"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 29, 2010

Apehal...???

Kes Aminulrashid : Cerita Dari YB Khalid Samad

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Doa Laknat Kepada Ezam Soros Di Hadapan Kaabah Sempena Perlantikan Sebagai Senator.

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Wednesday, April 28, 2010

PENDIRIAN GAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS:

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...


Kalau cakap ada polis jahat mengalahkan babi gila, marah... tapi... argh... korang pikir la sendiri... ni ajaran APCO ke..?

Tuesday, April 27, 2010

Analisis Kekalahan Pakatan Rakyat Dalam PRK P-094

Ni kali pertama aku buat analisis selepas Pilihanraya Kecil... aku tak reti nak selidik banyak-banyak fakta-fakta, dokumen, rekod pengundi, rekod setiap peti undi, sentimen penduduk, sentimen orang muda, pecahan ikut kaum, pecahan ikut kawasan bla bla bla...

Keputusan Rasmi yang SPR umumkan malam 25hb. April, 2010:

Parti KeADILAN Rakyat (Pakatan Rakyat) - 23,272 undi
MIC (Barisan Nsional) - 24,997 undi

Majoriti - 1,725

Ringkas-ringkas dah la...

Pakatan Rakyat kalah sebab 24,997 pengundi memangkah Barisan Nasional manakala 23,272 pengundi memangkah Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kalah sebab MAJORITI pengundi mengundi Barisan Nasional. jadi, kalahlah... apa nak pening-pening kepala lagi..? lain kali kalau nak menang, kena la buat kerja lebih kuat lagi supaya MAJORITI pengundi mengundi Pakatan Rakyat.

Kalau dah MAJORITI pengundi mengundi Pakatan Rakyat, menanglah Pakatan Rakyat...

Tak gitu..? hehehe... dah... gi buat kerja... kalau nak menang PRU-13, kena mula kerja dari sekarang... tak payah dok buang masa nak analisis... Pilihanraya dah selesai... kerja, kerja, kerja...

Undi FELDA Tidak Banyak Membantu UMNO di Hulu Selangor

Antara respon awal yang saya dapat terhadap kekalahan PR di Hulu Selangor adalah turunnya undi PKR di kawasan Felda dengan drastik.

Namun, selepas menilai beberapa UPU yang 95% Melayu di kawasan Felda, saya mendapati teori ini tidak betul sama sekali.

Carta di atas menunjukkan bahawa undi PKR/PR hanya jatuh 5% berbanding 2008.(Dari 40.56% pada 2008 ke 35.67% di 2010) Dengan kata lain segala usaha PAS dan PR di Kawasan Felda telah membuahkan hasil dan berjaya melemahkan pengaruh BN dan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Dengan kata lain, sekiranya Zaid Ibrahim dilantik penyelia Parlimen Hulu Selangor dan berjaya menyelesaikan permasaalahan pemilikan tanah di sana, maka saya yakin, bilangan undi PKR di kawasan FElda ini akan meningkat kepada 45-50% dalam Pilihanraya umum kelak.

Masa 2-3 minggu kempen adalah terlampau singkat untuk Melayu2 Felda mengubah pemikiran dan pendirian mereka. Setelah berpuluh-puluh tahun diasak dan diracun dengan propaganda UMNO, mereka memerlukan beberapa tahun untuk mengubah pendirian mereka.

Syabas kepada jentera PAS, Mazlan Aliman and the gang, MB Selangor serta semua jentera yang bertumpu di kawasan Felda. Kamu berjaya mengurangkan pengaruh UMNO dengan begitu baik.

Malahan, majoriti keseluruhan Barisan Nasional dalam DUN Hulu Bernam hanya naik 400 undi (dari 2008:1408 kepada 2010:1807).

UNDI MELAYU BANYAK LARI DI DUN BATANG KALI DAN KUALA KUBU BAHARU

UPU2 yang saya analisa di bawah adalah UPU yang mempunyai 95% Melayu atau lebih.


