"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 21, 2008

Muzakarah untuk PAS dapat sedikit habuan?

"Muzakarah Pas-Umno untuk bincang kepentingan Melayu-Islam. Sedap sekali bunyinya. Tuntutan NGO Melayu yang pro Umno dan Umno Johor dalam persidangan Umno berkaitan dengan memartabatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan pun Umno tidak layan. Inikan pula muzakarah Umno-Pas.

Yang kita risau ialah kedua-dua pimpinan Umno-Pas hendak bincang masa hadapan politik induvidu tertentu sahaja dalam kedua-dua parti. Yang Umno hendak terus berkuasa. Yang Pas pula hendak menumpang sedikit kuasa.

Umno buatlah yang baik untuk bangsa dan agama. Pas wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Tak ada orang Melayu yang akan menentangnya. Tak tahulah kalau Hishamudin Rais yang akan menentangnya.

Pas buatlah islam dalam PR, Umno wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Kalau DAP dan PKR tentang, masa hadapan mereka hendak perintah Malaysia, tidak akan tercapai. Baru ada sebab Pas dan Umno boleh berkawan pada pilihanraya akan datang.

Bila Umno dah hampir hilang kuasa, baru minat muzakarah. Itu tanda TIDAK IKHLAS.
Takkan pemimpin Pas tak reti sangat hal ini kot.

Bila Pas minat muzakarah dengan Umno, takkan pemimpin Umno tak tahu bahawa pemimpin Pas pun nak sedikit habuan. Depa lagi faham hal-hal begini.

Entahlah. Orang politik jumpa orang politik, mesti kerana kepentingan kuasa. Atas nama bangsa dan agama, bagi sedap mulut aja.

www.sokongpr.blogspot.com

No comments: