"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke 52 DS Ir Nizar - malaysiakini

Petang tadi (17hb. Mac, 2009) dekat bawah Pokok Demokrasi ada majlis potong kek, makan kek dan jugak makan-makan sampai kenyang. Majlis menyambut ulang tahun kelahiran MB Ir Nizar yang ke 52. aku sampai lewat. tengah jalan dah kena bantai dek hujan. Dugong Darat pulak bantai bawak kereta CyberBoron macam Skyline GTR. dia ingat kereta tu 4WD ka?

Masa aku sampai, majlis dah jalan. MSK pun dah sampai. Dugong drop aku tepi kemah, tapi tetap basah jugak.

Nak cakap ramai tu tak dak la. ada la dalam 30 orang yang datang. aku tengok Sivakumar pun ada. mana sekuriti guard dia yang depa dok kecoh ada sampai 20 orang tu? ceh... berita sewel.

Tak banyak sangat cerita dekat sana... ala, majlis makan-makan, mana dan nak sembang? kena pulk hari hujan... puh... ada kopi 'o' kaw sedap ni. tambah lagi ubi kayu rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis... umang aih... kecor ayaq liyor teman...

Makan-makan sapa sponsor aku tak tau. kambing ada, udang ada, kuih-muih ada, mi ada, bihun ada, nasik goreng ada, buah tembikai ada, macam-macam ada... Aku tengok YB-YB DAP, PAS ngan PKR pun ada. nama aku tak ingat.

Pilih jangan tak pilih...
Ni Birthday Boy... Selamat Panjang Umur Dato' Seri. semoga dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan dan semoga setiap perancangan mendapat keberkatan dari Allah.

Hari ni semua YB-YB happy. masing-masing dok layan... santai sungguh...
Kek ni aku tak tau sape sponsor... aku tak sempat makan pun sebab sibuk dok snap gambar. semua orang happy, semua orang gembira.

Ulang tahun ke 52 Dato' Seri, ulang tahun pertama Dato' Seri sebagai MB Perak dan yang specialnya bila majlis dibuat bawah pokok demokrasi. hangpa agak lepas ni ada tak keluar arahan supaya pokok tu ditebang?

Ni photo yang paling aku suka... 3 bangsa - Melayu, Cina dan India... ini baru kita panggil perpaduan. dalam Pakatan Rakyat je ada benda ni. dalam UMNO/BN depa dok salak je perpaduan tiap-tiap hari, tapi cuba hangpa pi jenguk dalam blog pro UMNO/BN. tak habis-habis dok pelaga melayu dengan cina, melayu dengan india... perpaduan kepala taik hangpa..!

Dia ni aku dok perati, tiap kali gelak mesti katup mata. hahaha...!!! jangan marah YB..!

Pokok perpaduan tersergam indah. kalau panas boleh berteduh, kalau hujan pun boleh berteduh... kalau kunci Bangunan SUK kena kunci pun boleh jugak berteduh. tapi ada mangkaq-mangkaq yang takut dekat pokok ni.

Masa balik aku perati je Sivakumar, saje nak skodeng yang mana satu bodyguard dia... aku ingat nak ambik gambar buat kenangan... bukan senang nak ambik gambar Speaker dengan 20 orang bodyguardnya...

Hampeh... Siva datang naik keretaa Perodua Kelisa je... ceh... koman punya Speaker... macam mana nak lawan UMNO/BN ni..? lenkali pakai la Porsche Cayenne Turbo, baru la ada class..! hahaha...!!!

Oi..! boleh muat ke Siva dengan 20 orang bodyguard dia dalam Perodua Kelisa tu? ntah... hat tu kena tanya orang UMNO/BN...

Ingat geng... tak dak pokok, tak dak oksijen.

Apa Perkembangan Terkini..? - malaysiakini

Saje aku siarkan balik gambar ni sebab masuk hari ni dah cukup 14 hari peristiwa dalam gambar tu berlaku. 2-3 hari lepas tu pulak ada la keluar dalam surat khabar "kununnya" 6 individu di cari oleh pihak PDRM untuk bantu siasatan.

Apa perkembangan? senyap je kan? aku dah agak dah... orang gganu cakap "lebong" je lebih... tindakan HAMPEH..!

Tak dapat carik lagi ke? hari ni ada sorang pengunjung tinggalkan komen dekat artikel aku yang [ni].

Lagi info pasai individu-individu dekat atas...
  • gambar ke 2 : Pakai songkok = Raqi a.k.a Ayahanda Raqi, sebelah kanan dia baju itam... rambut pacak tu nama dia bintat tersebut la kisah dia canang nama dia "tiger raqi".. selamat tak kene hempas gelas teh tarik atas pala dia = dia ngan budak sebelah kanan dia yg tunduk tu ngan sorg lagi macai dia pukul seorang budak = tahap kecederaan = bibir pecah muakakkakaak tiger aper.. tu Mosquito! yg sebelah kanan ujung sekali garis oren kat baju tu.. org panggil Din Balak muka nak ganas.. aku tgk dia senyum pun tidak menyampah lagi ader.. yg tgh peluk tubuh sebelah Raqi tu ketot jer.. duduk kat tasek, ipoh skang tak tau mana duduk.. kaki indon bawak gi karaoke kat IGB, Jalan Chemor.. yg depan belah kanan ni tak tau nama.. macam tikus jer (muka nak ganas.. habuk tarak!)
  • p/s : mane sherry?? mane ponex?? dengaQ ni semua tiger tiger Raqi?? hahahahahahah
Kalau ikut dari komen dekat atas tu, pengkomen betul-betul kenal individu-individu dalam gambar tu yang buat kecoh masa hari kejadian. habis semua nama-nama geng tiger dia sebut 1-1...

PDRM buat apa? sibuk sangat ke?

Huh...!!!

Tuesday, March 17, 2009

UMNO masih UMNO - malaysiakini

-tok iskandar

Tok baru je tengok berita panas hari ni. Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO. Bermakna peluang Muhyiddin untuk menang kerusi nombor 2 dalam UMNO makin cerah kerana Mat Taib bukanlah tandingannya.

Spekulasi tentang cantas-mencantas sedang berlaku dalam UMNO antara kem Najib dengan Pak Lah tok tak nak ulas.

Tok heran macamana Khairi dan Ali Rustam yang melakukan kesalahan yang serupa tapi Khairi kena amaran tapi Ali Rustam dikenakan hukuman tak boleh bertanding. Paling pelik dulu Isa Samad kena gantung beberapa tahun kerana politik wang. Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah tidak pula digantung oleh jawatankuasa tatatertib UMNO.Begitu juga dengan Azalina Othman Said yang sedang disiasat SPRM.

Khalayak ramai semakin keliru dengan UMNO yang tengah bergolak sakan sekarang.Eloklah kita sediakan sebanyak mungkin borang PAS, PKR dan DAP di Melaka. Mana tahu ramai yang nak join.

Ali Rustam dulu pernah melarang kakitangan awam negeri melawat Kelantan dan siapa sangka hayat politiknya berakhir begini.

Cuma tok nak rakan bloggers perhatikan tadi AJK Jawatankuasa Tatatertib UMNO, Hasfarizam Harun banyak buat statement. Mamat ni kan peguam bela menteri pasola di negeri pasir dua butir. siapakah gerangan mamat ni sampai begitu berpengaruh. Cuba kengkawan bloggers luangkan sikit masa siasat latar belakang mamat ni dan dedahkan kat blog masing-masing.

Tok juga nak ulas tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN. Eloklah kita dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz yang serik untuk bergabung dengan UMNO-BN. Ramai yang meragui keikhlasan UMNO.

Kerajaan PAS di Perak ditumbangkan dan Nizar dimalukan.Kerajaan PAS di Terengganu pernah ditarik royalti minyaknya dan kerajaan PAS di kelantan selama 18 tahun diberikan bermacam-macam tekanan.

Buat apa kita menaiki kapal yang hampir karam. Jika benar-benar ikhlas, MP-MP UMNO patut keluar parti dan jadi bebas atau serta PAS ataupun PKR.Jika tidak,lupakan sahaja kerajaan gabungan dan kepada mana-mana pemimpin PAS yang berminat dengan idea sebegini, ingatlah Tok Guru Nik Aziz seorang MP PAS ketika PAS ditendang keluar BN.

Tok percaya majoriti ahli PAS akan bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz.

Debat: BloggerNetwork@Perak Sambut Cabaran BPN..! - malaysiakini

Tak sangka pulak BPN boleh melompat naik hangin bila aku tulis artikel BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN. Aku tulis artikel tu selepas baca komen Panglima Perang Cyber (PPC) kat posting wak raden banjar tentang dana bloggers. PPC ayatkan "tak ada duit lepas Nizar jatuh ke?". Lebih kurang maksudnya, geng BloggersNetwork@Perak/Malaysia (blognet) ni jenis makan upah la. Bila kerajaan Perak dah dirampas maka blognet pun tak berduit. Begitulah khayalan BPN.

Mula-mula ada sorang guna nama Undi Pas Dapat Syurga? meracau kebengangan tulis komen. Macam biasa, tak ada point pun. Aku respon komen tu sikit. Just ulang balik point dalam artikel asal, betapa kelirunya jiwa raga UMNO. Lepas tu terus ParpuKari dan GOMO mengamuk. Macam biasa la, almaki walhamun. GOMO berkobar-kobar mencabar blognet berdebat. Cabaran itu disambut ....

GOMO meracau begini;

SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.

FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.

LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.
JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.

APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????


Aku dah jawab kat komen tu, macam ni;

Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu. Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu.


Cadangan aku:


Tempat : Sekitar Taiping

Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)
Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork
Format :
(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.
(b) Dua pusingan -
pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet
Wakil (cadangan):
- bpn - (2 antara 5): Panglima Perang Cyber/Perak Bangkit/ParpuKari/GOMO/TAIPINGMALI
- blognet - (2 antara 5):
PerakExpress.com(MatSamanKati)/PakKaramu/labun KULUP SAKAH(Kulup Sakah)//jeritan minda politik malaysia(CyberBoron)

Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.


So, sekarang aku tunggu maklum balas daripada BPN. Harap-harap debat ini jadi kenyataan. Kawan-kawan kat Taiping tolong bagi cadangan tempat yang sesuai. Kalau dapat mana-mana dewan yang besar sikit lagi baik. Tentu ramai nak tengok muka bloggers UMNO yang mencarut siang malam tu. Jangan bawak kasut spare sudah la.

AKU TUNGGU!!!

-jeritan minda politik malaysia

Ali Rustam, TEKUN, Perhimpunan Haram PWTC..? - malaysiakini

Kemaskini dari PWTC Kolumpo - aku tak tau berapa ramai yang ada dekat PWTC pasai member yang call tadi cakap tak berapa jelas. cuma yang sempat member tu bagitau tadi, orang-orang yang dikatakan akan mengadakan perhimpunan (Haram) di PWTC petang ni sebagai membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO ialah mereka-mereka yang telah mendapatkan sokongan dari Ali Rustam dalam permohonan depa untuk mendapatkan pinjaman dari Yayasan TEKUN.

Aku jugak dipahamkan bahawa untuk buat pinjaman dengan Yayasan TEKUN (untuk ahli-ahli UMNO), HANYA tandatangan Ali Rustam SAHAJA yang laku..! kalau bak mai tandatangan geng-geng pemuda yang lain, jangan harap. tandantang Khir Toyol reject terusss...!!! ini cuma untuk kes-kes melalui "Pintu Belakang" atau "Orang Dalam" sahaja. untuk kes-kes lain tak dak.

Apaa hubungan Ali Rustam dengan "Orang-orang" dalam Yayasan TEKUN?


2 Sudah Kina..! - malaysiakini

2 ekor sudah kena..! kah kah kah kah kah ... !!!
  • Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.
  • Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.
  • Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
  • Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibu negara petang ini - rujuk malaysiakini
Woit..! KJ kena amaran je..? kah kah kah kah kah ... !!!

Lepas ni bawak 8 guni RM pi mengadap lembaga rayuan pulak... gerenti setel..!

Kah kah kah kah kah ... !!!

Perhimpunan Haram UMNO Di PWTC - malaysiakini

Hari ini tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.

Geng..! cepat, cepat, cepat..! sape-sape ade dekat-dekat kawasan tolong buat laporan..!

Rakyat nak tau berapa banyak trak FRU standby..?

Rakyat nak tau berapaa ramai anggota FRU standby..?

Rakyat nak tau berapaa das bom asap ditembak..?

Rakyat nak tau berapa gelen air asid disembur..?

Rakyat nak tau berapa ramaai kena belasah..?

Rakyat nak tau berapa ramai kena tahan..?

Rakyat nak tau berapa ramai yang datang..?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Woi..!

Zali dengan Tungaklangit tak pegi ka..?

Bantah, bantah, bantah, bantah, bantah..! jangan lupa bawak sepanduk dan banner-
"KAMI SOKONG RASUAH..!!!"

Jangan lupa bawak banner -
"KAMI NAK KETAM NATANG...!!!"

Kah kah kah kah kah ... !!!

Nombor-Nombor dan Nombor - malaysiakini

Hari ni kita buat kira-kira... pasai apa kita buat kira-kira? yang tu hangpa kena tanya MatSamanKati dengan Pak Nawi. semalam aku pi cari Pak Nawi, tapi Pak Nawi tidoq. jadi aku malas nak kacau dia. kita tunggu je nanti aku ada masa aku pi mengadap Pak Nawi balik.

Sebelum tu moh kita pening-pening kepala dengan no dulu. tak payah pakaai bahasa inggeris. nanti tambah lagi pening. pakai bahasa melayu je.

Ini kunci utama dia.

3456 (3 + 4 + 5 + 6) = 18 (1 + 8) = 9 (1)
711 (7 + 1 + 1) = 9 (1)
729 (7 + 2 + 9) = 18 (1 + 8) = 9 (1)
417 (4 + 1 + 7) = 12 (1 + 2) = 3 (7)
431 (4 + 3 + 1) = 7 (3)
493 (4 + 9 + 3) = 16 (1 + 6) = 7 (3)
7591215 (7 + 5 + 9 + 1 + 2 + 1 + 5) = 30 (3 + 0) = 3 (3)

"3456, 711 dan 729 sampai mati pun tak boleh bersatu, sebab masing-masing nak tunjuk kuat. Dan depa ada kekuatan masing-masing, depa akan lawan sampai yang lain mati. Hangpa tengok, 3456, 711, dan 729, masing-masing bernombor 9. Kalau dicampur ketiga-tiganya, jadi 27. 2 + 7 = 9. Tak boleh!

Tapi cuba kamu tengok 25, depa masih boleh tahan sebab 3456 yang kontrol. Yang lain cuma ikut. Kalau 711 masuk 25, salah satu mesti out, kalau tidak, 25 lingkup.

Tengok pulak 21, tahun 99, masa tu ada 711, 725 dan 417. 21 menang banyak masa tu. 725 masa tu, nombor dia ialah 725. 7+2+5=14. 1+4=5. 9, 5, 3. Jadi, 21 dah boleh kuat, walaupun masih belum boleh nak lawan 25.

Tahun 2003, 725 tukar jadi 729. Nombor dia pun dah tukar jadi 9, sama macam 711. Mana boleh dua-dua sama kuat. Kalau laki bini, gerenti bercerai! Tengok la, apa jadi tahun 2004?

Tapi tahun 2008, 417 masuk balik jadi geng tiga serangkai. 417 masuk sebab dia tahu, dia mesti untung kali ini. 9, 9, 3. campurkan semua jadi 21. 2 + 1 = 3. Ini nombor 417!
Itu pasai sekarang ni, 417 tak ada masalah, yang jadi masalah ialah 711 dan 729!.

Ok... cukup dulu untuk hari ni...

Esok sambung... hehehe... kasi hilang pening dulu..!

http://galeriphotopeng.blogspot.com/...??? - malaysiakini

Geng... aku nak tido dulu... dari semalam lagi dok berjaga.

Hari ni banyak isu panas dan gempar bakal mewarnai dunia politik Malaysia. UMNO/BN, PAS, PKR, DAP semua ada berita Hot Hot Hot Hot Hot...!!!

Tunggu lepas Zohor karang baru release.

Sebelum tu aku nak promote blog santai aku http://galeriphotopeng.blogspot.com/. yang ni bukan blog politik. cuma koleksi gambar-gambar menarik dalam simpanan aku.

Hangpa pi la jenguk-jenguk dekat sana sementara berita-berita panas meletup-letup karang. rileks, rehatkan minda.

Jangan lupa komen korang dekat blog santai aku tu...

Chow...

Sejarah Dulu Dan Gambar Kini - malaysiakini

Hari ni kita belajar balik sejarah Perjanjian Hudaibiah...

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama 1400 orang sahabat setelah beberapa tahun dihalang oleh musyrikin Mekah. Ketika itu Islam yang berpusat di Madinah telah berkembang pesat. Tujuan rombongan itu juga ialah untuk menguji sikap kaum Quraisy yang sangat kuat menghalang dakwah Islam sejak 19 tahun sebelum itu.

Rombongan Rasulullah tidak membawa senjata peperangan. Hanya senjata biasa untuk tujuan perjalanan sahaja yang dibawa bersama. Mereka mengisytiharkan kepada umum bahawa tujuan rombongan itu bukan untuk berperang.

Ketika sampai di 'Asfan, rombongan Rasulullah mendapat maklumat bahawa musyrikin Mekah mahu menghalang rombongan itu hatta dengan cara kekerasan sekali pun. Musyrikin Mekah bersedia dengan pasukan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid. Pasukan itu menunggu di jalan masuk utama menuju kota Mekah.

Rasulullah SAW menukar laluan supaya tidak terserempak dengan pasukan musyrikin, untuk membuktikan tujuan kunjungan itu bukan untuk berperang. Rombongan itu berhenti rehat di Hudaibiah.

Beberapa perundingan antara wakil rombongan muslimin dan wakil musyrikin Mekah gagal mencapai persefahaman. Kemudian, pasukan 80 orang pemuda musyrikin Mekah menyerang rombongan muslimin di tempat perkhemahan mereka pada waktu malam tetapi berjaya ditewaskan oleh pasukan pengawal muslimin.

Selepas itu Rasulullah SAW mengutus 'Uthman bin 'Affan berunding dengan musyrikin Mekah. Oleh kerana terlalu lama menunggu kepulangan 'Uthman, timbul kebimbangan di kalangan muslimin tentang nasib 'Uthman sehingga tersebar berita kononnya dia telah dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda "kita tidak akan pulang ke Madinah sebelum selesai memerangi mereka (musyrikin Mekah)".

Kemudian Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk berbai'ah tidak akan berundur dari medan peperangan yang bakal berlaku. Di ketika itu muncul 'Uthman bin 'Affan lantas dia juga turut berbai'ah bersama-sama dengan muslimin yang lain.

Peristiwa itu berlangsung di bawah sepohon kayu yang rendang pada bulan Mac 628 Masehi.

Bersempena dengan peristiwa bai'ah taat setia dan sepakat untuk menentang kejahatan dan ketidak adilan musyrikin Mekah yang berlangsung di bawah sepohon kayu itu, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah Redha terhadap orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah sepohon kayu, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan ketenangan ke dalam jiwa mereka, dan Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka dalam waktu yang dekat." (Surah Al-Fath - ayat 18)

Bai'ah taat setia kepada kepimpinan Rasulullah untuk menghadapi sebarang tentangan musyrikin itu telah mencemaskan musuh di kota Mekah. Suasana menjadi tegang disebabkan kemungkinan peperangan yang akan berlaku. Akhirnya kabinet musyrikin Mekah menghantar Suhail bin 'Amru bertemu Rasulullaah SAW dan menawarkan perdamaian.

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

Perjanjian Hudaibiah adalah hasil pertama selepas persidangan bai'ah di bawah sepohon kayu yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Catatan sejarah membuktikan Maha Benar wahyu Allah tentang "kemenangan yang dekat" selepas sidang di bawah pokok.

Perjanjian Hudaibiah yang berkait langsung dengan sidang itu merupakan perkara yang amat significant bagi rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah SAW sehingga Islam berdaulat dengan sangat hebat.

Kesan utama perjanjian itu ialah pengiktirafan secara tersirat terhadap kepimpinan Rasulullah SAW di luar kelompok muslimin.

Kesan kedua ialah terbuka ruang dakwah yang lebih luas sehingga ke dalam komuniti bukan Islam di Mekah yang terhalang sebelumnya. Ruang itu membawa kepada keIslaman ramai tokoh masyarakat termasuk Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'As dan 'Uthman bin Abi Talhah.

Kesan ketiga ialah kejayaan meneroka dakwah ke luar semenanjung Arab. Rasulullah SAW mengutus surat kepada Raja dan pemimpin negara-negara luar, menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima surat Rasulullah SAW ialah Raja Najasyi negara Habsyah, Raja Muqauqis negara Mesir, Raja Kisra negara Farsi, Raja Hercules negara Rom, Raja Jaifar dan Raja 'Abda pemerintah Oman, Al-Munzir bin Sawi pemerintah negara Bahrain, Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah dan Al-Harith bin Abi Syamar pemerintah Damsyik.

Hasil dakwah local dan international ini, Daulah Islamiah yang berpusat di Madinah mencapai 3 kejayaan besar, iaitu;

#1. Termeterai perjanjian damai dengan negara-negara bukan Islam.

#2. Dakwah Islam dapat masuk dan berkembang di negara-negara bukan Islam.

#3. Termeterai ikatan dan perjanjian di antara kerajaan negara-negara Islam dengan rakyat bukan Islam di negara masing-masing. Rakyat non-muslim yang mengikat janji dengan kerajaan Islam dikenali sebagai ahluzzimmah atau zimmi yang bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Selepas itu tentera Islam memenangi peperangan Khaibar yang sangat bermakna. Kaum Yahudi yang dibantu oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai secara rahsia. Kejayaan itu seolah-olah melengkapkan kemenangan umat Islam ke atas semua pihak yang memusuhinya.

-jeritan minda politik malaysia