) telah dibatalkan. selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, pihak polis bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah didalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara.

Sejak awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, 5 buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. lain-lain ialah 2 buah black maria & 2 buah land rover pihak PDRM.

Jumlah kehadiran mengjangkau 2000 orang dan orang ramai masih tidak putus-putus memasuki kawasan dimana program sepatutnya diadakan.

Nampaknya pihak KERAjaan pusat semakin takut dengan kebangkitan rakyat dan juga usaha-usaha menyekat program penerangan dari pihak Pakatan Rakyat berkaitan isu-isu politik terkini cuba disekat dengan pelbagai cara.

Tengok pada situasi sekarang, pihak KERAjaan mempunyai "sifar" peluang untuk bangkit semula dan harapan mereka untuk diterima rakyat semakin kabur dengan tindakan mereka ini.

Kenapa begitu sekali takut...???

Video: Temubual Di IPD Kuala Kangsar - malaysiakini


Temubual bersama Bikir Perak. Klik [sini] untuk muat turun.

Temubual bersama Meor. klik [sini] untuk muat turun.

UMNO/BN Takut Pada Kebenaran - malaysiakini

Hari ni 1 hari aku dok lepak IPD Kuala Kangsar dengan Mat Saman Kati & Sya Reformis. bangkit pagi MSK habaq ada geng kena cekup. 2 orang jantan bloggers & 2 orang wanita PKR - rujuk [sini].

Iklan sat... sambil-sambil dok update ni kami tengok TV1, dekat bahagian bawah tu ada keluar ayat "kerajaan sedang memantau pandangan masyarakat antarabangsa berhubung situasi politik negeri Perak dan juga saman terhadap Sultan Perak"... pergh... "masyarakat antarabangsa" yang tak tahan tu... masyarakat antarabangsa ke antaraBANGSAT (UMNO)?

Lagi satu pulak... sape yang saman Sultan Perak pulak? tak habis-habis lagi ke nak sebar dakyah fitnah?

Balik pada kisah asal dari IPD Kuala Kangsar.

4 orang tu kena cekup dekat bawah lembah (aku tak tau kat mana, mungkin orang Kuala tau)... masa kene serbu, depa dok bincang pasai nak sebar risalah isu terkini dekat Perak... mungkin jugak KERAjaan Halam tak mau orang tau apa sebenarnya yang berlaku dalam negeri Perak, tu pasai depa dok nak sekat semua info-info dan fakta-fakta yang benar dari disebarkan.

Dok nampak gaya depa ni suka orang-orang Perak dok bodo je sampai bila-bila... pasai apa depa suka? pasai depa sendiri bodo... orang bodo ni dia boleh perintah orang bodo je. tak gitu?

Lagi pulak punya lama depa dok tahan dari jam 10:30 pagi sampai jam 4:30 petang. sebab jadi lama? pasai dok pikiaq nak charge bawah akta apa... pikiaq-punya pikiaq, dapat la jugak sangkut bawah akta mesin cetak sebab dekat risalah tu tak dak letak sape yang cetak.

Nak charge bawah akta hasutan tak leh sangkut pasai apa yang ada dalam risalah tu semuanya fakta. bantailah... janji boleh charge, janji ada kes, janji "Bos" seghonok.

Lepaih setel semua urusan lebih kurang jam 4:30 petang, kami gerak pi lepak gerai depan KWSP Kuala Kangsar. layan bihun sup... boleh tahan...

Setel isi perut, hantar Alfa Berlian balik terus gerak balik markas. tengah jalan YB Husam call tanya habaq semua yang kene cekup... dengar cerita YB Husam singgah Kuala Kangsar pi jumpa depa. lepaih tu terus gerak ke Penang untuk program malam ni dekat sana.

Sampai markas, budak-budak habaq ada SB 1 hari dah dok lepak dekat tingkat atas Ipoh Parade dok teropong markas. aku ingat nak ambik gambar SB tu, baru nak ambik kamera, kutu dah blah... nasib baik.

ok...roger...

Terkini Dari IPD Kuala Kangsar - malaysiakini

Baru je selesai semua urusan yang sepatutnya dengan pihak polis.

4 sahabat reformis telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sekarang berada dibandar Kuala Kangsar dengan semua yang terlibat tadi, dok layan bihun sup.

caiyo...!!!

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Terkini Dari IPD Kuala Kangsar - malaysiakini

Aku dekat IPD Kuala Kangsar mai jengok geng kita yang kena tahan pagi tadi.

Semua sekali yang kena tahan 4 orang. 2 lelaki (blogger Alfa Berlian & blogger Bikir Perak) dan 2 wanita (ketua wanita PKR Kuala Kangsar - Rosmina bt Hamdan & ahli PKR - Norbariah bt Mohd Ali).

Buat masa ni 2 wanita PKR baru je lepas beri kenyataan & tengah tunggu sessi soal-siasat dengan OCPD pulak.

2 blogger yang kena tahan pulak masih dalam bilik tengah bagi kenyataan pada pihak polis.

Untuk laporan seterusnya sila layari blog matsamankati di link - http://bloggersnetworkmalaysia.com/.

