"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 28, 2008

Dari Kuda Trojan Kepada Lembu Pawah.

aAssalamu 'alaikum

Menurut Mohd Yahya Mat Sahri, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan tiada wang yang masuk kedalam akaun PKR yang disumbangkan oleh syarikat swasta dinegeri itu seperti yang didakwa bekas ketua AMK, Ezam kuda trojan sebelum ini.

Diminta mengulas dakwaan kuda trojan berkenaan wang derma sambutan 100 hari kerajaan PR Yahya menambah - kita hanya menggunakan kepala surat Parti KeADILan Rakyat & bukannya kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor seperti yang didakwa oleh Ezam.namun katanya, tiada satupun syarikat swasta yang memasukkan wang kedalam akaun berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ulasan dari kuda trojan pula begini - Ezam berkata, dokumen berupa surat Pejabat Menteri Besar Selangor kepada syarikat swasta berkenaan akan dikumpulkan untuk diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.tambahnya lagi - "menggunakan kepala surat kerajaan negeri meminta derma untuk parti & individu adalah jenayah & mempunyai asas jelas menjalankan proses siasatan & dakwaan.

Tapi kenyataan kuda trojan jelas bertentangan dengan penjelasan Yahya.yang jelasnya ialah Yahya menafikan yang dia menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk tujuan tersebut & dia mempunyai bukti manakala tujuan kutipan derma tersebut yang jelas & terbukti ialah bukan untuk parti & individu sebaliknya untuk kerajaan negeri!

Semua kita sedia maklum & kita tau acara yang dimaksudkan ialah "sambutan 100 hari KERAJAAN PAKATAN RAKYAT di Selangor" & bukannya "sambutan 100 hari PKR atau DAP atau PAS di Selangor"!!!itu kenyataan & bukti yang jelas.

Kuda trojan ni tak pandai menilai ke atau dah ketandusan isu atau dah "desperate" sangat nak menonjolkan kejaguhannya dalam UMNO?dah tu pulak dakwaan yang kuda ni buat tak disokong dengan bukti-bukti & fakta...yang ada hanya penggunaan perkataan "akan"."akan dikumpulkan" maknanya "0".masih belum ada apa-apa dipihak kuda manakala dipihak Yahya pula menjelaskan bahwa "beliau mempunyai bukti".

Sah Yahya "1" - kuda "0" ataupun lebih jelas lagi PKR "1" - UMNO "0" nak jelas lagi?Pakatan Rakyat "1" - BN "0".awal-awal lagi kuda trojan dah jadi "LEMBU PAWAH"...mulai hari ni,x de dah panggilan kuda trojan...yang ada hanya lembu pawah...aku ulang lagi sekali "LEMBU PAWAH"...kalau diikutkan ada lagi yang lebih sesuai...tu...jenis yang suka menyalak tu...menyalak demi sesuap nasi...kalau tuan dia ada lagi la kuat menyalak...tapi tak pe...kita pakai istilah "lembu pawah" dulu sebab nampak sangat tak cerdik.

Rupanya sesape yaang masuk dalam gerombolan parti raba-raba ni semuanya "kurang pandai" nak gunakan akal.benda yang senang macam tu pun depa tak leh nak fikir.mungkin tak sempat nak fikir jugak sebab setiap masa 24-7 nak kena cover parti sendiri yang makin karam...mana la sempat nak fikir kan?terpaksa la belasah je apa yang lalu depan mata...betul tak betul belakang kira.itu kerja utusan meloya.berita hairan & yang sewaktu dengannya.TV3suku pun boleh tambah perasa kalau kurang perasa.mana yang terlebih perasa tu depa boleh ejas kasi kurang perasa supaya penyakit tak merebak.

Tunggu la lepas ni lembu pawah tu nak bagi alasan apa pulak kalau kita tanya pasal isu ni.tapi tak yah tunggu pun tak pe...yang pastinya dakwaan lembu pawah ni "akan" dikumpulkan & disatukan bersama-sama lain-lain dokumen salah laku & mungkin sebelum hujung tahun ni akan cukup sedozen koleksi kotak-kotak lembu pawah...

Rupanya lembu pawah ni hobi dia - mengumpul kotak...

*mungkin kotak-kotak ni boleh ditukar dengan rumput grade tinggi bila lembu pawah dah kehabisan stok rumput nanti...entahlah.

No comments: