Yang aku tau, bila aku pergi semula dekat tempat depa berkumpul, depa buat announcment mengatakan bahawa Speaker telah bersetuju untuk mengadakan Sidang Tergempar DUN di lokasi yang telah dipersetujui oleh semua ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat iaitu dibawah Pokok Sena (dekat situ jugak) dengan izin YB Pokok Sena, Saudara Mahfuz Omar (yang ni aku reka...).
Tak sampai seminit, orang ramai (lebih kurang 500 orang) berpadu tenaga membentuk satu lingkaran bulatan mengelilingi kawasan tempat Dewan akan bersidang menjadikan kawasan dewan berada dalam satu bulatan benteng manusia sebagai simbolik bahawa rakyat mempertahankan Dewan Undangan Negeri dan juga para Ahli Dewan Yang Berhormat.
Satu lagi sejarah tercipta di Malaysia di mana buat julung-julung kalinya Dewan Undangan Negeri mengadakan Sidang Tergempar di satu kawasan yang terbuka disaksikan oleh orang ramai yang hadir.
Itu sejarah yang pertama di Negeri Perak dan juga di Negara Malaysia dan mungkin juga di dunia..! sebuah negara yang telah menyambut kemerdekaannya yang ke 51 terpaksa mengadakan Sidang DUN di bawah Pokok Sena padahal Negara ini tidak dilanda gempa bumi atau tsunami atau apa-apa bencana alam yang merosakkan Dewan yang biasa digunakan untuk tujuan itu..!
Inilah Negara DEMOCRAZY Malaysia... Malaysia Boleh...!!!
Para ADUN dan EXCO Perak pun pada hari ni telah tercatit nama depa dalam sejarah Malaysia sebagai para Ahli DUN yang pertama menyertai Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah Pokok Sena.
Semua yang datang ke tempat kejadian adalah sebahagian dari sejarah... Ur the part of history..!
Balik pada Sidang Dewan... lepas bersiap sedia dengan pakaian rasmi seorang Speaker, Sidang Dewan dimulakan dengan ucapan dari Tuan Speaker disusuli oleh bacaan doa oleh Ustaz Misbahul Munir selaku Setiausaha DUN. seterusnya perbahasan berjalan. apa yang depa bahaskan aku tak tau sebab aku lebih minat nak snap gambar-gambar keliling.
Aku tengok wartwan Utusan, RTM, TV3suku dan Berita Hairan pun ada jugak. bukan main bersungguh depa dok shot gambar dengan camera dan video masing-masing. tengok gaya buat kerja memang cukup-cukup profesional, tapi result dari depa memang ProveSial..! korang tengok je la laporan dalam berita depa...
bersambung bahagian 6...
