"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 03, 2008

Suhakam sokong himpunan Ahad

diciplak dari : malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 3, 08 1:05pm
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.

Pesuruhjayanya Datuk S Subramaniam berkata perhimpunan di padang - tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling - "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.

Kumpulan pemantau suruhanjaya berusaha untuk menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu, namun beliau harus mendapat keizinan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.

Subramaniam berkata sewaktu acara menyerahkan memorandum daripada penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.

No comments: