"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 10, 2008

Plaza tol baru Jelapang pun dirempuh

IPOH: Plaza Tol Ipoh Utara yang baru empat bulan dibuka bagi menggantikan 'plaza maut' di Jelapang, mencatat kes kemalangan pertama semalam apabila sebuah trailer merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol menyebabkan lima penumpang cedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, trailer yang membawa muatan jentera berat dari Sungai Petani ke Johor Bahru itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran pondok tol sebelum merempuh bahagian belakang bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan bersama 29 penumpang.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Rajab, berkata rempuhan itu menyebabkan lima penumpang bas cedera dan semua mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

-Berita Harian Online

TP - Wakhakhakhakhakhakhakha... Takziah pada yang terlibat dalam ke"CELAKA"an tersebut...

Gelak bukan sebab apa... sebab baru 4 bulan dah kene rempuh... lagi lama dok situ, lagi banyak kali kene rempuh... Kesimpulannya :

HAPUSKAN TOL...!!!

No comments: