"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 04, 2009

Jawatan NO 1, 2 Dan 3 Harus Dipimpin Ulamak?

Dalam Buletin Utama TV3 Suku malam ini, sibuk mereka membuat laporan mengenai Muktamar Dewan Ulamak PAS yang telah berlangsung hari ini. Ada usul yang telah diketengahkan hari ini iaitu tempat NO 1, NO 2 dan NO 3 haruslah dipimpin oleh golongan ulamak.

Aku pun teringin nak komen nih.., pasal aku tengok MSO begitu mendapat tempat kat TV3 Suku malam ini. Begitu banyak ruang masa yang telah diberikan kepada beliau yang bagi aku tak lebih daripada ada agenda yang terselindung. Naik menyampah aku dibuatnya.

Cuba tengok semasa mereka (TV3 Suku)menemuramah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad. Yang aku sempat dengar hanyalah 'inilah masanya....', lepas tu terus dipotong. Kalau tak silap aku tak sampai pun seminit. Bagi aku, komen yang sebegini kira best... Apakah ini juga kerana Dr Dzul merupakan golongan profesional?

Sambung cerita, tempat Presiden dah sah tidak dipertandingkan. Sekarang yang tinggal hanya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Aku hanya nak tumpukan perhatian pada jawatan NO 2 (timbalan presiden). Mereka mengatakan Nasaruddin Mat Isa mewakili ulamak, manakala Dato' Husam dan Abang Mat Sabu mewakili golongan 'erdogan' (siapa yang mula2 ilhamkan gelaran ini aku pun tak tahu).

Aku malas nak ulas sangat sebab Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Mursyidul Am PAS (tokguru yang paling aku sanjung) telah mengulas mengenai istilah 'erdogan' ini. Yang aku nak bagi tahu ringkas sahaja iaitu TGNA mengatakan lebih kurang berbunyi, 'kewujudan golongan erdogan dalam PAS adalah satu kebaikan'.

Bagi aku yang penting disini ialah, golongan mana yang dilihat sudah beberapa kali yang begitu berminat untuk 'bersama dengan UMNO', samada golongan ulamak ataupun erdogan?. Tidak kiralah dengan ungkapan nama apa sekali pun. Yang jelas..., kearah untuk bersama dengan UMNO.....

9 comments:

Anonymous said...

Dah tahu TV3suku tu kerjanya nak punah ranahkan jemaah, dah nampak terang puak2 hang yg melampau duk kutuk ke pemimpin2 sendiri, apalagi TV3suku pun tambah lagilah, mudah2an puak2 hang semua jadi semakin benci lagi pada pimpinan tu! Dlm hal muqabalah ni,sebab puak2 hang duk marah sangat, aku syorkan hang cadangkan pindaan slogan "Pas for All except amNO". kih kih kih....

Anonymous said...

"Saya mengikuti perasmian Muktamar Pemuda semalam di Taman Melewar & sekarang Muktamar Dewan Ulamak dan satu persoalan yang sama berlegar-legar dalam kepala - siapakah Ulamak dalam 3 Calon Timbalan Presiden.

Hari ini bergegar muktamar Dewan Ulamak dengan saranan agar tiga jawatan utama PAS - Presiden, Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden mesti dari kalangan ulamak!!

Bagus!! Saya amat bersetuju ulamak mesti membimbing kita dan kedepan mendepani sebarang permasalahan sepertimana ulamak terdahulu mendepani zaman mereka dengan pemikiran dinamis untuk zaman mereka dan serta lontaran idea dan buah fikiran sesuai hingga ke zaman sekarang.

Tetapi siapakah di antara 3 calon timbalan presiden tersebut ulamak? Inilah persoalannya. Ustaz Nasarudin bukannya ulamak. Buktinya semasa pemilihan diantara beliau dengan Ustaz Hassan Sukri dan Ustaz Harun Taib tempoh hari, beliau turut sama di labelkan sebagai professional menentang ulamak. Tetapi apabila beliau di cabar oleh Mat Sabu dan Husam (yang jarang berkopiah) tiba-tiba beliau di kira ulamak?!

Apa kriteria Pas untuk menetapkan seseorang itu ulamak atau tidak? Adakah wujud satu guideline khas atau S.O.P. menggariskan ciri-ciri yang perlu ada untuk diiktiraf sebagai ulamak dan badan manakah dalam Pas yang 'menabalkan' seseorang itu sebagai ulamak dan bukan ulamak?

special task force said...

saya minta jangan digembar-gemborkan isu ulama, yang penting PAS terus maju dalam masyarakt pelbagai bangsa. kalau nak tekan sangat ulama, apa jadi pada ketua ulama yang tuduh perhimpunan kali ini ada unsur rasuah. lepas itu kata tak ada, kalau ulama cakap mesti dngan fakta. selama ini ulama dominan masa pru11, apa jadi PAS kalah teruk lepas geng erdogan ambil alih pentadbiran dan kerjasama dengan pas, pas menang dan dapat tawan beberapa negeri. masa datuk asri, pas bukan ulama dapat letak calon dibanyak kawasan parlimen waktu tu. saya rasa cukuplah cakap pasal ulama. takut nanti yang ada atas tu jadi ular dalam semak. kita tengok lepas ni, dah dapat kuasa satu negeri lagi. sekarang tumpu pada kuatkan saf parti. siapa yang layak dia akan bawa PAS sebagai parti dominan org melayu.

zali said...

ya...setelah beberapa bulan dalam
lokap...kini zali kembali untuk
menghuru-harakan perisik rakyat.

saya memang tertarik dengan
persoalan yang di lontarkan oleh
anon 10:39 yang saya pasti
tempang perak unmasked sendiri
amat dungu untuk menjawabnya.

Apa kriteria Pas untuk menetapkan
seseorang itu ulamak atau tidak?

bagi saya...tiada.

dalam pas semua nya ulamak...tahu
melagukan fatihah dengan lenggang
lenggok yang boleh buat mata
terpejam...haa,kira ulamak la tu...

pirah!

Anonymous said...

zali ni sapa ek? terlepas dari kandang? opps sori lokap rupanya ... marah kerana orang kutuk kerajaan perpaduan, perpaduan apa kalau ketika nyawa-nyawa ikan baru nak berpadu, melepas anjing tersepit adalah ... !!!

Anonymous said...

dear al banduan zali
kira ok la
dalam pas semua nya ulamak...tahu
melagukan fatihah dengan lenggang
lenggok yang boleh buat mata
terpejam...haa,kira ulamak la tu...
dari ulamak umno yang tak tau
melagukan fatihah
yang dia org tau melengokan dalam
majlis tarian separa bogel..
contohnya..macam.zahid af 2 ehhh zahid hamidi...
pocho pocho ke.

zali said...

oh...patut ustaz siva dan ustaz lim di sokong pas...

sebab depa tau baca terjemahan beberapa potong ayat quran...

brengsek punya pas!

Unknown said...

salam semua ahli pas or bukan pas

sy pnyokong pas sjak sdekad lalu...slama 2 jgk sy benci mnatang Am-No ni...jgn kata nk brmulabahah apa tah dgn nk brslam pun sy xnk nak. Am-No ni parti jahat, mngajar kjhatan, menyemai kebncian & mcm2 lg la...klau nk buat jgk kerajaan perpaduan dgn bangsat Am-N0 ni PAS boleh blah, nyah dr muka bumi ni. berkwan, berKERAjaan dgn Am-No jdlah PAS pun parti lahanat jgk.
Mati hdup balik aku xkan sokong PAS.

Unknown said...

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.