Aku dekat IPD Kuala Kangsar mai jengok geng kita yang kena tahan pagi tadi.
Semua sekali yang kena tahan 4 orang. 2 lelaki (blogger Alfa Berlian & blogger Bikir Perak) dan 2 wanita (ketua wanita PKR Kuala Kangsar - Rosmina bt Hamdan & ahli PKR - Norbariah bt Mohd Ali).
Buat masa ni 2 wanita PKR baru je lepas beri kenyataan & tengah tunggu sessi soal-siasat dengan OCPD pulak.
2 blogger yang kena tahan pulak masih dalam bilik tengah bagi kenyataan pada pihak polis.
Untuk laporan seterusnya sila layari blog matsamankati di link - http://bloggersnetworkmalaysia.com/.
--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Tok baru je belek sepintas lalu media-media totok UMNO,nampak tajuk utama Pakatan Rakyat berpecah!
Dalam agensi berita nasional,Bernama yang dikuasai Anuar Zaini juga melaporkan krisis dalaman Pakatan Rakyat.
Jahat dan licik sungguh si Anuar Zaini ni,eloklah kalau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang meniaga di pasar,mini market dan bisnes sendiri bila jumpa manusia bernama Anuar Zaini ni,korang bagi dia harga yang mahal-mahal sebagai upah kepada Bapa Peruntuh Demokrasi di Perak.Gelaran tu kau kena kongsi dengan Najib dan Zahid.
Realitinya,UMNO-BN semakin ditolak rakyat,kaum India memang dah lama makan hati dengan sikap angkuh UMNO-BN ini.Banyak isu melibatkan kaum India seperti HINDRAF,Kugan dan macam-macam lagi yang tak diambil peduli oleh UMNO-BN.Kalau MIC bijak,eloklah bawak 3 MP korang tu join Pakatan Rakyat.
Kaum Cina lebih 90% pengundinya menolak UMNO-BN ketika PRU12 dan PRK Permatang Pauh.PRK Kuala Terengganu tak boleh dijadikan uguran kerana kapasiti mereka sebagai minoriti serta berdepan dengan tekanan kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai UMNO.
Kaum Melayu pula berbelah-bahagi tetapi senario politik mutakhir seperti rampasan kuasa di Perak oleh UMNO-BN menjadi penanda aras kebangkitan Melayu menolak UMNO-BN.Tidak ramai Melayu yang tahu UMNO-BN telah merampas 1 juta hektar tanah rizab Melayu atas alasan pembangunan.Bela Melayu hanyalah pembohongan besar UMNO yang dibuat untuk mendapatkan undi mereka.
Melayu sekarang bukan bodoh.....Kenaikan harga barang runcit,PLUS pula menambah beban rakyat dengan pengumuman kenaikan tol sebanyak 5% dan gula pula naik 20 sen sekilo.
Apa yang najib buat untuk memulihkan ekonomi negara.Beli 3 DUN Pakatan Rakyat lompat parti retilah dia.Ketika ini 10 ribu orang menganggur.pelabur asing ramai yang berkira-kira nak tutup kilang.Prestasi najib sebagai menteri kewangan lebih teruk daripada Pak Lah.Eloklah dia dipecat atau dipotong gaji seperti yang dicadangkan oleh MTUC.Cadangan potongan gaji ke atas menteri kabinet dibuat MTUC baru-baru ini jika ekonomi masih meleset.
Earl Longford ke 7,seorang bangsawan politik terkenal di England pernah berkata,hanya ikan-ikan yang mati mengikut arus sungai.
Siapa nak jadi ikan mati boleh join UMNO-BN.Ingatlah semua Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim UMNO-BN yang memerintah negara melalui kaedah penipuan,ugutan dan jual beli.
Tok nak peringatkan kepada MB Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi tindakan terbaru kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap little napolean dalam jentera kerajaannya.Mereka inilah ibarat duri dalam daging dan musuh dalam selimut.Jangan dibiarkan mereka bermaharajalela serta merosakkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat
Mereka mungkin akan dikenakan tindakan dibawah akta Hasutan. Tapi kalau juak UMNO menghasut dibolehkan pulak. Memang polis ni geng BN. Tak patut..Stakat edar risalah penerangan je tu. Kalau boleh post je kat blog ni kandungan risalah tu biar semua dapat tengok.
tok iskandar...
banyak lagi ke gula-gula dalam poket tu yang nak di beri pada rakyat m'sia?
anon 3:26
bila pulak umno menghasut?
tak pernah yang nak muhasabah
diri sendiri...semua salahkan
orang lain...selekeh betul pro pr!
m'sia dah lama ada undang-undang
pengedaran bahan bercetak...lain
kali kalau nak edarkan apa-apa
risalah,rujuk la polis dulu...
saja je nak cari pasal...
saja je nak mencabar pihak polis...
Tok ambik ni daripada blog muslimeen united,
Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno (1991):
Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui ‘Kapitan Cina’.
Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.
Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.
Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato’ Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.
Sultan Selangor cuba baca balik resolusi ini,boleh mendatangkan kemurkaan dan UMNO akan dicop penderhaka
UMNO kan bodoh,mana sedar buat silap
tok...
saya ni bodo tak reti baca...
cuba tok terangkan kat saya kat mana yang boleh mendatangkan murka bagi sultan dan kat mana yang umno tu boleh di cap derhaka?
saya tak nampak la tok...
Tak reti bace tu buta huruf. Bukan bodo.
Kalau orang bodo tapi degil mmg lagila susah nak masuk.
Assalamualaikum.....Ketuanan Raja-Raja terdahulu adalah satu ketuanan Mutlak namun sekarang ini raja-raja adalah atas ketuanan Rakyat berlandaskan Perlembagaan....Dalam konsep "Derhaka" sekarang ini kalau dikaji selain kes Nizar banyak juga dalam kes Umno yang Derhaka kepada Kesultanan di Malaysia....( Jgnlah kita nafikan apa yang telah menjadi sejarah kerana sejarah itulah pengalaman dan pengajaran yang terbaik . Aku hairan dengan Kes baik Umno (yang terdahulu)atau pun Kes nizar yang berterusan berlaku.. kerana bangsa lain bertepuk tangan sesama melayu bercakaran dalam bab ketuanan melayu dan kesultanan melayu.mana perginya DAP (selain Karpal singh), Gerakan, MIC, MCA, PPP dan lain-lain lagi....kalau aku melatakkan diri aku dalam bangsa mereka.aku hanya senyum sahaja melihat semua ini berlaku....
Kalau takut risiko ni serah je kuasa balik pada raja. biarla diorang nak bergolok gadaikan rakyat memasing. Setuju gitu? Bubar semua parti. Yang ada cuma rakyat dan raja. Tapi Kuasa rakyat siapa boleh tentang?
Post a Comment