"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 21, 2009

Apa Yang SPRM Cuba Lakukan Di Selangor..?

Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan... tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel ini adalah terjemahan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal Raja Petra,”There is many a truth in the parody” di Malaysia Today.)

Ceramah UMNO: Metowasi..?

Email dari geng kita CUPING MERAH...

Poster ni ditampal dekat rumah aku, masa tu aku nak kuar pergi kerja. aku baca ayatnya pas tu aku ketawa sendiri. "Metowasi" tu apa..? tapi aku tak boleh nak gelak jugak masa tu takut-takut perkataan tu betul (Metowasi) tapi mungkin aku tak tau.

Sampai dekat office, aku tanya semua member-member aku tapi sorang pun tak tau apebenda "Metowasi" tu.

Malam ceramah tu bini aku ajak la aku pergi tengok. fullamak... ramai betul... hampir 10 ribu orang datang. tiada minuman, tiada makanan dan tiada nyanyian malam tu... pure ceramah. panas betul telinga aku dengar tapi biasa la... ini politik ma...

*yang datang tak sampai pun 10 orang... aku tak sempat nak gelak, bini aku dah bantai gelak dulu... muakhakhakhakha...!!!

CUPING MERAH

TPU - Mekasih untuk info, lenkali cuba usahakan info beserta dengan gambar untuk menghangatkan lagi kepala UMNgOk... hahaha...!!!

Manek Urai: Undi PAS Jatuh Kerana Jatuhnya Harga Getah

Benar. Tidak usahlah bersedih dan bergusar. Sewaktu PRU 2008, harga getah adalah 40% dari apa yang ada sekarang dan harga barang lebih rendah berbanding sekarang.

Apabila jatuhnya harga getah maka pendapatan rakyat Manek Urai juga jatuh. Dan apabila naik harga barang, maka kecil lagilah pendapatan rakyat Manek Urai.

Sewaktu 2008, kerajaan Kelantan mendapat laba yang besar dari harga getah yang melambung tinggi di pasaran dunia. Orang kampung yang menoreh merasakan bahawa ini adalah rahmat dari mengundi PAS dan bererti mereka mahu meneruskan lagi pemerintahan Tok Guru.

Bukan sahaja Kelantan yang mendapat laba dari kenaikan harga komoditi, UMNO juga mendapat keuntungan segera. Negeri Sembilan berjaya dipertahankan UMNO/BN dengan nyawa2 ikan hanya kerana harga getah (dan kelapa sawit) yang tinggi sewaktu 2008. Sekiranya harga getah serupa dengan sekarang, saya yakin UMNO/BN cuma mampu mendapat tidak lebih dari 10 kerusi.

Begitu juga dengan negeri Pahang yang begitu gemilang dipertahankan oleh UMNO/BN. Semuanya bukan kerana kehebatan UMNO tapi kerana harga komoditi yang tinggi pada masa itu.

Keputusan Manek Urai juga bererti kerajaan kelantan harus memikirkan jalan baru untuk mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat luar bandar akibat dari kejatuhan harga komoditi dan kenaikan harga barangan keperluan. Mungkin perkara inilah yang kerajaan Kelantan terlupa atau tidak sedar.

Tulang Besi

PR Bakal Kalah Di Galas..!

Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.

Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.

Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?

Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.

Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?

Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!

Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).

Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?

Kebenaran Yang Tidak Boleh Disembunyikan

Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar
Kali terakhir PETRONAS menyiarkan peta aktiviti ekplorasi dan eksploitasi petroliam didalam Buku Laporan Kewangan Tahunannya ialah pada tahun 2003.

Hari ini, blog ini mendedahkan peta aktiviti eksplorasi dan eksploitasi terkini. PETRONAS tidak boleh menyembunyikan lagi aktiviti eksplorasi dan eksploitasi petroliumnya.
Peta dalam Buku Laporan Kewangan PETRONAS 2003
Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar. Peta Terkini Aktiviti Eksplorasi dan Eksploitasi Petrolium di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Sumber -Kickdefella

Monday, July 20, 2009

Jentera UMNgOk Mula Memasuki Galas

Terkini dari Galas. Jentera UMNgOk telah mula memasuki DUN Galas dan kerja-kerja menarik pengundi sedang giat dijalankan oleh mereka.

Dikhabarkan bahawa jentera tersebut telah mula memasuki DUN Galas sebaik sahaja selesai Pilihanraya Kecil N-41 Manek Urai.

Ada orang kampung dah mula dapat rumah beb..!

Projek Mee Segera sudah datang..! Wang Besar..! Wang Besar..!

Tapi kan... agak kurang manis la bagi aku... ADUN Galas masih ada... apa yang gopoh sangat ni..?

Husam: PDRM Dan SPRM Sama Sahaja..!

Dato’ Paduka Husam Musa tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.

Beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.

“Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM kerana sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja,” tegas beliau.

Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.

Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.

“Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.

“Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.

“Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini,” katanya.

Husam juga menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.

“Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini,” katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.

Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti ‘Keadilan Untuk Teo Beng Hock’ yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpunan ini.

Husam juga berkata, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.

“Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.

“Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam,” katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin.

Sumber - jiwoklate

Pegang Lilin: Budaya Turun Temurun Masyarakat Cina

Petikan dari kelab greenboc
Khalil Idham Lim

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

Barisan Nasional Mahu Fail Semakan Keputusan N-41

Semalam aku sembang lagi dengan veteran UMNgOk dekat kedai kopi yang biasa kami lepak... kata veteran UMNgOk dekat aku, Barisan Nasional SAH akan failkan rayuan di Mahkamah agar keputusan pilihanraya N-41 disemak semula dalam masa terdekat. buat masa ini bukti-bukti penting dan juga bahan-bahan yang perlu sedang dikumpulkan sebelum dibawa ke mahkamah.

Kata veteran UMNgOk tu, keputusan dari salah 1 peti undi telah berubah sebaik tiba dipusat penjumlahan undi pada sebelah malamnya. peti undi yang dimaksudkan ialah peti undi Manek Urai Lama.

Keputusan setelah pengiraan dibuat adalah seperti berikut -

Peti Undi Manek Urai Lama

Saluran 1 - 167 (BN) / 144 (PAS)
Saluran 2 - 277 (BN) / 181 (PAS)

Saluran 3 - 238 (BN) / 198 (PAS)

Saluran 4 - 226 (BN) / 196 (PAS)


Jumlah undi BN - 908

Jumlah undi PAS - 719


BN Menang majoriti 189

Kata veteran UMNgOk tu sewaktu selesai pengiraan di pusat pengundian Manek Urai Lama, jumlah undi majoriti yang diperolehi oleh Barisan Nasional ialah 289 tetapi bila sampai ke pusat penjumlahan, jumlah berkurangan sebanyak 100 undi.

Pada awalnya kata veteran UMNgOk, mereka yakin dengan keputusan itu dan mereka telah mengisytiharkan kemenangan mereka di Markas Induk Barisan Nasional di La'loh. tetapi keputusan itu berubah selepas itu.

TPU - hehehe... no komen... tapi keputusan awal yang aku dapat dari mereka yang diamanahkan borang 14 sama je dari pusat pengiraan dengan penjumlahan... tak de masalah pun...

Tunggu je lah... veteran UMNgOk tengah panas ni... mata dah merah, telinga kaler hijau... layan je la... aku tak terasa nak berhadapan dengan Incrideble Hulk kaler biru lagi buat masa ni... hahaha...!!!

Apa Tujuan Zahid Jumpa Ehud Barak..?

*ralat...pembetulan, Ehud Barak, bukan Netanyahu...

Bila PAS bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, mangkuk-mangkuk dan pencacai-pencacai UMNgOk/Barisan Nasiyonal kecoh kononnya DAP tu kafir harbi... habis 1Malaysia dikecohkan kononnya PAS menggadai agama sebab bersekongkol dengan DAP kafir harbi (kata mangkuk-mangkuk hayun UMNgOk/Barisan Nasiyonal)...

Jadi dekat bawah ni perjumpaan apa pulak..? Zahid Hamidi ni Menteri Pertahanan Negara Mana? dari parti mana?

Hari tu dah kecoh Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senajata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan...

Adakah untuk menutup kesalahan yang Malaysia dah lakukan maka Najib PM menghantar Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan untuk satu misi urusniaga antara Malaysia dan Israel? apa yang Amerika dah syaratkan untuk memaafkan kesalahan Malaysia yang menjadi orang tengah kepada Korea dan Myanmar..?

Apa yang Najib PM dah persetujui dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? kita akan bongkar sedikit masa lagi..!
Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM 2009/07/18

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today explained that he never met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France last June, as previously reported.

In a brief media statement issued by Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid in Kuala Lumpur today, it was explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show.

Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting with Netanyahu during the Paris Air Show in France last June to explain Malaysia's stance on the West Asia issue.

Ahmad Zahid is currently on a six-day visit in Lebanon - Bernama