"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 08, 2009

Keputusan Seminar: Parti Tidak Penting. Jawatan Pimpinan Lagi Penting

Keputusan seminar menunjukkan tiada apa2 perubahan yang akan berlaku kepada PAS. Malahan, apa yang berlaku adalah serupa dengan apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Yakni, setelah diberikan hasil2 kajian dan cara2 mengatasi kelemahan, PAS Terengganu menolak kajian2 ini sepenuhnya mengakibatkan PAS gagal menawan semula Terengganu 2004 dan 2008.

Dilaporkan oleh Malaysiakini :
Benar benar seperti yang pernah berlaku di Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Terutamanya sebelum 2008 di mana beberapa kajian bebas menunjukkan betapa PAS Terengganu memerlukan perubahan kepimpinan untuk PAS menawan semula Terengganu.

Namun apa yang telah berlaku, kajian2 tersebut ditolak mentah2 dan ada sebuah “kajian” baru yang kononnya menunjukkan kepimpinan Terengganu yang ada pada masa itu masih releven.

Bila PRU 2008, terbukti kajian bebas yang ditolak kepimpinan PAS Terengganu adalah benar walaupun pada masa PRU2008, UMNO berpecah teruk.

Saya sendiri difitnah dan dimehnah oleh puak2 PAS Terengganu ni semata-mata kerana saya menyampaikan maklumat tepat berkenaan dgn hasil kajian yang dibuat sebelum 2008. Saya dipanggil cuba menjatuhkan kepimpinan PAS Terengganu dengan membawa kajian2 yang mengarah ke situ. Tapi, keputusan 2008 membuktikan hasil kajian yang saya bawa itu benar.

Namun, fitnah ini terus dibawa oleh puak2 Terengganu ni. MEeeka ni bangga dengan tarbiyyah mereka, tapi tarbiyyah mereka mengizinkan mereka terus menerus menyebar fitnah.

Sekarang di Pusat kita lihat perkara yang sama berlaku. Kajian2 bebas dan berototiri ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan PAS Pusat. Ertinya kepimpinan PAS sekarang ini tidak mementingkan kepentingan PAS dan Islam. Yang penting bagi mereka adalah jawatan dan pengaruh mereka ke atas parti dikekalkan. Sama seperti yang berlaku sebelum PRU2008 di Terengganu.

Ertinya, pengaruh geng Terengganu mahukan kekalahan PAS Terengganu itu dieskpot ke seluruh negara. Ertinya, tak cukup PAS Terengganu kalah, mereka mahu lihat PAS seluruh Malaysia kalah juga.

Parti tidak penting. Yang penting jawatan mereka terjamin dan pengaruh mereka atas parti terpelihara. Itulah dia agenda “Geng Terengganu”.

Yang sedihnya, ada seorang kepimpinan Terengganu, sanggup menyuruh Tok Guru Nik Aziz berhenti dari Mursyidul Am dan PJ Kelantan. Sapa dia berbanding Tok Guru. Orang2 PAS di kawasan dia pun tak boleh terima dia, jauh lagi rakyat Terengganu keseluruhannya. Orang macam ini boleh meminta Tok Guru Nik Aziz letak jawatan? Sedarlah diri kamu tu dulu. Kamu tu takda apa2 dalam parti. Jawatan pun dilantik. Tok Guru ni MB 19 tahun.

Bersiap-Sedialah PAS untuk Menempuh 2004 Sekali Lagi


Peserta seminar tidak mementingkan parti. MEreka tampak lebih mementingkan menjaga kepimpinan mereka dari parti sendiri.

Dan janganlah mana2 ahli PAS mengharapkan bantuan serta pertolongan Allah SWT kerana mana mungkin Allah SWT membantu PAS dalam keadaan PAS jelas menolak petanda2 serta petunjuk2 yang Allah SWT telah beri sekarang.

Alasan memperkuatkan parti juga adalah alasan-alasan bodoh yang digunakan bagi menjaga kedudukan masing-masing.

Sedangkan apakah yang mahu diperkuatkan kalau sebab utama kelemahan parti tidak mahu diperbetulkan? BAgaimana Allah SWT hendak memberi pertolongan.