Jelasnya, orang Melayu di luar DUN Hulu Bernam yang banyak lari ke BN semula. Dari perkiraan saya, sekitar 12% swing orang Melayu telah lari semula ke Barisan Nasional kali ini.

Mengapa perkara ini berlaku? Ada banyak teori yang boleh diperkirakan, namun saya ada teori saya sendiri:

1.0 Penolakan kepada G Palanieval sebenarnya lebih besar di luar Felda berbanding di dalam Felda. Sebelum ini pun, saya mendapati, peratus menolak G. Palanieval lebih tinggi di luar Felda berbanding di dalam

2.0 Ada logiknya di sini kerana G Palanieval lebih banyak berinteraksi dengan Melayu2 di LUAR FELDA berbanding di dalam Felda. Melayu2 di dalam Felda ada jentera Felda untuk mengadu nasib berbanding di luar Felda yang lebih bergantung pada jentera Kerajaan Negeri.

3.0 Maka, prestasi kerajaan Negeri selama 2 tahun kebelankangan ini juga lebih dirasai oleh Melayu di luar Felda berbanding di dalam Felda. Oleh kerana Dato Zainal terlantar sakit selama 2 tahun sebelum ini menjadikan orang-orang Melayu mengundi protes terhadap kerajaan negeri kerana kebajikan mereka tidak dijaga.

4.0 Mereka tidak dapat mengadu pada ADUN UMNO mereka kerana ADUN UMNO mereka adalah pembangkang.

5.0 Jentera kempen PR lebih tertumpu kepada kawasan Melayu Felda berbanding Batang Kali menyebabkan UMNO berjaya mencuri semula penyokong-penyokong mereka yang sememangnya kuat UMNO selama berpuluh-puluh tahun seperti juga di Felda.

6.0 Isu arak Zaid Ibrahim mungkin lebih berkesan di luar Felda kerana masaalah akhlak dan moral lebih teruk di dalam Felda berbanding di luar Felda.

7.0 Penipuan UMNO lebih mudah dilakukan di luar Felda berbanding di dalam. Felda adalah masyarakat yang rapat dan agak tertutup. Maka, jikalau ada penipuan, mudah untuk diketahui. Tidak seperti di luar Felda.

Secara mudahnya, ada harapan yang besar bagi Pakatan Rakyat untuk memecahkan kubu UMNO ini. Saya mencadangkan Zaid Ibrahim dilantik penyelia Parlimen Hulu Selangor bagi memastikan janji-janji kepada kawasan Felda dan melayu-melayu di luar Felda dipenuhi. Juga, memastikan kebajikan mereka terjaga.

Saya yakin Parlimen ini akan jatuh semula pada Pakatan Rakyat selepas ini, inshaalah. Di samping itu, jangan lupa kebajikan orang Cina dan India yang telah mengundi kita dengan banyakknya pada 2010.

Tulang Besi

Tiada Dakwat Kekal di Jari Memenangkan UMNO di Hulu Selangor. SPR BIRO UMNO

Sekarang baru kita faham mengapa UMNO dan SPR menolak cadangan dakwat kekal di jari bagi proses mengundi. Kalau sistem dakwat kekal dilaksanakan, sudah tentu Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

SPR pula adalah Biro UMNO, sudah tentu tidak akan melaksanakan sistem yang dilaksanakan oleh majoriti negara-negara jiran kita. Ini kerana sistem ini akan merugikan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan kalau Indonesia yang mempunyai rakyat 240 juta orang boleh laksana sistem ini, mengapa Malaysia yang hanya 27 juta tidak mampu?( Rujuk gambar di atas)

Tiada alasan untuk Malaysia untuk tidak melaksanakan sistem ini sama sekali kecuali kerana mahu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sistem dakwat kekal akan memastikan seorang pengundi hanya akan mengundi SEKALI sahaja. Ertinya ia akan membunuh segala usaha undi hantu, undi berganda dan undi beli dari pihak UMNO. Undi berganda ini menerangkan mengapa PKR kalah dalam Hulu Selangor dalam keadaan UNDI PKR TIDAK JATUH, malahan naik.

