"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Nak Bogel? Bogel lah...!!! - malaysiakini

Pagi jumaat aku beli akhbar Sinar Harian... terkejut baca tajuk berita atas - Reformis Ancam Bogel Depan MB. huwaaa... ini satu perkembangan yang mem"belakang"kan..!

Aku ingat reformis pro UMNO, tengok pada gambar, rupanya reformis pro Pakatan Rakyat... ops... Pakatan Rakyat ke? dalam gambar ada sorang pakai baju berlambang PKR... (namanya Ramlan kalau tak silap aku).

Ape punya turrr... nak bogel? bogel lah? kalau dah rasa kamu (baca "reformis") tu tak de "kemaluan", teruskanlah berbogel... aku cabar kamu-kamu (baca "reformis") yang cabar MB selangor..! bila nak bogel... maklumkan dulu dekat aku... aku pasti datang dengan kamera yang dicas secukupnya, memory kad yang punya storage besar (ini satu sejarah, aku tak kan sia-siakan) dan juga beberapa peralatan yang aku fikirkan sesuai untuk mendapat shoot menarik (beberapa ekor kera sebagai "gadget" atau pelakon tambahan mungkin menarik kan?).

Untuk apa nak berbogel? alasan kamu-kamu (baca "reformis")- kerajaan selangor membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat... jadi apa untungnya berbogel? menunjukkan kemaluan dikhalayak ramai itu perkara yang menguntungkan kah? (mungkin ini satu bentuk perniagaan baru)

Lihat pada isu yang dibawa oleh kamu-kamu (baca "reformis") - kenaikan sewa rumah PPRT daripada RM124 kepada RM250.

Nampak macam betul apa yang kamu pejuangkan... tapi (ada tapi)... baca di [sini]. aku quot sedikit untuk rujukan - "Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jadi apa masalahnya?kalau rasa anda tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi, mohon saja bantuan tersebut... lepas mohon, kalau layak tetapi dinafikan hak kamu oleh kerajaan selangor, barulah menyalak..!

Dah pergi pada sumber berita sebenar? dah pergi melawat dan cuba buat inventory ditempat-tempat yang dimaksudkan?

Ada kawan yang menetap disana, gajinya entah berapa aku tak pasti... tapi mampu mempunyai sebuah kereta waja yang dibeli secara ansuran... bukan waja 2nd hand kawan... waja baru... (berapa agaknya instalment bulanannya?)... ada jugak jiran-jiran yang dikatakan kurang berkemampuan tetapi mempunyai sebuah kereta kancil dan jugak sebuah kereta wira...

Layakkah mereka-mereka diatas mendiami tempat tersebut? aku rasa lebih ramai lagi yang gajinya lebih kecik dan juga tak punya kenderaan tetapi menyewa rumah yang sewanya jauh lebih mahal dari sewa rumah diatas... jadi siapa yang lebih layak kalau begitu?

Siapa sebenarnya yang cuba di"bela" oleh reformis? golongan yang benar-benar berpendapatan rendah atau golongan yang mampu tetapi berselindung disebalik label "golongan berpendapatan rendah?"

Sepatutnya reformis perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak... kenapa tak cuba berunding dulu? apa salahnya kalau reformis mengambil pendekatan menjadi orang tengah antara kerajaan selangor dan penyewa PPRT? nak jadi hero? American Hero pakai spender diluar, Malaysian hero bogel terusss??? bodoh sungguh... aku ingat american hero ialah model hero terbangang pernah dilahirkan oleh dunia, rupa-rupanya Malaysian hero lebih bangang lagi... kenapa tak cuba bogel sambil memakai spender diatas kepala? lebih menarik kan?

Aku ada satu cadangan yang aku rasa cukup bernas untuk pihak polis menghadapi bakal "super hero" malaysia ni...

FRU biase menyembur protestor dengan air kimia kan? apa kata untuk para "super hero" ni pulak, pihak FRU sediakan air berwarna... pastikan warna tersebut akan melekat pada mangsa anda sekurang-kurangnya selama 5-6 hari...

Aku nak jugak tengok "super hero" berwarna-warni berjalan-jalan dikhalayak awam lepas "mogok bogel"... amacam?

Berapa ramai agaknya Malaysia akan ada "super hero"?

8 comments:

Anonymous said...

Biasanya diorg ni nak sewa rumah murah sebab nak divert financial tu..tu yg pakai kete 2-3 bijik, pengalaman aku kat KL ni pun sama la... umah kecik, 2 bilik, pakai kete besor, Innova lagik... camne tu? Pastu sibuk nak duduk kat Flat DBKL... ada member, menyewa kat tuan rumah yg dulunya duduk rumah tu byr kat DBKL rasanya x smp Rm200.. dah jadi milik sendiri, sewakan kat org RM400 sebulan... bilik 2 je pulak tu.. ntah le...

Anonymous said...

mentaliti melayu memang cam tu kebanyakannya. sanggup bayar astro 50 sebln tapi tak sanggup bayar duit maintanance rm40.

Anonymous said...

ni apahal pulak nak bogel-bogel ni.tak reti malu ke.malulah kat penduduk Malaysia.nak buat apa ikut budaya luar dengan mengadakan demonstrasi secara berbogel.ishh!merepek lah benda-benda ni.

Anonymous said...

Bodoh sungguh mereka-mereka yang nak bogel untuk protes. Takde maruah. Sungguh memalukan agama dan bangsa... Gila punya pro Pakatan Rakyat...

Anonymous said...

Daripada mogok bogel baik buat mogok lapar...

Anonymous said...

Mulai dari saat ini kau orang jangan kutuk Orang Melayu dengan berbagai kutukan lagi. Orang Melayu biasanya mudah mesra, tidak suka cari gaduh, tidak suka tipu, rajin bekerja, tidak suka minta sedekah, demi menjaga maruah diri dan keluarga orang melayu sanggup berperang... tak takut mati.

Yang malas itu bukan orang melayu,tapi orang yang menyamar sebagai orang melayu.
yang menipu itu bukan orang melayu,tapi tapi orang yang menyamar sebagai orang melayu.
yang menjahanamkan bangsa melayu bukan orang melayu tapi orang yang menyamar sebagai orang melayu.. mereka yang menyamar sebagai orang melayu ini penyebab masyarakat orang melayu kucar kacir.

Kau yang mengaku orang melayu betul ke kau semamangnya orang melayu atau kau orang asing menyamar orang melayu..? Celaka !

ISA said...

Topeng,

Aku cadangkan FRU gunakan Dakwat yang di beli oleh SPR untuk PRU12 hari tu untuk sembur peserta2 bogel ni.

Elakkan pembaziran... kha..kha..kha

Isa : ikutsukaakuisa.blogspot.com

wakmeli said...

korang xmarah ke dorang dah memalukan golongan reformis tulin? xpernah aku dengar kenyataan yg kurang akal drp reformis.adakah dorang ni nak popular n glamer je?
tolong la cermin diri.