KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Harakahdaily akan menjalankan satu ujian penambahbaikan sistem secara berperingkat pada keesokan hari (Sabtu) 14 Februari dan berlanjutan pada Ahad (15 Februari) ini.
Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin menyatakan sebarang gangguan dan masalah dari sudut teknikal yang bakal wujud akibat ujian sistem ini adalah amat dikesali dan berharap agar semua pihak dapat bersabar seketika untuk menghadapinya.
"Pada asasnya operasi akan berjalan seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad malah para pengguna masih boleh terus akses laman web ini namun sebarang kemungkinan harus diambil kira,"katanya.
Sehubungan itu beliau bagi pihak Harakahdaily memohon maaf sekiranya timbul kesulitan kepada semua pembaca dan peminat setia laman web ini pada hari yang disebutkan.
"Untuk makluman semua, tujuan penambahbaikan ini adalah bagi memastikan operasi dan pengendalian laman web ini berada dalam keadaan yang lebih baik, terancang dan mantap di samping mempertingkatkan aspek keselamatan sistem Harakahdaily .
"Dalam masa yang sama pihak Harakahdaily juga dalam proses akhir menyiapkan reka bentuk baru laman web ini demi mempertingkatkan mutu persembahannya kepada para pembaca dan pelayar," katanya dan akan memaklumkan dari masa ke semasa tarikh pelancaran reka bentuk laman web baru dalam masa yang terdekat.
Dalam pada itu, Azamin berharap agar semua pembaca dan pelayar akan terus komited memberi sokongan kepada laman web Harakahdaily dengan sentiasa memberi input pandangan dan kritikan serta percambahan idea demi meningkatkan kualitinya sepanjang masa.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment