"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 15, 2008

Najib...Lu Kene Beb!!!

diciplak dari : malaysiakini


Jun 15, 08 9:55pm Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata peralihan kuasa bukan akan berlaku dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang.

Ekoran itu, katanya, beliau akan mempertahankan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding, demikian menurut laporan Bernama.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang," kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di Putrajaya.

Kelmarin Abdullah berkata beliau dan Najib telah sepakat menentukan masa yang terbaik untuk peralihan kuasa itu.

Berucap dalam satu majlis di Kelantan, Abdullah berkata, beliau dan Najib telah bermuafakat dan mereka berdua bersetuju bilakah masanya beliau bersara dan Najib mengambil ambil alih sebagai perdana menteri."


Bagaimanapun semalam, Abdullah berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya masih belum ditetapkan lagi.

Sebaliknya, kata Abdullah, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.


Nampaknya bermimpi disiang hari la Najib..."peralihan kuasa"...kah kah kah...lepas ni boleh la tengok macam mana si Najib kene pukulan TKO dari Pak Lah.agaknya Pak Lah ni dah gian nak menipu dah agaknya...rakyat kena tipu,menteri kena tipu,sat ni TPM Najib pun kena tipu...nasib hang la Najib..."peralihan kuasa macam mana ya?

Kalau Pak Lah gagal pertahankan kerusi presiden,confirm la tak kan ada "peralihan kuasa"...hehehe...melopong la Najib...eh...dapat ke Pak Lah pertahankan kerusi Presiden?dengar ceritanya Ku Li dah cukup jumlah pencalonan...

Apa-apalah Pak Lah...apa-apalah Najib...kalau tertonggong pun,korang berdua...tertonggeng la cepat-cepat...kubur BN dah lama dah depa gali ni...tunggu hangpa je...

No comments: