"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 23, 2008

RM8k Dan Saya Kini Milik Negara

Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya

Hablaq betoi... ayat baguih - saya kini milik negara. lepas tu claim sampai RM8,000. milik negara ka barua negara?

Hang pi makan angin dekat bulan pakai duit rakyat negara Malaysia, hang satu sen pun tak keluaq duit. ni dah balik dok jadik barua pulak dok makan duit rakyat Malaysia jugak.

Haprak punya angkasawan..! muka macam ni lagi baik jadi "UngkaSawan". pi makan angin dah perabih billion-billion, balik kat dunia pulak dok cekau lagi... baguih la tu.

Awat tak mampuih masa dekat ruang Athmosphera dulu?

9 comments:

Anonymous said...

laaa..sama-sama melayu pun nak dengki.

itu rezeki dia. kita carilah jadi angkasa-wang lain tempat...

tak baik. biar melayu kaya kenapa kita iri hati sangat. kenapa kita lebih suka lihat melayu miskin dan suruh cina jadi kaya kita baru seronok?

Anonymous said...

Beginilah rupa budaya 'ungakasawan' belaan umno yang perabis duit rakyat.

Anonymous said...

bukan dengki tapi ternyata ini satu kezaliman...mamak jual roti canai mahal2 pun kita dah hangin...

memang ungkasawan pun...

Unknown said...

pkrpasdap..????? Memalukan....lebih teruk dri budak yang tak sekolah kat kg aku.....Jutaan RM dileburkan untuk keangkasa...dan balik pula masih bekerja dgn kerajaan..maksudnya bila kerja ditinggalkan gaji jalan...boleh buat income lagi..???Curi tulang atau ape??? Kalau mencuri tu..tak kira sapa...melayu ke cina ke..india ke..semua kena tegur...Bukannya bila tegur sikit dah cakap dengki kat Melayu...KENAPA BUDAK MELAYU YANG DIZALIMI DARI ASRAMA UPM u dan yang sewaktu dengannya.. diam je..?????

Anonymous said...

Salam sedara Topeng Perak,

Sedara pkrpasdap,

Baguih la rezki mamat ni ALLAH dah tentukan byk tue....

Tapi,bayaran sebyk RM 8000 tue berbaloi ke ngan ape yg mamat ni nak sampaikan dlm mase sejam...

Klu 3,4 hari ke,wat kursus ke,seminar ke,ok la kot ngan bayaran serupe gitu....

goddamn those who should b damn said...

satu lagi produk BANGSAT NAJIS yg berjaya meluatkan rakyat.

Anonymous said...

Jangan persoalkan ilmu yang nak diturunkan kpd anak2 M'sia. Pengalaman main YoYo, buih sabun, ketupat rendang yang tak basi dan sebagainya adalah teknologi tinggi yang perlu dibanggakan di seluruh M'sia am dan dunia khasnya.

Utk Ungkasawan ke-2, boleh buat ujikaji meriam buluh letup kat angkasa boleh sampai kat PWTC tak...! Rasenye tak payah-payah nak pakai meriam buluh pun dah nak rebah PWTC tu. Satu lagi... cuba buat ujian ni. Adakah makan hasil duit rasuah boleh membuat kentut kita busuk atau wangi kat angkasa tu. Tapi kene bawak org UMNO la... Ungkasawan ke-2 UMNO ke?

Anonymous said...

ptt free je.yg dia nk mintak RM8000 tu nk wat apa. dh la ko g angkasa guna duit rakyat. dh balik pn nk sapu duit rakyat jgk. gaji ko dpt tiap2 bulan xcukup ke?

dia ni yg wat melayu miskin. org cina xminat pn nk dgr ceramah dia ni.


* bkn mata kepala yg buta tp mata hati yg buta.

Anonymous said...

Kalau free, nanti ada la 3-5 orang budak tadika call dia ajak sembang bawah pokok rambutan.

adakalanya sukar untuk memilih jemputan yang bertindih-tindih. Katakan ada 3 jemputan ceramah serentak; sebuah konvensyen antarabangsa, ceramah di IPT, dan majlis perasmian kolam mandi tadika. Semuanya atas jemputan pukul 10pagi hari yang sama. Yang mana patut pegi? Mustahil untuk pergi semua?

Ada idea?