"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 04, 2008

Mungkinkah Ada Lagi Kejutan Ogos Ini?

Assalamu'alaikum...

Tepat jam 00.00 5hb.Jun,2008 harga petrol & diesel di Malaysia dinaikan sebanyak RM0.78 seliter(41%)bagi petrol menjadikannya RM2.70 seliter dan RM1.00 seliter(63.3%)bagi diesel menjadikannya RM2.58 seliter.satu kenaikan yang tidak dijangkakan dan amat mengejutkan selepas kenyataan Shahrir semalam bahawa harga minyak "mungkin" akan naik Ogos ini.

Daripada kenyataan terawal menteri terbabit kita difahamkan bahawa "kemungkinan" subsidi akan dihapuskan tetapi bukan sekarang...realitinya hari ini kita dikejutkan dengan nilai kenaikan yang semestinya amat membebankan rakyat yaang sedia terbeban dengan berbagai kenaikan harga barangan ketika ini.& untuk hari-hari seterusnya kita bakal dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan pula yang mustahil tidak akan dinaikkan berikutan meningkatnya kos pengeluaran dan penghantaran yang melibatkan bahan bakar utama tersebut.

Bulan Julai ini pula rakyat sudah dijanjikan dengan beban kenaikan takrif elektrik yang pastinya "tidak membebankan" rakyat(mengikut alunan kerajaan).selepas dari tarikh 1hb,Julai,2008 pula mustahil harga barangan tidak akan naik kerana semua kilang pengeluaran sudah tentu akan meningkat kosnya kerana kenaikan kos elektrik...maka akan terbeban lagilah rakyat Malaysia selepas tarikh keramat itu...

Bulan Ogos,2008 pula saya menjangkakan kita akan lebih terbeban lagi kerana faktor "Subsidi Akan Dihapuskan" seperti kenyataan Shahrir dan ini dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Ogos,2008.sesuai dengan kenyataan Shahrir sebelum ini "harga minyak mungkin akan naik pada bulan Ogos"maknanya kenaikan harga sekarang hanya sebagai "permulaan" dan finalnya akan berlaku pada bulan Ogos nanti.

Kita mesti ingat 1 perkara - Shahrir mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak "mungkin" akan naik pada bulan Ogos,hari ini yang mengisytiharkan kenaikan harga minyak bukanlah Shahrir tetapi Pak Lah PM...giliran Shahrir akan tiba pada bulan Ogos ini!satu lagi kejutan akan diberi kepada rakyat Malaysia dari UMNO/BN!!!kita tunggu sehingga tarikh itu...

Inilah "janji Menifesto" kerajaan UMNO/BN...ketika kempen pilihanraya kita masih ingat kata-kata TPM Najib Atlantuya - Harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya!nah...!!!terbukti sekarang PM penipu,TPM penipu & Menteri juga penipu...semuanya dari UMNO.

Tahniah para pengundi BN - Barang Naik

No comments: