"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 16, 2008

Laungan 'liwat' lawan 'reformasi'

Malaysiakini akan melaporkan secara langsung proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh mulai jam 7.30 pagi ini.


12.00 t/hari: Orang ramai bersurai dalam hujan lebat.



11.45 pagi: Pegawai pengurus pilihanraya kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengumumkan tiga calon akan bertanding - Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamat (AKIM). Dr Mansor tarik diri.



11.00 pagi: Tempoh bantahan ditutup. Hanya BN mengemukakan tiga bantahan. Tiada bantahan dari PKR dan calon lain.



permatang pauh by election nomination day 160808 0810.55 pagi: Keadaan tegang sedikit apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.



Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.



10.40 pagi: BN mengemukakan tiga bantahan.



10.00 pagi: Proses penamaan calon ditutup, diikuti dengan tempoh sejam waktu bantahan.



9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.



permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate9.55 pagi. Hanafi Hamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.



9.45 pagi: Hanafi Hamat (foto) sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.



9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.



9.30 pagi: Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.



9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.



9.19 pagi: Seorang lagi calon, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)



permatang pauh by election nomination day 160808 149.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.



Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!


9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.


9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.


9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.



permatang pauh by election nomination day 160808 129.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya dijangka mengumumkan nama calon-calon pada kira-kira jam 12 tengahari.



8.50 pagi: Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.


Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Jumlah penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah ke tepi jalan.

8.30 pagi:
Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

8.25 pagi:
Penyokong pakatan mencecah 10,000 orang.

8.15 pagi:
Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan oleh pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..

8.12 pagi:
60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.

permatang pauh by election nomination day 160808 167.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.

7.51 pagi:
Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.

7.45 pagi:
Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.

7.37 pagi:
sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.

7.25 pagi:
Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota polis ditugaskan berkawal di situ.

No comments: