"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 08, 2009

P-036 Kuala Terengganu - Semarak Pakatan Rakyat Bentuk Kerajaan Pusat

Seketika kita tinjau pengumuman kemenangan di P 36 Kuala Terengganu, 17 Januari 2009..!

InsyaAllah, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut - PAS - Parti Islam Se-Malaysia - PR - Pakatan Rakyat menang, ini ialah kemenangaan pengundi P 36 Kuala Terengganu, dan kemenangan Rakyat Malaysia seluruhnya.

Kemenangan ini mensemarakkan Pakatan Rakyat tuju kejayaan total di PRU 13. Di sini kesinambungan pencapaian kejayaan P 44 Permatang Pauh.

Bertambah suara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dan kurang 1 suara Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kemudian Pembentukan Kerajaan Baru dan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang prihatin Rakyat.

Perhatikan, kalah atau menang Wan Ahmad Farid Wan Salleh - UMNO - BN - Barisan Nasional, tidak menjadi penting kepada mereka.

Jika tidak kisah Lah jika pengundi di P 36 Kuala Terengganu mengundi dengan memberikan kekalahan kepada calon Barisan Nasional.

Tiada banyak perubahannya. Wan Ahmad Farid Wan Salleh tetap diutamakan. UMNO beralih kepada Perhimpunan Agung 9 Mac 2009, Barisan Nasional tunggu perjumpaan khas, kerajaan kembali tidak peduli Rakyat Malaysia.

Seandainya Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong, dan dia benar-benar bersara awal. Kemungkinan Mohd Najib Abdul Razak dipilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.

Ini dijangkakan adalah keputusan paling buruk bakal dilakukan Abdullah Ahmad Badawi sebelum bersara awal. Kerusi Perdana Menteri Malaysia diserahkan kepada pemimpin yang sama buruk atau lebih teruk lagi.

Katakan Lah ini persepsi terhadap Mohd Najib Abdul Razak. Namun semakin ramai sedang mencari jalan bagaimana Mohd Najib Abdul Razak tidak dapat duduk di kerusi tersebut, ataupun duduk seketika sahaja.

Caranya, ialah Snap Poll, selepas Mohd Najib Abdul Razak, rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sila baca lanjut di sini:

http://atotalblog.wordpress.com/2009/01/08/a-possible-snap-poll-after-9th-of-march-2009-if-najib-becomes-pm/


From Suara KeADILan Online

By Wong Choon Mei


They also reiterated plans to topple the BN federal government and believe that KT may be the key that unlocks the door to a less corrupt and better-governed Malaysia

More here:http://limboochang.com/

InsyaAllah, doakan supaya diselamatkan-Nya Rakyat dan Negara Malaysia.

Nota:

Wan Ahmad Farid Wan Salleh mahu jadi jambatan di P 36 Kuala Terengganu.

Apa hal pula dengan ura-ura satu jambatan menghubung Melaka dan Achech. Khabarnya RM 38 Billion.

-Satu Blog Total

6 comments:

Unknown said...

Salam Perisik yang optimis.

Pakatan Rakyat akan merosakan orang Melayu dan Islam selagi korang bersama kafir harbi laknattullah tu.

Tidak perlu terlalu optimis dengan cita-cita nak jadi kerajaan persekutuaan.

jaga 5 negeri tu dulu.

Aku tengok dah tunggang langgang.

kata nak bentuk masa 16 September? Apa cerita?

Tukar pula lepas raya haji.. tak jadi juga..

JELAS DAH KORANG NI PENIPU RAKYAT.

Ini tah apa2lah korang tipu rakyat Terengganu masa kempen.

InsyaAllah.. jika BN menang, BN akan terus memartabatkan Terenganu sebagai negeri Islam Hadhari dengan ini, InsyaAllah "ulul Amri" dapat kita lahirkan seramai mungkin.

BN juga akan terus memacu pembangunan yang pesat di KT dan Terengganu untuk kemudahan semua termasuk musuh2nya juga yang tak reti2 nak bersyukur.

Wallahhualam.

Mr Joker said...

Salam Taming Sari...

Pada pandangan aku, Kafir harbi lakhnta ialah para penyokong UMNO yang masih gagal menyatakan pendirian hangpa mengenai pelaksanaan hukum hudud.

sebab apa aku habaq lagu tu?

pasai orang isam yang faham suruhan dan ajaran agamanya tetapi dalam masa yang sama menentangnya maka itulah dinamakan "kufur"...

apa itu "kufur"??? kufur ialah "kafir".

paham?

Unknown said...

salam..

Kufur itu kafir?

Hik2... Sape ajar ko ni?

Mesti itu yang orang PAS faham kan?

Sedih dan Sadis..

Anonymous said...

Taming Sari...!
Aku suka baca komen kau tapi kali ini akau rasa pelik diatas perubahan sikap kau sekarang. Aku sangka kau pejuang tapi pencacai.

Betul ke apa yang kau katakan "Pakatan Rakyat akan merosakan orang Melayu dan Islam selagi korang bersama kafir harbi laknattullah tu."...?

UMNO yang bersekutu dengan MCA dan MIC bagaimana..? Bukankah orang ini juga kafir harbi laknattullah ! Apakah orang melayu dibawah naungan UMNO yang menolak hukum hudud akan selamat..?

Buka mata dan lihat sekliling apa yang sebenarnya sedang berlaku terhadap orang melayu...!Apa dah jadi dengan bahasa melayu, budaya melayu, agama orang melayu, hak keistimewaan orang melayu dan perpaduan orang melayu....

Taming sari, siapakah yang menjahanamkannya...? Kau bangsa apa taming sari..?

Dan kau kata lagi "Tidak perlu terlalu optimis dengan cita-cita nak jadi kerajaan persekutuaan.

jaga 5 negeri tu dulu.

Aku tengok dah tunggang langgang."

Taming sari,
Kalau kau nak kondem Pakatan Rakyat biarlah kondem yang "kaw-kaw" agar orang lain tak boleh hentam balik.

Kau pasti ke UMNO-BN tidak bermasaalah dan tonggang langgang sekarang..? Macam mana dengan kes rasuah sehingga mencecah 900 aduan.. Itu bukan masaalah ke..?

Taming sari, cuba kau fikir dengan akal kau yang bijak...

Apakah kau pernah terfikir apa akan terjadi pada anak cucu kau yang akan datang sekiranya jenayah rasuah yang diamalkan oleh UMNO dan sekutunya tidak dibendung dari pada sekarang..?

Unknown said...

Salam,
Anonymous yang tidak berfikir.

PR memang dah xde isu lain.

Rasuah le.. hudud le..

Korang sahaja yang betul.

Aku dah jelaskan macam2...

Aku doakan korang semua dibuka hati untuk kembali kepada perjuangan sebenar.

Wallahhualam.

tok ggawo said...

taming sari juga termasuk dalam golongan orang yang hina nabi juga, kalau begitu adibahahmad,adibahahmed, taming sari kot kot orang yang sama,hanya tuhan yang tau, semoga dilaknat.