"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 18, 2008

Berita : Agenda Daily

DNA Anwar…polis mungkin dapatkan perintah mahkamah

Polis kemungkinan terpaksa mendapatkan perintah mahkamah ekoran keengganan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam membantu siasatan kes liwat yang melibatkan dirinya.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menjelaskan sample DNA Awnwar dalam kes yang melibatkan dirinya 10 tahun lalu tidak boleh digunakan sebagai bukti atau perbandingan bagi kes yang terbaru.

“Sangat penting untuk kita dapatkan sampel DNA daripada orang yang disyaki (suspek) dalam kes liwat ini, malangnya beliau (Anwar) enggan bekerjasama.

“Oleh itu, kita perlu merujuk dari aspek perundangan termasuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sampel DNA beliau (Anwar) diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang Khamis.

Menurut beliau, perintah mahkamah menjadi pilihan polis buat masa ini ekoran keengganan Anwar benarkan sampel DAN beliau diambil semasa polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu malam.

Malah katanya, sepanjang hampir satu jam semasa berada di Wad Diraja HKL, Anwar tetap enggan memberikan kebenaran kepada doktor untuk mengambil sampel DNA. - 17/7/2008


Itu prosedur biasa

Gembar-gembur yang dibangkitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim tentang dirinya dibogelkan semasajalani pemeriksaan kesihatan mendapat reaksi Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.

Menurut Dr. Abdul Latif, prosedur yang dilakukan oleh doktor tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan kerana ia membabitkan pemeriksaan yang seharusnya dijalankan secara lengkap.

“Semua pemeriksaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan Anwar, Jika beliau enggan diperiksa bagaimana pihak doktor dapat melindungi kepentingannya,” kata beliau.

Anwar dalam sidang media di kediamannya memberitahu beliau dibogelkan semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan yang disifatkannya tidak sepatutnya dilakukan ke atas dirinya.

Menurut Dr. Abdul Latif, “Dalam membuat pemeriksaan kesihatan tanpa menanggalkan pakaian itu adalah di luar tabie,” sambil tersenyum. - 17/7/2008


Anwar cuba wujud ‘trial by media’

Menteri Keselamatan dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mewujudkan ' trail by media' dengan membuat pelbagai andaian serta dakwaan berhubung laporan yang mendakwa beliau meliwat pembantu khasnya.

Beliau memberikan contoh bagaimana ‘trial by media’ itu cuba diwujudkan oleh Anwar apabila Anwar mempersoalkan kenapa pihak polis tidak memberikan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhri Azlan.

“Polis belum selesai siasatan (kes ini)...bila seseorang itu akan didakwa baru bagi ",kata Menteri KDN pada Agendadaily di bangunan Parlimen petang Khamis.

Menurut beliau, semua keputusan atau tindakan yang dibuat harus mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Terdahulu ketikan bercakap kepada wartawan, Syed Hamid menjelaskan jika seseorang itu ingin mendapatkan kebenaran bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, ujian DNA adalah kaedah paling mudah dan terbaik untuk tujuan itu.

Katanya, dalam isu Anwar beliau boleh menjalani ujian DNA dengan kehadiran doktor peribadi beliau sendiri sekiranya bimbang dianiayai.

“Pada saya jika kita mahu menegakkan kebenaran, cara paling mudah ialah dengan memberi sampel DNA dan biarkan pakar menjalankan analisis. DNA tidak menipu, kenapa perlu dirisaukan. Namun jika takut juga dianiayai, tak ada masalah pun jika hendak dilakukan dengan kehadiran doktor sendiri.

“Sebab itu jika kebenaran yang saya cari, saya akan jalani ujian DNA tanpa rasa takut kerana ia adalah salah satu cara yang paling sempurna,” katanya. - 17/7/2008

-Agenda Daily

No comments: