"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 23, 2011

Praktikal "Keadilan" Di Dalam UMNgOk: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, KEZALIMAN Diutamakan..!

Lebih dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!

Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah.

Sumber - http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html

PRK DUN Tenang: Bulan Mewakili Hatiku...


Friday, January 21, 2011

Tahniah Buat Pemerintahan Telus...

Tahniah Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng, Pulau Pinang telah disahkan sebagai Destinasi Pelaburan Terbaik bagi tahun 2010 dengan pelaburan bernilai RM12.2 bilion, yang merupakan jumlah pelaburan terbesar di Malaysia. Ia adalah kenaikan 465% berbanding tahun 2009.

Forum BERSIH II: Jemput Datang Beramai-Ramai

ATURCARA FORUM BERSIH 2.0

Tarikh: 21hb. Januari, 2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Balai Islam, Lundang, Kota Bharu

8.30 malam: Kehadiran VIP/ orang ramai.
9.00 malam: Ucapan Pengerusi Majlis.
9.05 malam: Ucapan Pengerusi BERSIH 2.0 Kelantan, Dr. Abdul Halim Yusof.
9.10 malam: Ucapan Moderator Forum, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum Future Studies Malaysia).
9.20 malam: Forum BERSIH 2.0

Tajuk Forum: “PRU13 - Membersihkan Pilihan Raya Demi Masa Depan Rakyat”

Panelis:-

1) YB Dato' Hj. Husam Musa (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan)
2) Datuk Dr. Toh Kin Woon (Jawakankuasa Pusat BERSIH 2.0)
3) Prof. Dr. Aziz Bari (Pakar Undang-undang, Kuliyah Ahmad Ibrahim, UIAM)

Format:-

Pusingan [1]: Forum (20 minit seorang)

Soal jawab audien

Pusingan [2]: Forum (soal jawab bersilang)

11.00 malam: Slot Pengerusi Majlis untuk Sesi Penutup.

Penyampaian cenderahati kepada panelis dan moderator.

11.15: malam Sidang Akhbar BERSIH 2.0.

Wednesday, January 19, 2011

RM10 Juta: Saja Nak Usik Kerajaan Negeri selangor

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

"Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

"Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

"Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat," katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.
Aku ada sikit pemahaman yang aku tak paham dalam hal berkaitan...

Betul..! Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk membantu golongan-golongan ini memulakan kehidupan baru yang bersumber kepada rezeki yang halal. yang ni sangat-sangat bagus.

Tapi, ada baiknya kalau Kerajaan Negeri Selangor menarik balik lesen penjualan arak di kedai-kedai serbanika dan juga pasaraya-pasaraya yang ada sekarang sepertimana yang telah dikuatkuasakan di Negeri Kelantan sejak sekian lama.

Dengan berbuat demikian, masalah sosial hasil dari "penonggangan arak" dikalangan golongan muda sekurang-kurangnya dapat diatasi kalau tak banyak, sikit pun jadi la... macam kata Tok Guru Nik Abdul Aziz - "Beras, kalau ada seguni, tak dapat nak ambik semua, ambik segenggam pun cukuplah..."...

Masalah paling kritikal pada zaman Barang Naik ialah - Peluang Pekerjaan.

Aku tak fikir dalam keadaan rakyat tertekan dengan pelbagai kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat (TERIMA KASIH BN - Barang Naik, Bila Naik..? Baru Naik, Berapa Naik..? Banyak Naik..!), mengeluarkan sejumlah wang yang banyak akan dapat membantu mereka-mereka ini meneruskan penghidupan yang semakin tertekan.

Tengok lojik la... berapa ramai lulusan yang ada kemahiran tersadai tanpa pekerjaan..? masalah dalam negara kita sekarang ialah, kita ada ramai lulusan yang berkemahiran tinggi tetapi kita tidak ada menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka-mereka ini.

Jadi kalau mereka-mereka yang berhenti kerja ni (sebab penguatkuasaan undang-undang terbaru) berhenti kerja kemudian terus diberi latihan dan dana macam yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, apakah jaminan bahawa mereka-mereka ini akan dapat memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan sedangkan kita tahu peniaga-peniaga kecil menghadapi masalah dalam meneruskan perniagaan sekarang.

