Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, bebas menulis kembali tetapi beliau berdepan dengan tindakan jika didapati melanggar undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Tindakan tegas akan diambil terhadap Raja Petra sekiranya didapati melanggar melanggar undang-undang melalui tulisannya pada masa depan, katanya.
"Kalau selepas ini Raja Petra rasa nak menulis lagi, dia bebas menulis. Tetapi sekiranya tulisan tersebut didapati melanggar undang-undang ataupun menimbulkan perkara bersifat fitnah sudah tentu orang yang merasakan diri mereka difitnah atau berlaku tidak adil dan sebagainya, berhak pula mengambil tindakan kepada orang berkenaan (Raja Petra)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra setelah mendapati alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta itu.
Ahmad Shabery berkata kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan media atau individu untuk bersuara, sebaliknya tindakan hanya diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan negara.
"Perlu kita faham bahawa banyak orang tidak tahu dari segi kebebasan media dalam negara ini, (ia) adalah satu perkara yang sudah wujud.
"Penulis blog boleh menulis dalam blog kerana adanya teknologi maklumat internet yang ada sekarang, dan siapa yang membekal teknologi itu, kalau tidak kerajaan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa institusi kehakiman negara ini tidak dikuasai oleh kerajaan.
Katanya, walaupun keputusan tersebut mungkin tidak disenangi pihak pendakwaan tetapi mahkamah berhak membuat keputusannya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tuan Perisik Rakyat,
Tentu tuan ingat dengan cara orang-orang siam nak makan kura-kura.
Dipanaskan air sehingga menggelegak di dalam periuk besar/kawah, di letaknya papan yang curam menghala ke mulut periuk/kawah yang sedang menggelegak tadi. Di letakkan kura-kura di atas papan tadi dan suruhnya berjalan, sambil berkata "mu jale molek-molek, jatuh aku tak tahu, mu jatuh sendiri"
Apa tak jatuh, dah papan itu diletakkan curam menghala ke arah mulut kawah. Bila kura-kura jatuh ke dalam air panas tadi, bolehlah dia makan. Sami dilarang membunuh. Tali bila kura-kura mati jatuh ke dalam air panas,bukan sebab dia yang bunuh tetapi kura-kura itu berjalan tidak cermat!
owh.dah boleh mula menulis semula?.apa la pulak lepas ni yang dia nak "dedahkan".tertunggu-tunggu gak bila dia nak beri keterangan untuk kes atlantuya tu nanti.
Post a Comment