"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 27, 2009

40 Ahli PAS Sertai UMNO? - malaysiakini

Dalam keadaan heboh dengan berita ADUN UMNO keluar partinya keluar berita picisan dan mengelirukan mengenai Ketua Pas Cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 ahli cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO, demikian seperti dilaporkan Bernama.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab ketika dihubungi menjelaskan siapakah Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai.

Sofi mengesahkan bahawa Ismail adalah seorang bekas ahli UMNO yang pernah masuk PAS suatu masa dulu dan dia adalah dalam kategori ahli yang bermasalah serta sudah lama tidak membayar yuran keahlian.

Mengenai cawangan yang di dakwa 40 bersamanya masuk UMNO, Sofi menafikan ianya tidak ujud kerana di situ tidak adapun cawangan PAS yang aktif seperti didakwa Ismail. Ismail juga bukannya Ketua Cawangan seperti didakwanya. Sekaligus menafikan berita tersebut.

-CINA ISLAM

Penjelasan berkaitan (sebelumnya)

ALI BODOHKAN RAKYAT MELAKA DAN DIRI SENDIRI ~ Ref Malaysiakini


Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.

Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).

Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.

Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.

Saya hairan bagaimana calon Timbalan Presiden Umno cuba memperbodohkan rakyat. Dalam sedar atau tidak sedar beliau memperlihatkan ketidakcerdikan beliau sendiri.

Ketua Polis Selangor Wajar Letak Jawatan..! - malaysiakini

  • Keputusan bedah siasat kedua ke atas mayat suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, A.Kugan, 22, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam, dijangka diketahui dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.
  • Keputusan tersebut akan dapat diperoleh selepas beberapa ujian dan penyelidikan ke atas beberapa sampel yang diambil termasuk tisu kulit mayat Kugan selesai dijalankan.
  • Pengarah PPUM, Profesor Dr. Ikram Shah Ismail berkata, penyelidikan kes tersebut memerlukan kajian mendalam dan kebiasaannya memakan masa lama.
  • Menurutnya, sampel yang diambil akan dihantar ke makmal patologi PPUM manakala sebahagian lagi mungkin ke Jabatan Kimia atau makmal luar.
Woi..! 4 minggu? hah? 5 minggu? biar betoool..! awat 1st post mortem boleh dapat result tak sampai 24 jam?

Yang aku tau kalau ikut 1st post mortem, lepas hantar mayat dekat Hospital Serdang, esoknya Ketua Polis Selangor habaq hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dari masalah paru-paru berair. dalam paru-paru mangsa ada air.

Yang 1st tu tak betul ke? yang 1st tu buat post mortem ke main agak ikut sedap tekak je?

Ketua Polis Selangor ni apa? Ketua Polis Selangor ke Ketua Penipu Selangor?

Ketua Polis ni tak tau prosedur post mortem ke? Ketua Polis ni buat statement awal ikut sedap tekak ke ikut hasil bedah siasat doktor?

Kalau ikut hasil bedah siasat doktor, mana laporannya?

Kalau tak de laporan... SAH mamat ni Ketua Penipu Selangor..!

Woi..! Letak jawatan la woi..! buat busuk nama Polis Di Raja Malaysia je woi..!

21 Tok Sidang/Ketua Kampung Keluar UMNO? - malaysiakini

Petang tadi saya menalipon pimpinan PAS Kawasan Parit bertanyakan suasana di Bota dan Parlimen Parit setelah ADUN Bota, Dato' Nasharuddin Hashim mengumumkan keluar dari UMNO dan menyertai PKR.

Mereka memaklumkan terdapat tanda-tanda masyarakat setempat gembira dengan tindakan tersebut. Katanya banyak bendera KeAdilan dan PAS dikibarkan sejak kelmarin. Malah telah ada yang menyembelih kambing buat kesyukuran.

Paling menggemparkan menurut maklumat itu seramai 21 orang Tok Sidang/Ketua Kampung akan turut serta keluar dari UMNO mengikuti langkah ADUN Bota itu.

Kalau itu semua menjadi kenyataan, akan lumpuhkan UMNO Parit khususnya di DUN Bota. Apa yang berlaku di Petaling Jaya Selatan akan berulang di Bota.

-CINA ISLAM

Monday, January 26, 2009

Sabaq..! Ramai Lagi Nak Lompat - malaysiakini

More Barisan Nasional lawmakers will cross over to Parti Keadilan Rakyat (PKR) soon following Datuk Nasaruddin Hashim’s defection, Datuk Seri Anwar Ibrahim predicted today.

The opposition leader expressed confidence that there will be a slew of defections occurring fortnightly from February onwards.

“Now the Ox has come in, just be patient... we are working hard just like the ox,” Anwar said at a Chinese New Year party in Klang.

His confidence stemmed from the move by his old campus mate Nasaruddin, who is Bota assemblyman, on Sunday.

Effectively the Pakatan Rakyat majority in the state assembly grew from three to five.

The architect of Pakatan’s strong showing had been silent on the matter of defections since the failure of the Sept 16 federal government takeover plan.

Meanwhile according to Bernama, Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today asserted three more assemblymen, said to be from Umno, will join Pakatan.

If this comes true, then the Pakatan government in Perak which was surviving on a razor thin majority of three might increase it to 11 in a matter of weeks.

Ringkasan alih bahasa :-

Lebih ramai Ahli komponen Barisan Nasional akan bertindak meninggalkan parti tersebut selepas ini kata DSAI.

DSAI juga menyuarakan keyakinan beliau bahawa semua akan bermula seawal bulan Februari selepas penghijrahan pertama bermula semalam.

Harap semua bersabar, kita sedang berusaha kearah itu (memujuk mereka menyertai kita).

Yang lain hangpa pandai-pandai...

sumber - TMI

BERITA PANAS LAGI HOT HOT HOT...!!! - malaysiakini

Berita panas yang tak sahih...

BN tambah parah apabila Timbalan Ketua Menetri Sabah letak jawatan dan keluar dari Barisan Nasional sebentar tadi.

Hubungi Haji Marlboro Dato' Ahmad Zahid Hamidi untuk pengesahan...

Jangan lekas percaya khabar angin walaupun ianya kadang kala benar...

Khabar angin bertiup kencang dirumah handai taulan Zahid...

Oit... Zahid... tengah Dzikir ka woi..?

Tengah karang surat pekeliling baru ka woi..?

MIC Pertahan 2 Menteri - malaysiakini

MIC akan mempertahankan dua timbalan menteri jika pihak berkuasa mendapati mereka melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada Selasa lepas.

"Kami akan melantik seramai peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika mereka didakwa di mahkamah," kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian pencerobohan di bilik mayat itu bagi memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.

Presiden MIC itu berkata adalah tidak penting kedua-dua timbalan menteri itu dari parti mana asalkan mereka berketurunan India "kerana MIC mewakili masyarakat India di Malaysia".

Sementara Devamany ialah anggota MIC, Murugiah pula dari Parti Progresif Penduduk (PPP).

Devamany merupakan antara sembilan orang yang disoal siasat oleh polis semalam berhubung kejadian itu. Juga dilaporkan 11 anggota polis yang sedang disiasat atas dakwaan mencederakan Kugan juga tidak akan terlepas daripada tindakan jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa mereka.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Jan di lokap balai polis Taipan di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, mati semasa disoal siasat pada Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair tetapi keluarga Kugan mendesak diadakan bedah siasat kedua kerana mendakwa kematian Kugan akibat kecederaan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kemudiannya mengklasifikasikan kematian Kugan sebagai kes bunuh.

Samy Vellu juga menggesa Syed Hamid memastikan siasatan polis terhadap kematian Kugan dijalankan dengan telus.

"MIC akan memantau kes ini tetapi kami yakin polis tidak akan menyembunyikan apa-apa dalam penyiasatan mereka," katanya.

Light aircraft missing in Johor - malaysiakini

A Cessna two-seater aircraft with at least two people on board has been missing since the plane took off from Senai airport in Johor Baru Monday morning.

Kulaijaya OCPD Supt Zulkefly Yahya confirmed that the aircraft from a flying club took off at around 9.40am and was headed to Malacca with a Singaporean pilot on board.

The plane was supposed to landed at 10.50am but there was no sign of the aircraft, he said, adding that the air control tower in Malacca then alerted its counterparts in Johor Baru.

Supt Zulkefly said that the air control tower in Johor then traced the aircraft’s last point of contact to be somewhere in Gunung Pulai in Kulai Jaya before it went off the radar.

It is still unclear how many people were actually on board the plane.

At press time a search and rescue operation had been activated, involving the control towers of Malacca and Johor airports.

It is learnt the weather has not been favourable for flying because of strong winds and poor visibility.

Lompat Lagi: Waspadalah Wahai UMNO..! - malaysiakini

Rasa nak buat post, tai malas nak taip panjang-panjang...

Sekadar peringatan untuk Isteri Rosmah, ahli-ahli UMNO, pimpinan-pimpinan UMNO dan juga para penyokong-penyokong UMNO...

Semalam bukanlah satu kejutan... itu hanya sekadar pembasah tekak...

Kejutan ialah sesuatu yangmengemparkan... yang menggemparkan ialah apabila mendapat respon dari SEMUA... saya ulang SEMUA... anda tak faham makna SEMUA kan?

Memang korang tak faham... sebab korang tak pernah pedulikan pada SEMUA rakyat...

Kalau korang faham makna SEMUA, perkara begini tak kan berlaku...

SEMUA adalah meliputi...

Tudung saji menutup semua makanan dibawahnya - itu adalah meliputi.

Tudung kepala menutup semua aurat dikepala - itu adalah meliputi.

Kalau kau tak faham SEMUA...

maknanya kau tak layak untuk memimpin... sebab pemimpin ialah mereka yang berusaha untuk membantu SEMUA.

Melayu, Cina, India, Mamak, Mualaf, Jawa, Banjar apa-apa yang berbeza kalau disatukan akan menjadi SEMUA...

Kau tak fahamkan?

Sebab kau pemimpin yang bodoh... kau cuma tahu kumpul SEMUA kekayaan tapi kau tak agihkannya untuk SEMUA...

Terimalah hadiah yang seterusnya... yang ini letupannya lebih kuat dari C4 yang kununnya ada kaitan dengan suami Najib...

Tak percaya?

Jangan Percaya Khabar Angin: Isteri Rosmah - malaysiakini

Respon Isteri Rosmah berhubung dengan tindakan ADUN Bota yang keluar dari UMNO kemudian menyertai Parti KeADILan Rakyat dan jugak beberapa khabar angin tersekarang yang memberitakan bahawa akan adanya beberapa lagi samada ahli biasa mahupun MP/ADUN dari UMNO yang akan menyusul mengikut jejak ADUN Bota ialah :

“These are all rumours ... I don’t think so,” alih bahasa : "Semuanya adalah rumors/khabar angin... saya tak fikir ianya benar"... - rujuk [sini].

Hangpa dengaq tu? Najib habaq semua tu tak betoi...

Hari ni aku dapat lagi satu berita rujuk - KEJUTAN #2 - malaysiakini

Jadi aku tak nak komen panjang-panjang... 50:50

Kita tengok sapa yang kenaaa...!!!

KEJUTAN #2 - malaysiakini

Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN.

Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat.

-jeritan minda politik malaysia