"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 18, 2008

"Saya pun ada formula atasi kenaikan harga minyak" Ku Li

KB: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Menurut beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan 'formula' itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan anggota Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

"Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa," katanya dalam satu persidangan media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea-idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

"Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau seterusnya berkata wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

"Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur," katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju.

No comments: