Ahmadhadeed cuba menipu dengan berkata :
- “Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.”
Malahan di Mesir sendiri, terdapat pengikut Kristian di sana dari Gereja Katolik. Juga di Libya. Namun, kesemuanya menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.
Penipuan kedua AhmadAideed adalah seperti dibawah :
- “Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka ,”
Tapi yang tidak diberitahu oleh AhmadHadeed adalah kedua-dua MAdzhab Koptik dan Roman Katholik adalah SYIRIK kerana kedua-dua nya mempercayai “TRINITY”. Mengapa saya kata demikian?
Kerana kedua-dua Madzhab menerima keputusan Persidangan Constantinople yang pertama. Persidangan tersebut telah membuahkan fahaman Trinity yang kita kenal sekarang. Ertinya, kedua2 Koptik dan Roman Catholic adalah SESAT dan SYIRIK.
Namun, mengapa tidak ulama2 kita MENGHARAMKAN penggunaan nama Allah oleh Kristian Koptik di Tanah Arab? Soalan ini, Ahmadhadeed dan seluruh pelajar Malaysia lulusan Azhar tak pernah jawab.
Juga, Ahmad Hadeed tak berani nak sebut nama rasmi Madzhab Koptik, yakni “Orthodox Catholic Church”. Dengan kata lain, Madzhab Koptik juga menyatakan mereka adalah Katolik.
KONSPIRASI JAHAT SONGKOK PUTIH MEMBURUKAN KHALID SAMAD DAN DR DZUL
Ahmadhadeed dengan jelas menyebut dalam artikel beliau :
- “Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and Ethiopia”
Ertinya mereka yang selama ini berdegar-degar bicara pasal wala’ sebenarnya hanya hipokrit. Apabila keputusan jemaah berlawanan dengan kehendak mereka, wala’ diketepikan macam sampah.
Wala’ ni hanya releven bila mereka mahu ahli-ahli PAS menyokong idea “Muzakarah” dan ”kerajaang perpaduang”.
Saya heran, kenapa Songkok Putih tidak terbitkan kenyataan Khalid Samad dan Dr Dzul dalam isu ini? Kenapa Songkok Putih lebih suka menerbitkan artikel-artikel yang selari dengan kehendak tuan Songkok Putih yang sebenar (dan tuan ini bukan PAS) ?
Ini semua adalah projek penipuan Songkok Putih dengan bantuan intelek jadi2an bernama AhmadHadeed. Tujuan mereka adalah untuk menghasut ahli PAS supaya tidak wala’ pada keputusan jemaah.
Tujuan mereka supaya ahli-ahli PAS mengikut rentak dan irama UMNO dalam isu “Kalimah Allah” ini. Al maklumlah, mereka semua adalah kumpulan yang pro kepada kerjasama dengan UMNO sebelum ini.
Inilah dia contoh orang-orang yang mengata dulang paku serpih dalam PAS. BIla keputusan memihak kepada mereka, kalimah “wala’” disebarkan merata-rata. Bila keputusan tidak memihak, mereka guna taktik menghasut dan sabotaj seperti ini.
Nasihat saya pada Songkok Putih dan geng-geng beliau, MASUKLAH UMNO!!!. Pergilah duduk bawah ketiak Mat Said tu cepat-cepat. Kamu bukan Ahli PAS yang tulin. Kamu wala’ pada individu bukan pada jemaah itu sendiri. Berhentilah berpura-pura dan tunjukkan wajah kamu yang sebenar.
Tulang Besi
Roman Katholik Sabah Sarawak dan Malaysia tak sama dengan Coptic Kristian Arab
Oleh: ahmadhadeed
"Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh.
Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia.
Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.
Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.
Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.
Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.
Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern OrthordoxChristian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.













