Setelah menjadi juara   dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu   korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan   Sri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor yang   juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini   terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17   juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit   hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.
Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil   jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan   Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.
Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14   September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman   berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan   sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab   Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri   Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat   atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab   Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh   individu muslim.
"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi   Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan   terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil   tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah,"   kenyataan akhbar itu dipetik.
Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti   selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.
Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan   urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan   negeri. 
Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti   beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod   tersebut.

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
1 comment:
kalau harta pengedar dadah boleh dirampas ta kan harta dari hasil rasuah nak dibiarkan. Now there is a missing line somehow or somewhere.
Post a Comment