"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 08, 2009

Terengganu Cadang Tarik Balik Saman Royalti - malaysiakini

Terengganu bercadang menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan berhubung pemberhentian bayaran wang royalti petroleum sejak 2001 yang dibuat oleh PAS sewaktu mentadbir negeri itu.

Tindakan itu dijangka dibuat selepas Mac ini apabila Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain.

Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.

2 comments:

zildji said...

test

Mr Joker said...

hamboih... ade lak main test-test...