Berhenti kerja sebab tak nak kena tindakan 1 hal yang bagus & bermoral, tapi kalau dah berhenti kerja, rasa-rasanya cukup ke kewangan mereka-mereka ni untuk menampung kehidupan sebelum memulakan perniagaan sendiri..?

Apa salahnya kalau Kerajaan Negeri Selangor sekalikan penguatkuasaan undang-undang pekerja permis arak tu berserta dengan menarik balik lesen penjualan arak di permis-permis serbanika & pasaraya.

Dengan cara ni, mereka-mereka yang sedia bekerja ditempat-tempat berkenaan boleh saja meneruskan pekerjaan mereka dengan gaji baru yang sumbernya lebih halal dalam masa yang sama, mereka-mereka ini juga berpeluang untuk menimba ilmu perniagaan tanpa perlu memikirkan tentang kos sara hidup semasa mendapatkan latihan tersebut.

Tak cukup lagi ke penjualan arak di pusat-pusat hiburan yang ada sekarang sampaikan terpaksa juga dijual di kedai-kedai serbanika yang pelanggannya dari pelbagai peringkat umur..?

Tak salah kalau buat 1 keputusan yang agak susah tetapi dalam masa yang sama memberi kebahagiaan kepada orang ramai.

Bukan apa... aku risau kalau-kalau mereka-mereka yang sedia bekerja di permis jualan arak sekarang berhenti kerja serta-merta mengejar peluang sebab ada "Dana", habis latihan tersadai dekat rumah tanpa peluang pekerjaan atau perniagaan...

Esok-esok mereka-mereka ni la jugak yang akan menentukan Kerajaan sedia ada... kalau program ni gagal... hermmmm

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu......

Tuesday, January 18, 2011

Ummi Hafilda & Saman RM700 juta: Apa Kata Azwan Ali...???


PTPTN Adalah Along Yang Sebenar - Mangsa

Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun:
Memang le kepada peminjam PTPTN...

Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. (sila klik imej di sebelah untuk besarkan)
Saya sekali lagi mengajak semua orang berfikir sebagai rakyat yang taksub kepada kebenaran. Kalau yang beragama Islam, bertuankan Allah, bertuhankan Allah - bukan ketuanan Melayu yang sudah begitu dihanyir dan dilendirkan oleh Umno atau apa-apa pun. Kita bercakap tentang kebenaran. Kita bercakap tentang kepentingan rakyat. Sudah-sudahlah bercakap dengan ketaksuban atau 'asabiyyah kepada mana-mana parti atau pemimpin. Sekarang pun orang dah mula bercakap, kalau Umno ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PAS ada Rusila. Marilah kita bercakap sebagai rakyat.

Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya.

Sumber - ~penarik beca

Forum BERSIH II: Semua Dijemput Hadir

ATURCARA FORUM BERSIH 2.0

Tarikh: 21hb. Januari, 2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Balai Islam, Lundang, Kota Bharu

8.30 malam: Kehadiran VIP/ orang ramai.
9.00 malam: Ucapan Pengerusi Majlis.
9.05 malam: Ucapan Pengerusi BERSIH 2.0 Kelantan, Dr. Abdul Halim Yusof.
9.10 malam: Ucapan Moderator Forum, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum Future Studies Malaysia).
9.20 malam: Forum BERSIH 2.0

Tajuk Forum: “PRU13 - Membersihkan Pilihan Raya Demi Masa Depan Rakyat”

Panelis:-

1) YB Dato' Hj. Husam Musa (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan)
2) Datuk Dr. Toh Kin Woon (Jawakankuasa Pusat BERSIH 2.0)
3) Prof. Dr. Aziz Bari (Pakar Undang-undang, Kuliyah Ahmad Ibrahim, UIAM)

Format:-

Pusingan [1]: Forum (20 minit seorang)

Soal jawab audien

Pusingan [2]: Forum (soal jawab bersilang)

11.00 malam: Slot Pengerusi Majlis untuk Sesi Penutup.

Penyampaian cenderahati kepada panelis dan moderator.

11.15: malam Sidang Akhbar BERSIH 2.0.