Semalam lebih kurang jam 8:30 malam bertempat di Restoran Zamri (bukan Zambry gelap) berlangsung majlis kecil-kecilan Pelancaran Banner Rakyat untuk Pilihanraya Kecil P-059 oleh Dato' Seri Ir Nizar calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P-059.
Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak. gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim, rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.
Pihak kami hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak. terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".
Sat ni kalau hangpa nampak ada yang pi perosak Banner Rakyat tu, hangpa pakat-pakat katok je tukang dajai tu... hahaha... itukan Banner Rakyat... sama-sama la kita jaga.
Lain-lain makanan semua ada, kue tiow kerang dia pun baguih, kue tiow udang dia pun baguih. nak makan western food pun ada.
Tapi bab minum ni nak cerita sikit... kalau hangpa singgah sini, jangan dok gatai-gatai nak order minuman brand Nestle. depa boikot habis-habisan. nescafe tak dak, milo tak dak, horlicks tak dak, sebut je yang dalam list boikot Israel tu semua tak dak. ini betul-betul punya boikot, bukan main-main..!
Oit... lupa nak sebut... lokasi Restoran ni dekat Batu 6... kampun apa aku tak berapa tau, tapi kalau hangpa tanya sapa-sapa orang sini, memang depa kenai sangat kedai ni.
Ok chiow..!