"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 23, 2009

AGS 10: Percuma - malaysiakini

Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh.

7 comments:

Anonymous said...

Sampai ke London cari peguam... "Zambry, 4 Exco dapatkan panduan Peguam Diraja di London" ...http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/23/mstar_berita/20090223095729&sec=mstar_berita

PUTRAKENCANA said...

Bangsa Pendatang akan ketawa melihat kuasa politik Melayu beralih tangan kepada mereka. Ada pemimpin Melayu sekadar boneka sahaja.

Anonymous said...

Ada berita angin kata, Zainal Sakom selaku wakil selangor dan ada yag kata UMNO akan buat demo mengenai derhaka Nizar kepada Raja di hulu Langat pada masa terdkt

Tetapi bukan atas nama UMNO, atas nama NGO yang beliau selaku salah seorang pemimpinnya. Gayong Malaysia ker?

Harap Tolong selidik!

Anonymous said...

UMNO... Berangan nak jadi macam Tunku kut macam mintak kemerdekaan dulu di London...

Dah Merdeka pun masih mengharapkan bantuan pada bangsa yang pernah menjajah kita.. Ini la pengkianat Melayu..

Anonymous said...

Kepada penyokong2 UMNO diPerak tu..takyahlah bangga sgt ngan Melayu korang tu...Mamak MB tu senyum je tengok korang...mungkin lepas ni Perak akan di penuhi dgn kedai2 Mamak...tunggu jelah

Anonymous said...

inilah ertinya baca sekerat cerita jela=jela...takke ini perbuatan fitnah....

Anonymous said...

aku rase kalau tenderkan no tu ...tentulah ada yang berani taruhan ribu...dapatlah jugak gunakan utk rakyat tak banyak sikit....bangang betulllll