Baru dapat maklumat dari Pulau Pinang mengkhabarkan bahawa program ceramah bersama Dato' Husam di Sungai Nibong (Rumah Pak Leh) telah dibatalkan. selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, pihak polis bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah didalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara.
Sejak awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, 5 buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. lain-lain ialah 2 buah black maria & 2 buah land rover pihak PDRM.
Jumlah kehadiran mengjangkau 2000 orang dan orang ramai masih tidak putus-putus memasuki kawasan dimana program sepatutnya diadakan.
Nampaknya pihak KERAjaan pusat semakin takut dengan kebangkitan rakyat dan juga usaha-usaha menyekat program penerangan dari pihak Pakatan Rakyat berkaitan isu-isu politik terkini cuba disekat dengan pelbagai cara.
Tengok pada situasi sekarang, pihak KERAjaan mempunyai "sifar" peluang untuk bangkit semula dan harapan mereka untuk diterima rakyat semakin kabur dengan tindakan mereka ini.
Kenapa begitu sekali takut...???
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
tahniah polis,sb dan fru...
polis, sb & fru kepala merah...dah prepare ke jawapan2 utk soal jawab dgn Allah SWT di padang mahshar nnt???
Assalamualaikum...
Sungguh la Tuan-tuan bagai dikata....
Aku baru aje balik dari Sungai Nibong ni...
Husam berucap tanpa healer mahupun microphone....dalam rumah yang sempit tu Tuan-Tuan....
Tu tak kira panas lagi tuh.....
Polis/FRU punyalah ramai....ingatkan ada rusuhan ka...tunjuk perasaan ka...demo ka...tapi habok pun takdak....
Dalam jam 11 malam Polis bagi arahan menamatkan ceramah Husam...Husam pun beralah terus baca doa...
Betul-betul buang masa....buang duit...buang kederat Polis/FRU nih....
Roadblock toksah cakaplah.....
-Taiping-
Topeng perak,
Zahid Hamidi adalah perancang utama dalam kemelut politik negeri perak masakini, dan Najib pula menjadi jurucakap UMNO perak.
Walau pun kita melihat Zahid Hamidi depan lensa kamera seperti lelaki pondan, tapi disebalik tabir dia adalah manusia yang amat garang lagi pemarah.
Cerita ini dikeluarkan oleh orang yang tidak tahan lagi bekerjanya. Walaupun Zahid Hamidi adalah menteri islam hadhari, namun dia kini dilihat sebagai syaitan hadhari baru pulang dari mekah.
Dikatakan, semua tempat dalam kawasan B. Gantang sudah diletakkan orang yang diupah untuk kelaksanakan kempen pilihanraya dalam dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah kumpulan yang dilihat amat berhemah dalam kempennya.
Kumpulan kedua adalah kumpulan ala samseng. Kumpulan kedua ini akan digunakan jika keadaan terdesak.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh terlepas pandang terhadap pergerakan dan percaturan Zahid Hamidi yang mahu mengkucar kacirkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Maklumat ini harus dinilai....!
TAKDE KE ORG BARING ATAS JALAN? TU LA KORANG NI GANAS SANGAT...APA LA
parpu...hang nak tau ada ka tak..mai la tengok...apa barang asyik tulis kat blog tp takut nak bersama...takaut dok "idup melayu" "daulat tuanku" baik tak payah..buang masa jee
HEHE Pakatan rakyat ni kira dah macam anasir subversif selayak komunis. Pandai undang2 juak BN ni buat. Tapi x pernah pun mengaku makan hasil cukai rakyat yang membangkang. Penafian hak dilakukan atas sebab takut hilang pengaruh..Cuma beza komunis angkat senjata dan PR tidak. Kalau PR angkat senjata mau bukan polis, tapi askar pun siap panggil. Dayus dayus. takpalah sesaudara. Kertas undi ada. Sapa nak pangkah PR no hal. Sapa nak pangkah UMNO no hal. Undi masing2. Blogger PR jgn kacau Blogger BN, BN jangan kacau blogger PR. Tu terpulang pada masyarakat utk menilai. X payah nak menyampuk Blog orang lain
Bilalah negara malaysia nak buat undi terbuka. X yah pakai kertas undi, Kira bahagi jer kumpulan mana sokong PR dgn mama sokong BN. Nampak muka seko-seko. X der lagi isu pengundi hantu hahaha. Biar padan muka seko-seko kene berjemur tengah jalan sampai hitam pasal nak bagi tukang kira. Takpun deklare sendiri dalam rang daftar pemilih sapa sokong BN dan sapa sokong pembangkang. Langsung tadak pilihanraya yang membazir duit rakyat sebab nak melobi. Pakej rangsangan konon. Hak Ptuih!
Post a Comment