Umpama rumah kita basah sebab atap bocor. Bila ada orang sudah bagitau pada kita atap rumah kita bocor, kita tolak dan marah orang itu. Kita kata macam2 pada orang tu. Lepas tu kita harap AllahS WT berikan kita rumah yang kering. Adakah Allah SWT akan berikan kita rumah yang kering?

Itulah yang sedang berlaku dalam PAS. Segala petunjuk yang Allah SWT telah berikan pada PAS sebelum PRU depan, semuanya sedang ditolak oleh kepimpinan PAS mentah2. Perangai Terengganu mereka tidak habis2 bererti kekalahan Terengganu akan menjadi trend dalam PAS.

Kalau ahli2 PAS masih sayang pada PAS dan mahukan PAS kekal memerintah dan menang selepas ini, wajiblah PAS mengadakan EGM dan membersihkan kepimpinan yang ada dari anasir2 yang akan menyebabkan kekalahan.

Ambilah petunjuk2 dari Allah SWT yang sedang diberikan oleh Allah SWT sekarang ini

Wallahulam

Tulang Besi

18 comments:

Ibnul Munzir said...

Bagus komen TB kali ini... Lembut sikit nada. Tapi kata-kata cerca tu kena buang, ia boleh mengurangkan akhlak sdr di mata pembaca.

Melabelkan 'Geng Terengganu' dan apa-apa saja yang menggambarkan perpecahan dalam PAS samalah seperti sdr TB mengiktiraf perpecahan. Kalau tak, tentu sdr TB tak sebut pasal geng2 ni yang sebenarnya suatu sangkaan sdr. Mengiktiraf perpecahan bererti sdr TB sama seperti akhbar 'munafik' perdana yang menjadi lidah UMNO-BN. Sdr TB nak ke bersama-sama mereka di akhirat nanti?

Mereka ada perbezaan pendapat... mustahil tak ada. Sedangkan sdr TB dan isteri sendiripun ada perbezaan pendapat, inikan pula sebuah parti yang besar. Tapi, mereka tidak pernah mewujudkan geng2 seperti itu. Kebetulan idea mereka sama, itu saja. Tapi thiqah mereka tetap kepada apa saja keputusan mesyuarat, dan TGNA masih di ranking yang tertinggi dalam jamaah.

Anonymous said...

Hadi Awang tidak akan letak jawatan.

Nasharuddin tidak akan letak jawatan.

Hassan Ali tidak akan letak jawatan.

Mustafa Ali tidak akan letak jawatan.


Nampak macam orang-orang PAS ni semua tamak kuasa!

Kalau tiada masalah macam di Kelantan tu, memang lah patut TG Nik Aziz tidak meletak jawatan.

Yg berempat ni, bila bermasalah, dan dibuktikan bermasalah bukan hanya oleh warga PAS malah penyokong luar pun dah nampak diorang ni bermasalah, masih ada semangat nak pegang jawatan!

Bukan tamak kuasa tu. Gila kuasa namanya.

- Putera Malaysia

Anonymous said...

nampak gayanya pada PRU 13, kena letakkan calon bebas di kawasan yang ditandingi PAS. Backup!

wirautama said...

maaf aku tak tahu apa masalah tukang besi, leni jadi banyok duk kritik PAS pulok.. gitu juga dgn bloggers lain.. ke kerana banyak sangat kita menang maka kita merasa takut untuk kalah? sehinggakan kita jadi seperti umno ada Team A dan Team B satu ketika dulu.. dok napok ke itu salah satu strategi musuh.

ni jadi duk bawa macam2 andaian, klu PRU kelantan saja yg kita menang lah.. macam2 lagi.. apa kehal.. klu kita nok menang masuk UMNO lah.. menang bukan kerja kita, kerja kita berjuang, menang kalah itu kerja tuhan, kita tidak ditanya menang ke kalah.. kita akan ditanya berjuang ke tidak..

doh tulang besi baik dgn TGNA, ada apa2 kajian bawa lah pada beliau untuk dibincang peringkat pimpinan.. jadi bangga dan besar kepala sebab ramai peminat blog anda ke guane? cuba check balik niat dulu2 masa mula2 bblog dan sekarang, sama ke berbeza (tapi tak yah kabor ke org ah.. buat pertimbangan sendiri).

tak tahu lah, jadi cam menyampah baca blog korang leni.. sama juga dgn albanjari.. nampok cam nok menunjuk2 pulak sapa yg baik sangat.. -:P

petugas akar umbi said...

dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang...
demi islam kami amat mahukan EGM diadakan dengan kadar segera tanpa kompromi...

takbir!!!
takbir!!!
takbir!!!

