Setakat hari kedua, kempen masih berkisar kepada isu-isu pokok iaitu rampasan kuasa negeri Perak, derhaka, boneka, altantunya dan liwat. Selain itu BN turut cuba mencuit hati pengundi dengan isu anak tempatan lawan orang luar. PR pula meneruskan seruan kepada pengundi supaya menjadikan pilihanraya ini sebagai referendum rakyat berhubung rampasan kuasa.
Kedua-dua pihak rancak merayu undi dari rumah ke rumah dari pagi hingga petang. Majlis ceramah kelompok juga berlangsung di merata tempat pada waktu siang diikuti ceramah bersaiz besar pada waktu malam. Setakat ini kehadiran di majlis ceramah PR jauh mengatasi jumlah yang hadir di majlis BN. Ceramah Ezam Raja Kotak dan rakan-rakan kotaknya di Kg. Pak Darus hanya dihadiri tidak sampai 100 orang pendengar.
Ceramah Ezam dan Zambry di dataran Bukit Gantang sebentar tadi dapat sambutan lebih sedikit daripada semalam. Kira-kira 600 orang hadir termasuk yang diangkut dengan 3 buah bas. Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan 400 meter daripada dataran itu dihadiri oleh jumlah yang hampir sama.
Zambry mengulas panjang dakwaan Nizar merampas majlis BN di masjid Simpang dua malam yang lepas. Tulisan DS Nizar di dalam blognya disanggah oleh Zambry. Walau bagaimana pun Zambry mengakui DS Nizar memang dijemput oleh imam masjid itu untuk mengimamkan solat Maghrib. Pengakuan itu berbeza dengan kenyataannya kepada media pada malam kejadian yang menyatakan DS Nizar masuk dan terus mengambil tempat sebagai imam.
Berhubung kenyataan DS Nizar bahawa Zambry bertindak memarahinya, Menteri Besar haram itu mengolah cerita bahawa dia memanggil DS Nizar dan memberikan nasihat secara sopan dan lemah lembut.
Selain itu, Zambry turut mengemukakan beberapa perbandingan untuk mengukuhkan tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat sejak 5 Februari lalu. Menurutnya Sidang Pasir Dua Butir adalah kemuncak derhaka Nizar dan Pakatan Rakyat terhadap Tuanku Sultan.
Seterusnya Zambry membuat tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat juga mengamalkan rasuah semasa memegang kuasa tetapi enggan memberikan butiran tuduhan itu. "Kita tak mau la nak cerita benda tu" kata Zambry.
Ezam raja kotak menyampaikan ceramah dengan semua isu yang sama seperti semua ceramahnya sebelum ini. 90% ucapannya menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai chauvinist sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bangsa demi cita-cita politik peribadi.
Raja kotak juga mengulangi cabaran demi cabaran terhadap DSAI berhubung isu kotak dokumen bukti rasuah yang dihebohkan sejak mula kembali kepada UMNO. Dia juga meneruskan ugutan "saya akan dedahkan ...", "saya akan dedahkan ..." dan "saya akan dedahkan ..." tetapi dokumen (buku) atau bukti yang mahu didedahkan itu tetap kabur dan dirahsiakan.
Sepanjang ucapan oleh 2 orang penceramah itu, 31 tuduhan dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama DS Nizar dan DS Anwar. Malangnya tuduhan itu tidak disusuli dengan penjelasan atau bukti secara berfakta. Cara ini nyata bercanggah dengan kenyataan Pak Lah kelmarin yang menyebut BN berkempen secara berhemah dan tidak menuduh pihak lain.
-jeritan minda politik malaysia
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
heran aku.. depa dua ekoq tu tak takut mati ka?
Ezam nie kalau dok bagi content yg sama jer.. tak mustahil bila mati nantie dia dok ceramah kat dalam kubur.. Ya lah terbawak-bawak.. hehe
apa pangkat mamat ni dalam umno sehingga diberikan ruang untuk berkempen...
TP@Unmasked...
Liputan berita yang baik mengikut etika kewartawanan. Dari laporan yg dibuat, didapati tidak ade bias pada mana-mana pihak... cthnya memaklumkan jumlah kehadiran puak BN dan juga PR tanpa menokok-mengurang jumlah mengikut kepentingan/bias parti.
Kami di luar dahagakan berita sebenar seperti ini. Thanks.
Yang benar akan terserah jua akhirnya. Yang penting berjuang kerana Allah.....yang lain hanya sampingan. ...Niat kena betul. Perjuangkan Agama Islam dan berdakwah terus berdakwah........
cam na nak wat..perangai dah buta hati...cakap keras mane pon,tak kemana peginye...
la..ezam kotak hidup lagi ka???aku ingat dah mamp.. dah.....
tp makcik gua org kuat bee end kt kg pak darus..sebelah rumah dia org kuat pas. harap dapat liputan lg & lg kt area taman kaya,k! selamat bejuang para blogers pro PR
Zambry Glap, rumah nenek kawan sepupu belah menantu gerfren saya sebelah lorong sana kena sumbat dan jalan sawah tepi kuari marbel belubang, boleh ker Zambry mai tengok tengok sat ? Nenek glap tu belum kahwin lagi...boleh pi buat rombongan meminang sambil pancing undi...
raja kotak pencen jer la,nak muntah dengaq adegan kotak dari dulu lagi, cuma yg beza jumlah kotak jer,baik la hang buka kilang kotak lg baguih noo..zambri lak awat takut sangt nak bubar DUN, la ni mana ada projek pmbgunan kt perak.cntractor takut nak buat...lepaih depa buat tiba2 tukr krjaan balik ligkup bisnes woo..prjek mee segera ada la..
Post a Comment