"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Perkasa bela hak Melayu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan lima perkara dalam Perlembagaan negara yang akan menjadi agenda pertubuhan itu untuk diberi perhatian dan diperbincangkan bagi membela hak Melayu dan pribumi dari semasa ke semasa.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa juga akan terus lantang mempersoalkan isu-isu berkaitan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan bagi menjamin hak kaum tersebut terus terjaga.

“Masih belum terlambat untuk kita bangkit memperjuangkan hak kita yang sudah termaktub. Saya penuh yakin dan bersemangat untuk ini,” tegasnya semasa membacakan resolusi Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

TP - PEKIDA gagal ke? UMNO gagal ke? kalau dah makin banyak pertubuhan diwujudkan untuk membela "melayu" maknanya apa?

Maknanya semua pertubuhan yang dah sedia ada ni "GAGAL"...

Tak gitu?

4 comments:

Anonymous said...

Banyak tertubuhnya pertubuhan bukan bermakna pertubuhan atau badan-badan tertentu gagl untuk mencapai matlamat tapi untuk memberi galakan kepada bangsa kita untuk mempertahankan hak kita. Bila ada banyak pertubuhan, kita nampak akan kekuatan yang ada untuk membela hak Melayu Islam.

Anonymous said...

pasti bermakna PKR tak akan bela melayu. nak jual melayu adalah!

pas tak tahu nak bela apa? melayu atau islam? mereka confius di negara mana mereka berada. mereka flip flop.

masa mca bertanding di akwasan melayu dahulu, pas hentam umno kata letak kafir.

skerarang kafir harbu dap boleh pulak mereka sokong.

ini kerja sepanjang sejarah nak jual dan nak jadikan melayu hamba.

awak tak pernah ke singapura?

Mr Joker said...

anon - singapura? hm... parti mana yang luluskan "pengeluaran" singapura dari malaysia ya? pasti bukan PAS,DAP atau PKR kan?

UMNO kah itu?

Anonymous said...

TP

betul umno kluarkan spore dari malaysia,.tapi anda xbelajar sejarah kah?

Terlalu byk sbb mengapa spore perlu disingkirkan,.umpama penyakit kencing manis yg perlu dipotong kaki

Adakah TP mempertikaikan kebijaksanaan pemimpin2 terdahulu?

Siapakah TP mahu meremehkan sumbangan Tunku,Tun Hussein,Tun Razak?