"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 09, 2008

Wakil Pakatan Rakyat membangkitkan isu Program Bantuan Makanan dan Tol dalam sesi soal jawab.

PARLIMEN, 7 Mei – Wakil-wakil daripada Pakatan Rakyat pada sesi soal jawab lisan pada pagi ini telah membangkitkan soalan mengenai isu program bantuan makanan tambahan dan tol di Dewan Rakyat hari ini. Isu mengenai program bantuan makanan telah dibangkitkan oleh, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Beliau telah mengemukakan dua soalan kepada Menteri Pelajaran yang meminta penjelasan sejauhmana keberkesanan program tersebut dalam membantu para pelajar di sekolah-sekolah luar bandar mendapat pemakanan yang seimbang dan meminta menteri tersebut menjelaskan apakah mekanisme serta langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani masalah keracunan makanan yang kerap berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir.

Meskipun kedua-dua soalan ini telah dijawab oleh menteri berkenaan, namun jawapannya tidak begitu menyakinkan serta menjamin kes-kes keracunan untuk tidak berulang lagi. Menteri berkenaan hanya memberikan jawapan yang lebih menjuruskan kepada tindakan setelah sesuatu kes keracunan yang berlaku. Begitu juga jawapan ringkas beliau terhadap program bantuan makanan bagi pelajar di luar bandar di mana beliau tidak menjelaskan bukti secara yang lebih bersifat saintifik bagi menyokong hujah beliau.

Sementara itu dalam soalan tambahan, Nurul Izzah telah menyoalkan tentang apakah pihak kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan ‘Food Standard Agency’ untuk mengawal kualiti makanan bagi program tersebut sebagaimana yang diwujudkan di negara-negara Barat. Menteri Pelajaran itu memberitahu dewan bahawa tidak perlu proses penyeragaman ’standard’ makanan di negara ini memandangkan di setiap kawasan memerlukan keperluan nutrien makanan yang berbeza.

Dalam pada itu, isu tol yang dibawa oleh Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara), telah berjaya menarik minat ahli-ahli dewan yang lain khususnya pembangkang untuk berdiri bagi memberikan soalan tambahan. Dalam soalan yang dikemukakan oleh beliau ada meminta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol dan langkah tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak seimbang dan membebankan orang ramai.

Semasa soalan tambahan pula, Kiam Wee telah membangkitkan persoalan apakah pihak kerajaan akan menaikkan tol di Lebuhraya PLUS tahun ini atau tahun depan setelah PLUS memperolehi keuntungan yang besar dan jika tidak berapa nilai ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan atas sebab tidak menaikkan kadar tol tersebut.

Keadaan di Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Nga Kor Ming (DAP-Taiping) membangkitkan soalan berhubung isu wang RM 38.6 billion hasil keuntungan tol yang hilang ketika Kementerian Kerja Raya di pimpin oleh bekal Ahli Parlimen Sungai Siput. Isu tersebut tidak dijawab oleh Menteri Kerja Raya yang ada di Dewan Rakyat.

baca selanjutnya di [ sini ]

No comments: