"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 30, 2009

SPRM Boleh Blah...!!! - malaysiakini

Majlis Tertinggi (MT) Umno kini sedang bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda.

"Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau kepada wartawan di sini malam ini.

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

1 comment:

Anonymous said...

SPRM rakyat yang sudah muak dengan cerita rasuah politik /politik wang umno di belakangmu. Buktikan SPRM lebih hebat daripada BPR.Bagi saya sendiri, saya ingin tahu daripada mana wang rasuah politik itu diperolehi. Maksudnya,adakah ianya hasil daripada wang percent projek kerajaan yang tidak ditenderkan, pengeluaran konsesi-konsesi hasil negeri seperti balak yang tidak ditenderkan atau tender tertutup, permit-permit perniagaan yang tidak ditenderkan, penjualan tanah kerajaan yang tidak ditenderkan atau usaha-sama pembnagunan hartanah yang tidak ditenderkan?