"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 08, 2011

Politik Baru: Media ke-3

9hb. Mac, 2009 aku mula aktif blogging, masa tu cuma bergantung pada Blogger.com, dekat 100 kali blog aku kena "spam" dekat puaka-puaka UMNgOk/Beer eNd yang masa tu & sampai sekarang tak pandai-pandai nak gunakan kelebihan media alternatif untuk berkempen & mempengaruhi majoriti rakyat Malaysia padahal teknologi ni semua dibawa oleh rejim UMNgOk/Beer eNd.

Bagi aku benda ni biasa la... semua Diktator & orang-orang bodoh pasti ada nasfu serakah "aku nak jadi yang terawal" dalam apa sahaja teknologi terbaru tapi kebiasaannnya "yang terawal" tu lah yang paling bodoh tak pandai nak explore teknologi.

Gah cuma pada label "terawal" tapi praktikal exploration memang fail gila babi.

Zaman politik baru, Facebook, Twitter dah jadi media alternatif yang terlaju dalam menyampaikan maklumat & berhubung tapi masih jugak rejim UMNgOk/Beer eNd jadi yang "terawal' tapi masih gagal untuk explore ke 2-2 media ini.

Biasa la beb... kalau umur pun dah lebih 53 tahun, macam-macam penyakit "tua" melekat.

Hari ni Pakatan Rakyat ada banyak saluran media alternatife tapi dari segi kebebasan media sebenarnya tak pernah wujud sama seperti apa yang berlaku didalam UMNgOk/Beer eNd.

Media UMNgOk/Beer eNd lebih cenderung menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan UMNgOk/Beer eNd, manakala media Pakatan Rakyat juga berada dalam situasi yang sama, boleh dikatakan 100% menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan Pakatan Rakyat.

Kebebasan bersuara hanya jadi amalan pengamal media yang benar-benar bebas & tidak terikat dengan mana-mana parti politik. pengamal media yang bebas yang benar-benar bebas kebanykannya bukan "orang atas pagar" macam aku, tapi lebih cenderung juga pada parti politik tapi dalam perjuangan yang berbeza iaitu perjuangan rakyat.

Untuk pasca PRU-13, aku namakan media ini sebagai Media ke-3 atau dalam bahasa "mi no spik inglish"nya ialah - 3rd Voice.

Media-media yang dipengaruhi parti-parti politik pada masa ini mengalami penurunan hits, jualan akhbar seperti Harakah & Suara KeADILan menurun dengan agak drastik, media yang lebih bebas seperti Sinar Harian yang lebih bersifat terbuka menjadi bahan bacaan semua peringkat umur.

Ramai yang tak perasan akan hal ni sebab mungkin ramai yang "perasan" atau "syok sendiri".

Untuk hari ni aku tak nak ulas panjang-panjang. kita layan dulu 1 lagi media baru, Radio DurianFM.com... klik pada gambar dekat atas... nanti aku sambung yang seterusnya...

Ulang Tahun Ke-3 Tsunami Politik Malaysia

Hari ni genal 3 tahun Tsunami Politik Malaysia... 3 Tahun dulu pada hari ini, Barisan Nasional kehilangan 4 Negeri yang sebelumnya berada dibawah naungannnya. Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala Kelantan kekal ditangan Pakatan Rakyat dengan penambahan kerusi DUN.

Selepas 3 tahun Tsunami Politik di Malaysia berlaku, Pakatan Rakyat nampaknya semakin jauh dari Putrajaya.

Jauh bukan sebab kegagalan dalam pentadbirannya di Negeri-Negeri bawah Pakatan Rakyat, tetapi makin jauh kerana Pakatan Rakyat yang ada hari ini tidak lagi efektif & punya "tarikan" seperti 3 tahun dulu.

Perjuangan masih kekal, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi punya daya tarikan. apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat..?

Monday, March 07, 2011

Siaran Langsung Malam Ini

Malam ni gua dijemput untuk bersiaran langsung di radio DurianFM.com... akan ke Udara dari jam 9 hingga 11 malam... antara topik yang akan dibincangkan ialah peranan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat... gua berminat untuk mengkritik beberapa individu dalam barisan kepimpinan pemuda PR.

Untuk siaran langsung, sila ke Facebook Pages - http://www.facebook.com/durianfm atau ke website DurianFM.com - http://durianfm.com/

Sunday, February 27, 2011

Tuduhan Liar PM Terhadap Yusuf Al-Qardhawi: Kenyataan Media DPP Wilayah Persekutuan

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
NAJIB MEMALUKAN MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM
(26 Februari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya meminta maaf secara terbuka kepada ulama’ tersohor dunia, Prof Dr Yusof al Qaradhawi serta gerakan Islam terbesar dunia, Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

DPPWP merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam. DPPWP kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama’ kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu. Bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima. Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia. DPPWP percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau. Ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan. Tuduhan ini sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan. Ikhwanul Muslimin telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak, bagaimana Dato’ Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?

DPPWP percaya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat. DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau. Memang wajarlah Dato’ Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin.

Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tuduhan Liar PM Terhadap Yusuf Al-Qardhawi: Kenyataan Timbalan Presiden PAS

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
MENDESAK NAJIB UNTUK MENARIK BALIK TUDUHAN LIAR TERHADAP
SYEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI DAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia

Wednesday, February 23, 2011

Awas Rakyat Malaysia...!!!

Berita 1:
RON95 tidak naik masa terdekat
Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol dalam waktu terdekat ini walaupun terdapat beberapa negara telah menaikkannya dua kali dalam tempoh tiga bulan berikutan kenaikan ketara harga minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kewangan sedang mencari opsyen lain bagi mengelakkan kenaikan itu.

Pada masa sama, beliau turut menafikan khabar angin kononnya harga petrol RON95 akan dinaikkan dalam waktu terdekat ini.

"Siapa kata harga RON95 akan naik? Itu khabar angin. Setakat ini tidak. Saya tidak mahu jadi tukang nujum pula, setakat ini kerajaan sedang melihat secara keseluruhan kerana untuk menjimatkan belanja bukan hanya dengan cara menaikkan harga minyak.

"Banyak cara dan opsyen lain boleh dilakukan supaya tidak membebankan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dunia yang terlampau tinggi ketika ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pelaksanaan Projek EPP3-Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika kerajaan menaikkan harga minyak, harga barang lain akan naik lebih tinggi dan begitu juga jika kerajaan tidak memberi subsidi untuk petrol, diesel serta empat produk makanan kawalan, harga kesemua itu akan jauh lebih tinggi dari sekarang.

Mengenai setakat mana kerajaan boleh bertahan tidak menaikkan harga petrol, beliau berkata:

"Saya tidak boleh jawab kerana semakin lama bertahan, semakin besar tanggungan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan."

Katanya, keadaan itu mungkin menyebabkan projek-projek yang sedang dijalankan tidak dapat diteruskan kerana hendak menampung subsidi.

"Kalau harga minyak terus naik seperti sekarang, tanggungan subsidi akan mencecah RM14 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kos itu akan meningkat kepada RM14 bilion.
Berita 2:
Harga petrol mungkin naik?
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.
1Malaysia nak kena kencing lepas PRK Merlimau & Kerdau..!

Thursday, February 17, 2011

Keadilan Untuk Semua: 1 Lagi Kezaliman Pihak Berkuasa

http://www.youtube.com/watch?v=RZYHW2zEjCs


Berita Harian: Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP..?

Laporan dari portal Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RemajacederaditembaksemasaseranganggotaUPP/Article)
Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP
2011/02/16

TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA
Admin Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin:

Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

Sumber - Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Nizamudin