"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, April 29, 2009

Usul Lucut Speaker DUN Perak - malaysiakini

Malaysiakini lapor -

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

TPU - kah kah kah... aku dah agak dah... bukan aku je yang dah agak, 1Malaysia dah agak dah benda ni akan dibawak ke Sidang DUN Perak nanti... kah kah kah...

Tapi kalau Speaker gumpal-gumpal kertas usul tu pas tu buang dalam tong sampah, UMNO/BN nak buat macam mana?

Nak bawak pi Mahkamah ke? pas tu Mahkamah isytihar bahawa Speaker tiada kuasa untuk menolak usul tu ke?

Pas tu jadik sarkis ke? ke? ke?

Oit..! ini Malaysia la..! kalau UMNO/BN cakap api tu sejuk, 1Malaysia kene pecaye oi..!

1Malaysia, apepun boleh jadi beb..! jangan la korang nak harap ade benda yang baik akan berlaku, jangan la korang dok harap sangat apa yang korang harapkan tu berlaku... ini Malaysia beb..! 1Malaysia..! 1Malaysia sudah tau..!

Blog Tak Update...

Seminggu ni aku cukup sibok dengan entah hape menatang aku tak tau. tak berapa banyak masa untuk update blog dan tambah lagi dengan tak banyak isu sekarang.

Jadi, kalau korang bukak blog ni dan tengok mende yang sama je tak de update, aku mintak maaf banyak-banyak. rasanya tak seronok kalau setakat update blog untuk isu yang remeh-temeh.

Nanti ada masa dan jugak ada isu panas atau isu baru, aku akan update. buat masa ni aku tak de idea nak update... cuba tunggu malam-malam karang atau esok. mungkin idea aku datang. ni tengah kumpul info.

Mintak maaf banyak-banyak geng... aku buntu...

Pilihanraya Penanti dah dekat dah ni... banyak nak kene prepare dari segi material dan jugak poket. adusss...

Tuesday, April 28, 2009

Pengisytiharan Calon PRK Penanti - malaysiakini

Dijemput semua hadir beramai-ramai ke Yayasan Aman jam 9 malam ini (28hb. Apriil, 2009).

DSAI akan mengumumkan calon PKR yang akan mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Penanti yang akan datang.

FRU juga dijemput hadir.

Turut bersama hadir malam ini ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


ADUN Kuala Nerang (BN) Muflis..? - malaysiakini

-roslanali

Tadi ceramah Mat Sabu dekat Baiduri, PJ, katanya ADUN Kuala Nerang (BN) dah muflis, tengok esok betui ka tidak.

Monday, April 27, 2009

Penanti Menanti BloggersNetwork@Perak..? - malaysiakini

Kalau cukup budget, kami akan naik ke Penanti dengan corum yang cukup macam di Perak. Kalau kata budget ciput, kami terpaksa buat pandai-pandai kami. Kalau ada yang nak tambah lagi sumbangan, tabung BloggersNetwork@Perak masih terbuka menanti sumbangan untuk Projek Penanti.

Tapi di Penanti kali ni rasanya jaringan kami akan bertambah besar. BloggersNetwork@Penang dah menunggu kami di Penanti untuk bergabung di Penanti.

Hari tu ada yang offer tempat tinggal sementara untuk kami di Penanti nanti. aku lupa dah sape-sape yang offer tu dan mintak korang-korang yang offer hari tu contact sape-sape geng BloggersNetwork@Perak untuk confirmkan tempat. asalkan dekat dengan Penanti, kalau dalam DUN Penanti lagi bagus. yang penting, coverage untuk Broadband mantap, serik dah dok layan Berukband.

Lepas PRK Bukit Gantang tamat, aku balik KL. banyak dapat info dari UMNO/BN.

Hal yang sebenarnya ialah memang UMNO/BN akan bertanding di Penanti, calonnya tak tau sape lagi, aku pun malas nak berspekulasi dalam hal ni.

Bila Najib umumkan BN "mungkin" tak bertanding di Penanti, semua orang ternganga, lebih-lebih lagi orang UMNO/BN. semua melatah. aku bantai gelak je... sebab aku tau...

Najib cuma buat gimik dan Madey pun buat gimik jugak. 2-2 buat gimik untuk padamkan imej Madey dalam pemerintahan Najib. padahal 2-2 dah kawtim... Najib umum "mungkin" tak tanding, Madey pulak umum "Bodo" kalau tak tanding. agendanya supaya nampak bercanggah pendirian dengan harapan orang tak kata Najib boneka Madey.

Ini orang UMNO/BN yang bagitau aku... team Brahim Ali... hehehe... team Brahim Ali? Brahim Ali bukan UMNO woi..! hahaha... memang dia bukan ahli UMNO tapi dia tu macam Madey... nyuruk belakang logo Bebas dengan agenda UMNO. team Brahim Ali ada connection dengan team "lagi satu" dalam UMNO. UMNO sekarang ada 3 team. aku malas nak cerita lagi dekat sini.

Untuk Projek Penanti (UMNO/BN), kali ni KJ, dengan Ezam diharamkan dari berkempen untuk UMNO/BN. Najib pun dengar katanya tak turun kempen di Penanti. ada sorang "orang kuat PKR" "mungkin" akan berkempen atas tiket bebas atas platform UMNO/BN. jangan lupa 2 ekor katak, mungkin akan diturunkan jugak. risiko agak besar tapi depa ada plan depa sendiri. jadi Pakatan Rakyat jangan dok loqlaq sangat. jangan ingat "ala... tu kubu kuat DSAI tu... turun temurun dah... letak mangkuk jadi calon pun boleh menang...".

*kalau mat UMNO tu kelentong aku, kira aku pun kelentong korang... hahaha... tunggu...

Jangan pikir semudah tu.

Setakat ni Najib pegang title Bapa KeKalahan, tapi kalau kalah 4 tempat tapi menang di "Kubu Terkuat" Pakatan Rakyat, orang UMNO akan sembah Najib.

Jadi kita kena beringat... jangan ingat PRK DUN Penanti tu kacang goreng...

31 Mei Mengundi Di Penanti - malaysiakini

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Ni Binatang Apa Pulak Ni..? - malaysiakini

Tengok iklan gila dekat bawah ni... dunia makin maju, kepala otak manusia makin mundur. yang pakai tudung dok promosi bomoh nombor ekor. bangang tak abis-abis... nak marah pun tak boleh sebab ada mufti pun, dok sibok berpolitik.

Fatwa ke apa ke cuma keluar untuk back-up parti pemerintah, untuk kembangkan lagi pemahaman orang ramai terhadap Islam letak belakang. yang penting "Selamatkan Melayu"... Islam dok dalam tong sampah tak kisah.

Jadi tak heran kalau makin hari makin banyak poduk macam ni keluar dekat Malaysia... apa nak heran? Mufti peduli ape? ala... ada ajaran sesat pun tak leh nak setel. berape tahun dah?

Kalau hal pembangkang, matahari belum naik tau-tau dah kedalam. kalau hal pembangkang, belum habis ceramah, berita dah keluar dekat TV... aik... cepat pulak?

Sunday, April 26, 2009

The Best Short Video - malaysiakini

Semua kene tengok video pendek ni sampai habis..!

Kak Pidah Dalam Majlis Tertinggi Gerombolan - malaysiakini

PETALING JAYA : Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara mereka yang dilantik menganggotai barisan Majlis Tertinggi (MT) kali ini. Ia diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Rafidah tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas lanjut mengenai rasional pelantikan kedua-dua pemimpin berkenaan Najib berkata, pelantikan mereka dilihat mampu untuk memberikan sumbangan kepada parti. "Mereka boleh buat sumbangan kepada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan," katanya.

TPU - hehehe... Madey sudah masuk daun... muakhakhakha... suami Najib tak bley buat ape-ape dah sekarang...

Madey dok rumah pakai remote sambung terus dekat kepala Isteri Rosmah... kah kah kah kah kah...!!!

Welcome Madey...!!!

UNTUK WARGA KUALA LUMPUR SAHAJA - YANG DI LANGKAWI SILA JANGAN GANGGU - malaysiakini

PROGRAM PETANG DAN MALAM AHAD

Jam 3.00 - 5.00 petang di Pesta Buku Antarabangsa bangunan PWTC.

Tukar Tiub akan menanda tangani buku Keganasan, Penipuan & Internet.

Jam 8.00 Malam - Amanat Untuk Pejuang

Anjuran Pentas 152 – kumpulan cool tapi masih belum se cool Dum Dum Tak bersama Pak Janggut A. Samad Said dan Mat Bunga, Mat Rock dan Mat Cool.

Tempat : No 17 Seksen 16/4, Petaling Jaya.

Kalau sesat sila hubungi : Syafiq Sunny +6017 279 3252.

Atau kalau tak malas nak naik ngang sikla layari laman porn... oops maaf… http://pentas152.blogspot.com/.