"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 22, 2008

Pak Lah Memang "Sengal".

Assalamualaikum...

Pak Lah buat sengal lagi...beberapa hari lepas UMNO/BN dikejutkan dengan berita bahawa SAPP akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dalam persidangan Parlimen yang akan datang(bermula Isnin ini).lepas 1-1 bom jangka dilepaskan keatas muka Pak Lah tetapi itu sedikitpun tidak memberi kesan keatas Pak Lah malah ke"sengal"annya semakin terserlah...jarang amik air sembahyang agaknya Pak Lah ni...

Sebaik SAPP mengadakan sidang media menjelaskan pendirian parti itu terhadap kepimpinan Pak Lah diikuti dengan kenyataan majlis tertinggi SAPP menyokong pendirian tersebut Pak Lah bersegera-segera memanggil pencacai-pencacai UMNO/BN menagih kesetiaan masing-masing terhadap kepimpinannya & mereka(UMNO/BN)telah mengambil keputusan "TERGEMPAR" pada abad ini iaitu - mengutuk tindakan SAPP...

Cheh...kutuk je?Sengal sungguh tindakan "GEMPAR" UMNO/BN...sengal-sesengal-sengalnya tindakan tu...apa yang lebih meng"sengal"kan lagi & yang lebih menonjolkan ke"sengal"an Pak Lah ialah kenyataanya selepas itu iaitu - mahukan penjelasan dari SAPP atas tindakan mereka...umang aih...penjelasan tengkorak apa lagi Pak Lah?Pak Lah ni makin hari makin "sengal" la...

Ahli Parlimen SAPP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) telah menjelaskan dalam kenyataannya "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."

SAPP juga telah menjelaskan 4 sebab mengapa mereka menyokong usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah iaitu :
bullet button
Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet button
Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

bullet button
Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button
Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Saya pula nak tambah satu lagi sebab kenapa SAPP dan seluruh rakyat Malaysia mesti menyokong usul undi tidak percaya pada pimpinan Pak Lah :
bullet button
Pak Lah "Sengal".walaupun berbagai-bagai nasihat & signal diberi kepada Pak Lah supaya melepas jawatan tetapi Pak Lah masih tak faham.ini membuktikan Pak Lah mempunyai masalah "mental"...malah Pak Lah juga tidak konsisten didalam membuat apa-apa keputusan & perancangan & ini adalah simptom-simptom yang terdapat pada pesakit "mental".

Kenyataan "sengal" dari Pak Lah yang berikutnya pula ialah : tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya."

Apa punya sengal kenyatan dari Pak Lah...kalau kita perhatikan permintaan-permintaan Yong yang mewakili SAPP kita lihat tak ada satu pun bermintaanya bersifat "peribadi" sebaliknya apa yang dituntut oleh Yong yang mewakili SAPP semuanya adalah bersifat kepentingan umum.tapi disebabkan majoriti yang memilih ahli UMNO/BN telah memilih seorang yang "sengal" sebagai PM maka kenyataan & tuntutan itu dilihat sebagai kepentingan peribadi...

Memang begitulah sifat seorang yang "sengal"...lain yang dituntut lain yang ditawarkan...penyelesaian yang dituntut,jawatan pula yang ditawarkan...nampak sangat "sengal".

Saya nak nasihatkan pada para penyokong UMNO/BN supaya TAK PAYAH FIKIR BANYAK...tinggalkan terus perjuangan "sengal" UMNO/BN...terang-terangan dah nampak penyelewengan & ke"sengal"an UMNO/BN...tatkala rakyat menuntut penyelesaian dalam apa-apa masalah ditempat masing-masing,PM "sengal" menawarkan jawatan...apa la SARKIS.

Kalau macam tu apa kata kita masing-masing bersatu seluruh rakyat Malaysia menghantar satu surat tuntutan mewakili diri masing-masing kepada Pak Lah "sengal" & tunggukan jawatan yang akan diberi oleh Pak Lah "sengal"...saya yakin sebelum PRU13 seluruh rakyat Malaysia akan menjadi menteri sebab itu sahaja jalan penyelesaian yang Pak Lah "sengal" ada...

Menjelang PRU13 Malaysia akan menjadi "KORIDOR MENTERI"!!!

Long live Pak Lah SENGAL!!!

No comments: