"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 12, 2008

Pengganti Pak Lah.

Assalamu'alaikum...

PRU12 sudah 3 bulan berakhir tetapi situasi politik(UMNO/BN sahaja)masih bergolak.disana-sini bergemuruh sang gagak elit & si kakaktua berkicau-kicauan(gagak & kakaktua berkicau?)meminta PM Pak Lah meletak jawatan.ayam jantan pula tumpang sekaki berkokok-kokok meminta disabungkan digelanggang.riuh,memang riuh.

Situasinya macam sarkis diserang Rajawali.huru-hara disana-sini.ketua geng gagak akhirnya mengisytiharkan dirinya keluar dari sarkis & disusuli oleh pengikut setianya yang tak berapa ramai sedang anak sang gagak sendiri masih mahu menghiburkan penonton sarkis yang sedang huru-hara mengikut "caranya sendiri".

Geng kakaktua pula masih seperti biasa...kami menyokong penuh kepimpinan sarkis & akan menyokong penuh Pok Lah sebagai PM sarkis.entah depa paham atau tak kata-kata depa kita pun tak tau...maklumlah bahasa pun bahasa sarkis dah tu pulak kakaktua yang bercakap.entah...

Datang pulak penghuni baru sarkis si ayam jantan(ada jugak yang mengatakan ianya "kuda trojan")mengepak-ngepak sayapnya dengan pegangan "prinsip" nya "lawan tetap lawan" berkokok nyaring minta diturunkan kegelanggang sarkis untuk menegakkan "balungnya" yang lembik hampir menutup mata.dengar ceritanya taji ayam jantan ni pernah patah sebelum bertarung satu masa dulu.dah tumbuh balik ke belum kita tak tau sebab kita tak ambil tau tentang ayam "pencen"...expired...

Begitulah serba sedikit situasi politik dalam parti hampir karam UMNO akhir-akhir ini.isu paling lantang yang kedengaran dalam kabin kapal UMNO sekarang ialah meminta kapten mereka Pak Lah supaya melepaskan jawatan.Undur Pak Lah Undur!Undur Pak Lah Undur!Undur Pak Lah Undur!macam era Reformasi pulak!

Tapi ada satu persoalan...kalaulah Pak Lah berundur,siapa agaknya yang akan ambil alih kerusi Pak Lah?Najib?ikut rancangannya Najib lah...tapi berapa lama Najib dapat bertahan?mungkin Najib akan dicabar dalam pemilihan agung nanti...kacau tu...beduk dah berbunyi dah...Muhyiddin pun dengar ceritanya nak bertanding kerusi presiden...kacau lagi...Ku Li awal-awal dah pukul gendang di Gua Musang...aih...lagi la kacau...

Tapi...bagi ahli UMNO pulak setuju ke kalau Najib jadi presiden?cukup ke pencalonannya nanti?Muhyiddin pun sama jugak...cukup ke pancalonannya nanti?Ku Li?...ai...orang lama ni...tapi "orang lama" tak menjanjikan pencalonan yang cukup jugak...terpakse la bersabung 3 penjuru nampaknya...hang taji aku,dia pakuk belakang sambil-sambil tu aku pangkah tengkuk dia...meriah tu.boleh jadi temasya sarkis paling meriah abad ini.

Dalam-dalam depa dok bersabung Rajawali pandang je dari jauh tunggu masa nak sambar...bukan sambar nak buat makan,sambar nak selamatkan penghuni sarkis yang dah hilang kepercayaan.hilang kepercayaan sebab tujuan sarkis ditubuhkan dah lari,menyimpang...dulu sarkis ditubuhkan untuk menghiburkan hati penonton.penonton datang nak hilangkan stress...tau-tau sekarang dah jadi gelanggang rebut kuasa.

Rasa-rasanya tak de siapa dah yang layak menjadi PM Malaysia selepas Pak Lah.bagi saya seorang sahaja yang layak.DSAI...yang lain bukan tak layak...TGHH ada dan layak tetapi untuk mendapatkan sokongan penuh dari berbagai bangsa & agama buat masa ni saya fikir tiada yang lebih layak selain DSAI.satu-satunya individu yang dipercayai dapat meraih sokongan dari rakyat berbilang kaum.

Siapa lagi ye?

No comments: