"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Jawapan Sebenar Khatib Berkenaan Insiden Menteri Raba-Raba - malaysiakini

Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang persoalan ini :-

Saya terkejut dengan komen beberapa pengunjung yg kononnya ada di masjid mendengar khutbah saya. (Kata beliau selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.")

Jawapan saya : Saya tak pasti sama ada betul atau tidak beliau ada dlm masjid, tapi berdasarkan apa yg beliau tulis saya pasti beliau hanya menerima laporan dari pekakas UMNO kat situ. Kalau betul beliau ada pun mungkin beliau tidur masa tu.

Tuduhan : beliau (ust suhaimi) memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.)

Jawapan saya: Terus terang memang saya buat 2 perbandingan. Saya stop setakat perbandingan Military Order 378 dengan ISA. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu. Tentang kem Guantanama - saya katakan, penyokong ISA, apabila mempertahankan ISA mereka cuba menghalalkan tindakan itu dengan merujuk Amerika juga ada kem guantanamo. Saya persoalankan kenapa dlm soal keadilan kita merujuk pada negara kafir. Islam Ada prinsip keadilannya.Bila pulak saya kata lebih teruk dari Guantanamo. Tentang Obama saya tak kata obama baik apa yg saya kata, Kini Presiden Baru Amerika Barack Obama mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita. Saudara ada betul ke dalam khutbah tu... tuduhan saudara Tak sama dengan apa yg saya ucap.

Tuduhan: khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.)

Jawapan saya: saya tak tuduh saya ceritakan fakta kebenaran. Politik yg saya sebut adalah politik Islam Prinsip keadilan dalam Islam.

Tuduhan : oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri jj mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

Jawapan saya: Tak benar saya melenting. Ahli karyah masjid yg ada dalam masjid ketika itu. JJ pada awal memang cool bersalam dengan saya. Saya reti adab dengan manusia. Bila JJ kata minggu depan dia nak Khutbah macam saya, saya katakan silalaa datuk khutbah sebab saya pun nak dengar khutbah dato. menyebabkan JJ melenting dan dengan nada yg marah ajak saya keluar dengan alasan untuk berbincang. Saya tak nampak perbincangan boleh berlangsung dengan baik dalam keadaan marah marah. Sebab uti saya ajak beliau duduk untuk bincang. Mana mungkin kalau saya melenting saya nak ajak dia duduk. Org yang melenting tengah duduk pun dia akan berdiri. Nabi mengajar tempat yg paling baik untuk muzakarah adalah masjid, sbb kita akan sentiasa jaga adab muzakarah bila kita duduk dlm rumah Allah.

Tuduhan: dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

Jawapan saya: Ini menunjukkan jelas beliau tak ada dalam masjid atau beliaun tertidur. Saya tak lancar derma untuk mangsa ISA. Saya sebut dlm Khutbah kedua, kita menghampiri musim persekolah 2009, disana ada anak-anak dan isteri mangsa ISA yang hidup dalam kedaifan, maka saya mohon sumbangan untuk kita bersama ringankan beban mereka, meringankan beban mereka untuk menghadapi sesii persekolahn akan datang. Di Keratong itu pun ada salah seorang tahanan ISA yg masih belum bebas dan anak isterinya hidup dalam kedaifan. Buat apa nak kutip derma untuk tahanan, kalau kutip pun kita tak boleh nak serah pada mereka kerana jeriji besi dan tembok tinggi manghalang kita. Saya lancar derma untuk anak dan isteri tahanan ISA bukan untuk anak isteri JJ. Saya cadangkan saudara ziarah lah anak dan isteri ISA. tengok kesusahan mereka. majoriti mereka beragama Islam.

Kesimpulan

Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,

Renungan

Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izzuddin Abd salam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg cuba menaikan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi peperangan. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut "Haram kutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam istana". Iman Izzudin menambah "Jual diri kamu sebelum kamu jual rakyat kamu." Lagi keras peringatan ini Nak tahu kisah sebenar kunjungi blog saya. Sila rujuk links berkenaan untuk info lanjut :-
-Pahang Daily

3 comments:

Anonymous said...

Inilah susahnya bila ada pihak yang cuba buat fitnah. Untuk meyakinkan orang lain, mereka mendakwa bahawa mereka ada di tempat kejadian tapi yang sebenarnya adalah sebaliknya. Bila jadi macam, rasa macam perlu ada cctv pulak kat masjid. Bukan apa, nak elak fitnah...

Anonymous said...

"Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,"


apa agaknya yang dimaksudkan?tak paham......hurm...

Anonymous said...

ustaz
masih lagi nak menipu pengunjung yea
ustaz menjawab persolan ini adalah kerana ustaz terasa kepanasan isu tersebut. ini kerana ustaz sudah melakukan sesuatu yg salah.

ustaz Yang Maha Kuasa mengetahui apakah sebenar yg ustaz cakapkan

ustaz tidak baik untuk memutar belit kan isu ini ustaz.

org keratong 4 semua tahu kebenaranya ustaz.apa kata kite tanya jemaah keratong 4 diorg tahu cerita sebenar.sapa yg betul dan yg salah.

saya seorang pemuda yg melihat parti mana untuk saya sertai.saya memang berminat untuk menyertai pas namum begitu bila mendengar ceramah ustaz saya sgt terkejut

khutbah di politikan
adakah ini seorang yg digelar ustaz.terus saya memadankan hasrat saya untuk mengisi borang pemuda pas kerana PAS sekarang di dokong oleh pas sekular berlainan dengan ajaran pas yg original.

pergolakkan dalam pas pun turut diketahui.saya berharap agar kempimpinan pas tidak menerima lagi kepimpinan semacam ustaz ini.kerana ia akan menjadi barah kepada pas dan terpesong dari matlamat sebenar perjuangan pas

http://parlimenrompin.blogspot.com/