Kita semua sedar SPR adalah Biro UMNO. Waktu 3 ekor katak di Perak melompat, seharusnya SPR mengisytihar kerusi mereka kosong. Namun, SPR tidak berbuat demikian kerana SPR adalah Biro UMNO. Juga, apabila kerusi Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker, SPR pula bertindak lebih terror dari Speaker DUN Perak. Di Hulu Selangor, seramai 17000 pengundi telah DIPINDAHKAN tanpa pengetahuan setiap pengundi.

SPR kita bukan sahaja Biro UMNO tapi barua UMNO.Maka, setiap pergerakan mereka adalah untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

TUGAS PAKATAN RAKYAT

Hidupkan balik agenda BERSIH mulai sekarang dan paksa SPR menerima sistem dakwat kekal di jari. Kalau terpaksa berdemonstrasi pun, kita berdemo lagi sehingga tuntutan kita diterima.

Anwar Ibrahim boleh membawa usul ini ke peringkat antarabangsa supaya dunia tahu bahawa Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak lain dari pelacur kepada UMNO semata-mata.

Kalau UMNO benar-benar ikhlas mahukan perubahan sistem, maka sistem dakwat kekal WAJIB digunakan.

Hulu Selangor sebenarnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tapi, PR kalah pada penipuan UMNO dan BN dengan bantuan pelacur mereka bernama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Tulang Besi
Ink on Finger, Indonesia vs Malaysia, Manek Urai BN “victory”, SPR is an UMNO’s Beareau

Ever wonder why Indonesia with 200 million voters (that’s right 200 million) can implement the ink-on-finger, and Malaysia with just less than 15 million voters cannot? The picture shown above shows that there is no excuse for Malaysia not to implement the ink-on-finger.Hundreds of millions of Indonesians had their fingers inked when they voted in the Parlimentary and Presidential elections this year.

I checked with an acquaintance who voted in the election, and she told me the ink will take at least a month to completely disappear. If u wash the ink part everyday, it may take no less than a week.

And in Indonesia, the ink system works. There has been no report of people voting more than once or “phantom voters”.

Ink-on-Finger Should be BERSIH’s Next Agenda

BERSIH needs to be resurrected. And if only for this single agenda, then BERSIH existence would be totally justified.

Manek Urai’s result has shown us, among all, how devious votes serve the interest of Barisan Nasional. If Pakatan were to retain their ground, then the Malaysian electoral system must be guaranteed to be “fraud free”.

Repeated votings, postal votes and “phantom” voters are the lifelines of UMNO/BN. If Pakatan states wants to ensure the repeated success in their states, they will have to stop BN at their tracks. In other words, they will have to stop BN from benefiting from the usual Phantom Votes, Postal votes and repeated votes.

Phantom voters existence is beyond doubt. But, it kept coming back and nothing has been done to stop phantom voters. Therefore, Pakatan Rakyat will have to take a proactive and aggressive step to ensure that Phantom votes ceased to exists.

SPR is UMNO’s Prostitute

We all know how the SPR worked in favor of UMNO in the Perak coup-de-tat. And the dates of by elections have always favored UMNO. In Penanti, they delayed the calling of the date so as to give MACC a chance to prevent former Penang TKM from resigning.

In Manek Urai, they deliberately scheduled polling day on a working day. In Bukit Gantang they scheduled the polling day on a weekend because the BN believes that Malay younger voters will come back to vote and vote BN.

In short, the SPR is an UMNO’s prostitute. The question is, what do we do about it? BERSIH needs to be resurrected.

There must be constant expose’ of SPR and their evil deeds before the damage is beyond repair. UMNO is desperate and they will use everything to protect their illegal hegemony.

We must make sure that UMNO’s complicit with SPR be exposed to the public and let the public see SPR as what they are, an UMNO’s prostitute.

Tulang Besi

Monday, April 26, 2010

FENOMENA UNDI HANTU MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO

Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008  22979, 201024,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 200823177, 201023,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”


Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu.

Tulang Besi
”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?

Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:

PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)

Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam Selangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:

2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Tulang Besi