Anonymous said...

Pimpinan PAS akan menjadi lebih tidak relevan sekiranya mereka masih lagi menolak pandangan tentang kelemahan yang ada........

Tulang Besi said...

ibnul mundzir,

Terima kasih atas muhasabah saudara.

Hujah saya: keadaan sekarang ni adalah sudah tiada lagi perbezaan pendapat apabila terdapat kajian2 yang kuat menunjukkan PAS perlu menukar kepimpinan.

Tapi kajian2 tersebut ditolak mentah2 hanya kerana mahu mengekalkan jawatan masing2.

ALAM HIJAU said...

Saudara tak akan dapat paksa pendapat atau fikiran saudara ke atas organisasi PAS, akhirnya saudara akan kepenatan sendiri. Jika tak waspada anda akan menjadi riak dan ujub, Ingat walau hebat macamana idea anda, sekiranya organisasi tak bersedia atau belum mencapai tahap fahamnya, andai terus dipaksa anda akan kecewa dan tergelincir seperti Nakhaei. Banyakkan baca sirah rasul untuk mengambil pengajaran. Saya juga pernah melaluinya pada 2004, sekarang saya faham apa yang pernah diajar oleh Almarhum Ust. Fadil Noor. Seandainya blog ini menjadi medan menyebarkan fikrah islami dan menyebabkan ramai orang faham, anda akan perolehi banyak pahala hingga akhirat, tetapi awas andai laman ini menjadi medan yang dieksploitasi orang lain memanjangkan fitnah ke atas perjuangan islam, azab Allah menanti di akhirat. Sekian

Anonymous said...

al-karimi, bentong...

saudara TB,,,kalau saudara dah tak tahan dalam sepak terajang politik jagn berbual pasal politik,,,itu tak kena ini tak kena,,,lebih abik saudara masuk bertanding dalm kawasan kee bahagian ke,,,buat apa jad hero kat sini,,,ingat saudara,,,saya dah lama jdi ahli PAS,,dah selalu sangat kalah,,,benda lumrah,,,kalau tak nak islam nak buat macam mana...manusia,,bnyak pndirian...kalau saudara suka sngt hnetam PAS khususnya pemimpin, ini membuktikkan saudara hero...kalau gitu pergi jadi sprti Ezam..ta perlu jadi hero di alam maya ini..

broooo... said...

jangan terlalu terburu2 dlm membuat kesimpulan, isu kepimpinan dlm PAS ini sebenarnya dimulakan oleh umno... dgn memancing pemimpin PAS dari beberapa negeri yg dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU12 dulu. mereka mengunakan umpan ketuanan Melayu & kedaulatan Islam untuk memerangkap pemimpin2 PAS pada masa itu. tujuan mereka tak lain tak bukan untuk terus kekal berkuasa & terus melakukkan epnyelewengan. dimasa itu juga ada beberapa pemimpin PAS terpedaya dgn perangkap umno ini. keadaan ini dapat dekesan oleh kepimpinan tertinggi PAS & berjaya diptahkan. oleh kerana kegagalan ini maka mereka terus menyerang PAS & Pakatan Rakyat tampa henti2 sehingga kesepakatan utuh ini dapat dilonggarkkan & mudah bagi mereka untuk menang pada PRU13 nanti. mereka tidak akan putus asa & akan terus menerus melancarkan serangan demi serangan untuk merialisasikan agenda mereka. perlu diingat umno & konconya amat licik & mereka berpengalaman lebih dari 50 tahun memerintah negara. mereka punya media yang kuat & agensi2 kerajaan Persekutuan diseluruh negara termasuk dinegeri di perintah pembangkang. mereka juga mempunyai pejabat diistana yang sentiasa digunakan untuk mempengaruhi Kesultanan negeri.
merekan juga sekarang ini menjadi pemegang Dana Utama Negara dimana PM sebagai pemegang amanah utama. soal duit & peruntukkan tiada masaalah langsung. walaupun rakyat rata2nya sedar tentang fakta & oenyelewengan ini namun sebahagian dari mereka mudah dipengaruhi melalui fakta yg diputarbelitkan & sebahaian lagi degan mudah dibeli dngan hanya beberapa ringgit.
kalau kita PAS & pembangkang terus mengujudkan kelompongan maka mudah lah lagi mereka meneruskan agenda mereka. kita akan terus lumpuh & mungkin hasrat untuk merubah pucuk kepimpinan negara pada PRU13 nanti. perlu diingat, kita perlu memegang mejoriti dlm Parlimen utuk mengubal dasar & undang2 negara! baik dari perundangan melibatkan umat Islam & bukan Islam. selagi umno kekal memerintah, ini semua tidak akn dapat dirialisasikan. bersatu dgn umno adalah perkara yang paling malang bagi Pakatan kerena sejarah 52 tahun telah membuktikan.
kesumua kita harus melihat PAKATAN RAKYAT sebagai pilihan yang lebih baik dari BN. didalam Pakatan kita ada;

Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- dasar perjuangannya ialah menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dari berbilang kaum & agama dinegara ini, juga sebagai orang tengah.

Parti Islam SeMalaysia (PAS)
- menjaga kepentingan masyarakat Melayu khususnya & meneruskan usaha mendaulatkan Agama Islam dinegara ini. tetapi didalam kontak Islam, ia tidak eklusif untuk orang Melayu sahaja, malah ia adalah sejagat iaitu tiada batasan bangsa & warna kulit. (Islam = Keadilan Sajagat untuk semua)

Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- bertindak menjaga kebajikkan masyarakat bukan Islam didalam negara ini & tidak eklusif kepada masyarakat Cina sahaja malah merangkumi seluruh kaum di Malaysia ternasuk lah India, Sikh & lain2 kaum yang juga sebahagian nya Melayu.

tidakkah kita melihat ini suatu yang lebih baik jika dibandingkan dgn gabungan perkauman yang ada dalam BN?

"BERMUAFAKAT lah supaya mendapat lebih BERKAT".

tengala said...

Blog pemfitnah....berhati2...
dulu OK sekarang KO...
Virus TB memecahbelahkan perpaduan...
Penyokong PAS yang menghancurkan PAS dari dalam...

haris said...

PAS sedang menuju ke zaman sebelum Reformasi.Pengundi sedang menjauhi PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.Sekarang majoriti pengundi muda tidak tidak akan pangkah PR lagi pada pilihanraya akan datang. Melihat kepada ketua pemuda PAS yang saya fikir hanya syok sendiri, memang ranap PAS selepas ini. PKR dan Dap sudah kena tempiasnya.

Penyokong Bawah Pagar said...

Jangan jadi BN Umngok...parti ikut TELUNJUK...beberapa KERAT pemimpin sahaja...PARTI dan NEGARA dah jadi harta pusaka datuk nenek dia orang... HAI PAS nak tiru jugak keee..pada AKU...PARTI lebih penting dari pemimpin...pemimpin hanya menggunakan ILMU dan KEMAHIRANnya untuk melaksanakan apa yang PARTI putuskan dalam muktamar...

Unknown said...

Pas akan terus hanyut. PR bungkus

jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuuu

TB aku sokon ko lebih drp sokongan aku pd Hj. Adi Pundek!!!!

KHAK TUIH UG!!!!!!

Anonymous said...

dalam sesetengah hal..bukan semua boleh diceritakan..ibarat rumah tangga laa..ada masa yang bley disembangkan ada masa yang kita perlu rahsiakan..cuma aku harap blog ni jgn jadi pengkianat kepada PAS sudahlah!!korang patutnya mententeramkan bukan curah minyak kat api..takut nanti dah mati korang plak yang dibakar dengan api yang marak..aku cuma nasihat je!!

Anonymous said...

Kami pengundi ataspagar semakin hari semakin kecewa dengan kepimpinan PAS yang tidak mahu berubah kehendak rakyat.

Kami dahulu berbangga bila membawa pendera pas walaupun kami tiada parti....

gila kuasa tamak kuasa sama perangai macam UMNO rasuah...

Anonymous said...

jgn2 TB ni pun dah kens bli ngan duit ehsan minyak Klantan.
mintak simpang la noh.