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Petugas PKR dan Bloggers ditahan Polis - malaysiakini

Kemaskini 11:30am - kami sedang dalam perjalanan ke IPD Kuala Kangsar. untuk kemaskini seterusnya sila layari bloh Ummi Anni

Empat orang petugas PKR Kuala Kangsar dan juga 2 orang BLOGGERS telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kangsar sebentar tadi kerana mengedar risalah-risalah penerangan tentang kemelut politik Perak.

Mereka ialah Puan Nor Bariah Mohd Ali, Puan Rosmina Hamdan, Abdul Hadi dan Meor Johari.

Mereka sekarang sedang ditahan di IPD kuala Kangsar.

Berita akan dikemaskini setiap masa...

-sya~reformis

UMNO Cheras hantar memorandum - malaysiakini

  • UMNO Bahagian Cheras akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Isnin ini bagi memohon perkenan dan merayu kepada Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya menggunakan budi bicara baginda untuk mengadakan satu mesyuarat khas.
  • Antara lain mesyuarat khas itu untuk meminta perkenan Tuanku Mizan membincangkan hal-hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang kini diperlekeh dan dihina oleh sesetengah pihak bagi kepentingan mereka.
  • Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, selain itu sekurang-kurangnya tiga lagi perkara akan diusulkan untuk menyatakan ikrar mempertahankan Raja-raja Melayu daripada golongan penderhaka.
  • "Memorandum ini berikutan kekecewaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang digambarkan melalui kenyataannya semalam. Kebiasaannya seseorang Sultan jarang mengeluarkan kenyataan.
  • "Jelas betapa murka dan kecewanya sehingga mendesak baginda berbuat demikian (keluarkan kenyataan). Saya yakin Sultan Perak sudah tentu lebih terguris," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Taat Setia yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.
Aku setuju supaya Raja-Raja Melayu mengadakan satu mesyuarat khas.

Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat khas tersebut selain dari yang disyorkan diatas ialah supaya pihak Raja-Raja Melayu membincangkan -
  • Bentuk tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.
  • Bentuk tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.
  • Bentuk tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu.
  • Bentuk tindakan undang-undang terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.
Jangan lupa jugak mintak Raja-Raja Melayu bincangkan beberapa perkara berkenaan tindakan Mantan TDM dan juga beberapa lagi tindakan para UMNOrism terhadap institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia...

Ada sape-sape teringat perkataan "Natang"? Ada sape-sape teringat krisis Raja-Raja Melayu dizaman TDM dulu?

Siapa pelopornya yang membugelkan Raja-Raja Melayu ketika tu? Pakatan Rakyat?

KERAjaan Halam Runtuh 2 Bulan Lagi..!

“BN tak boleh bertahan lama diPerak…paling tinggi dua bulan, lepas tu lingkup!.” Bila aku dengar cakap macam tu, aku ambil recorder, masuk dalam kotak tisu…letak dekat meja depa. Sejak bercampur dengan geng bloggers yang macam-macam jenis ni…dah boleh buat A-Team.

Depa punya kutuk Osman Jailu…punya la teruk. Kalau aku la jadi Osman…ambil passport, cabut pi Papua New Guinea lagi baik.

Kenduri kendara kat Cangkat Jering pun muka dia tak nampak…tak berani nak balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Osman Jailu tak dijemput. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi katak tiga ekoq tu tak nampak muka. Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku sedara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau, nak jadi apa? Kalau aku la….tak tau la mana nak taruk muka.

Bukan takat Osman…Jamaludin pun macam tu jugak. Hee lagi teruk! Bukan takat dia saja…habis adik beradik, sedara mara dia kena pulau! Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah. Kalau sampai tahap bini dia pun dok maki dia…kalau aku…buat border pass, pi duduk diam-diam kat Betong.

Belah sini tak suka, belah sana buat tak peduli…akhirnya Tuhan nak tunjuk jalan. Semalam, sebelum Anwar Ibrahim bertolak ke Qatar, ada utusan Jamal dan Osman berjumpa Anwar, minta berunding…kot-kot Anwar boleh terima depa balik. Tapi Anwar kata, “hangpa umumkan letak jawatan dulu, baru aku mau jumpa.” Terkedu utusan Jamal dan Osman. Tak tau la..apa keputusan Jamal dan Osman nanti, tapi tak mustahil…depa akan letak jawatan. Depa nak mati kat mana? Sapa nak sembahyang depa?

Hee Yit Foong pulak…tunggu masa saja. Mana boleh tahan maa! Dia punya bapak mau beli sayor pun olang tak mau juai! Lu pikir la sendiri. Dia punya culai dekat Beruas pun sudah banyak malah ooo! Dia punya kedai satu olang pun tak masuk ma!!! Ciak beh liao!

Baca selanjutnya di[sini]......

Posting Khas Untuk Pro UMNO..! - malaysiakini

Salam Bloggers!

Saya ambil sebahagian petikan ini dari sebuah blog Pro-PR.Tujuan saya cuma satu... Nak tahu benar atau tidak semua hal yang disebutkan ini atau ia satu lagi PEMBOHONGAN oleh pembangkang? Siapa Nak Jawab Nie????!!!! FITNAH ATAU BENAR?

Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)

baca selanjutnya di[sini].........