"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 21, 2008

Ladang babi tidak dibuka di Bukit Selambau - malaysiakini

Ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah melihat daripada beberapa sudut teknikal.

''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas beliau.

Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu,
tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.


Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Bajet 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-12 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai pembukaan ladang babi moden di kawasan Bukit Selambau yang turut disentuh dalam persidangan DUN negeri ini.

Menurut Azizan, atas sebab teknikal itu, kemungkinan tapak lain yang lebih sesuai dan tidak menjejaskan keselesaan semua pihak akan dicari.

''Kita kena lihat sama ada pembukaan ladang penternakan babi ada bantahan atau tidak daripada orang ramai, sebab itu kena cari kawasan sesuai jauh dari penduduk," jelas beliau.

3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya dah jadi trend kerajaan negeri pembangkang. Mereka akan beri alasan projek seperti projek ternakan babi yang mereka luluskan sebagai menyambung keputusan kerajaan negeri dulu. Kononnya nak menghormati keputusan kerajaan negeri sebelum mereka. Bagi saya ia adalah alasan semata-mata...

Anonymous said...

Eloknya buat kandang belakang rumah Samad tuh! ataupun bela dalam kawasan pagar rumah dia...lagi bagus kalau lantik Samad tuh sekali jagi pengurus ternakan babi tuh! Kau ni faham ke apa yg kau baca kat atas tu? atau pun kau dah terlepas "duit komisyen" untuk buka ladang babi tuh! macam kat orang2 di Selangor yang melalak macam babi sebab tak dapat "Duit komisyen" buka ladang tuh! kau tahu tak macam mana babi melalak? kalau kau nak tahu cuba kau buat batuk-batuk dalam2...sama sebijik!

Anonymous said...

johnkicap

si samad ni memang biru karat...buta mata dan hati