"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 05, 2009

Muktamar 55: KERAjaan Perpaduan (Sokong Membawa Rebah..!) - malaysiakini

Mintak maaf para pembaca sekelian ahli-ahli PAS terutamanya para penyokong idea "KERAjaan Perpaduan" kelolaan beberapa individu didalam Parti Islam terbesar di Malaysia. artikel ini agak kasar hujahnya dan jugak agak menjelekkan bagi yang menyokong usaha-usaha kearah pembentukan "KERAjaan Perpaduan" ini.

Maka berkatalah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini supaya golongan ulama sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Kata Datuk Mohamed Daud Iraqi, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

Ya... memang betul kata Datuk Mohamed Daud Iraqi. kalau dilihat dalam lipatan sejarah, idea seBANGANG inilah yang membuatkan PAS yang pada satu ketika dulu cukup kuat disaat kejatuhan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dahulu turut tertonggeng menyembah bumi dan mengambil masa yang "sekejap" sahaja untuk bangun kembali iaitu "hanya sekitar 20 tahun sahaja".

Kalau budak perempuan, dah beranak pinak kalau tahap kesuburan tubuh badannya melangkaui tahap kesuburan pemikiran pemikir-pemikir yang mencambahkan idea BANGANG ini.

Kerana idea BANGANG beginilah makanya pada satu ketika dahulu PAS dikenali sebagai sebuah parti yang didalamnya dipenuhi oleh mereka-mereka yang handal-handal dalam bab-bab Agama Islam tetapi dangkal dalam hal-hal dunia yang sepatutnya turut dijuarai oleh mereka-mereka ini berpandukan kepada kehandalan mereka-mereka ini didalam ilmu akhirat.

Itu cerita BANGANG satu masa dulu dan yang terlibat dalam idea BANGANG ini satu masa dulu ialah orang-orang lama yang pengalaman politiknya kurang kerana pada masa dulu-dulu, tak siapa-siapa menyangka bahawa politik itu adalah sekotor ini.

Hari ini semenjak tamat PRU-12 idea BANGANG ini kembali bergema kesana-sini. ada lagi yang kurang prihatin dan masih punya kepercayaan karut bahawa idea "KERAjaan Perpaduan" adalah satu idea yang baik dan harus dipersetujui oleh semua rakyat Malaysia. siap nak buat sessi penerangan lagi supaya "kununnya" nak bagi rakyat faham.

Nah kau..! rasa-rasa aku la, kalau nak buat sessi penerangan, tak payah la buat sessi penerangan supaya rakyat paham apaa itu idea BANGANG tu (KERAjaan Perpaduan) sebaliknya eloklah kalau dibuat penerangan kenapa pemberi idea BANGANG itu gatal sangat nak bertomoih dengan parti yang satu masa dulu, kini dan selamanya tak habis-habis nak menyekat gerakan mengembangkan Islam di Malaysia.

Aku cukup-cukup tak paham bila ada pimpinan PAS yang nampak sangat-sangat berminat nak bergelumang dengan gerombolan yang satu masa dulu (sampai sekarang) tak habis-habis memburuk-burukkan dan sepanjang usianya berusaha keras nak membunuh kreadibiliti PAS yang semakin hari semakin mendapat tempat di Malaysia.

Lupakah orang-orang ini parti mana yang menganiaya mangsa-mangsa Memali dahulu..? lupakah orang-orang ini parti manakah yang mengISAkan beberapa sahabat-sahabat seperjuangan mereka-mereka ini yang berjuang mempertahankan hak rakyat..?

Berapa banyak kali nak kena peringatkan pemikir-pemikir goblog ini akan sejarah-sejarah hitam yang berlaku pada PAS dan juga saat-saat sukar yang PAS lalui akibat dari tindakan gila babi UMNgOk/Barisan Nasiyonal..?

Apa pemikir-pemikir songsang ni ingat hebat sangat ke mereka ni sekiranya PAS membentuk apa yang dinamakan sebagai "KERAjaan Perpaduan" dengan UMNgOk/Barisan Nasiyonal..?

Tak boleh ke pemikir-pemikir goblog ini bersabar sedikit sebelum PAS atas kekuatan sendiri bersama parti-parti PKR dan DAP dapat membentuk Kerajaan di Malaysia..? apa rasa-rasa umur dah nak sampai penghujung tapi matlamat tak tercapai maka idea BANGANG ini terpaksa dibuat supaya pemikir-pemikir ni tidak mati celik sebab kempunan nak pegang jawatan dalam kabinet Malaysia ke..?

Kadang-kadang aku heran dengan orang-orang macam ni... nak cakap tak cerdik, masing-masing pegang jawatan penting dalam parti, kelulusan bukan calang-calang, tapi tahap pemikiran sikit punya kusut. entah apa yang difikir aku tak tau.

Nak perbetul dari dalam? tak payah la dok buang masa... daripada dok sebok-sebok nak perbetul struktur yang dah reput tu, lagi baik perkuatkan lagi struktur yang dah sedia ada elok ni dari jadi reput macam struktur lama tu.

Tak fikir ke diorang ni..? berapa ramai dah yang nak perbetul dari dalam "kununnya" dulu last sekali jadi apa? semua jadi pariyah..! ni dah elok-elok dok dijawatan yang selesa dan dihormati nak jadi hero bergelumang dengan taik jugak. mungkin juga para pemikir-pemikir ni dah merasakan bahawa mereka-mereka ni dah hebat sangat dan akan pasti (kununnya) berjaya merubah struktur yang reput tu menjadi struktur yang kukuh kembali.

Pergh... tinggi gila cita-cita... hallo mereka-mereka yang berkenaan... jenguk-jenguk dalam parti sendiri dulu, nilai diri sendiri dalam parti sendiri baru letak level kamu dimana diluar parti. kalau dalam parti sendiri pun dah ramai yang tak boleh terima idea BANGANG macam ni, tak payah la nak cakap aku mampu buat perubahan diluar sana..! POOORAHHH...!!!

Ingatlah balik apa yang UMNgOk dah buat pada kita selama ini. berapa banyak kesusahan yang UMNgOk dah bagi pada kita dan sampai sekarang pun UMNgOk masih ada banyak modal untuk menghancurkan kita. "KERAjaan Perpaduan" adalah salah satu dari modal UMNgOk untuk menghancurkan PAS yang semakin mendapat tempat dihati sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.

Aku tak nampak kebaikan dalam idea "KERAjaan Perpaduan" yang "kununnya" sedang diusahakan oleh sebilangan pemikir-pemikir goblog dengan UMNgOk... UMNgOk terlalu lemah ketika ini dan waktu UMNgOk lemahlah baru idea "KERAjaan Perpaduan" dipersetujui. ini ada udang sebalik batu...

Kenapa lepas selesai PRU-10 dulu idea "KERAjaan Perpaduan" yang diusulkan oleh PAS tak dipersetujui oleh UMNgOk..? sebab masa tu UMNgOk tak Ngok macam sekarang... jadi janganlah pulak ada pemikir-pemikir dalam PAS yang cuba ambik alih gelaran Ngok dengan usaha kearah "KERAjaan Perpaduan" dengan UMNgOk.

Hampir 20 tahun Kerajaan PAS di Kelantan, berapa banyak fitnah dah UMNgOk tabur dan berapa banyak cerita keburukan Kerajaan PAS Kelantan ditabur olleh UMNgOk keseluruh Malaysia melalui media perdana sampaikan kalau orang Johor tau siapa-siapa individu yang dikenali mereka adalah rakyat Kelantan, dengan selambanya mereka berkata " kesian negeri kamu ye... "dengar cerita" nak cari makan cukup susah di Kelantan... sampai kena mengemis di negeri lain...

Satu masa dulu kalau korang tak lupa sekitar tahun 1998, aaku ingat lagi bila akhbar dok mainkan isu kononnya hampir 90% pengemis-pengemis jalanan di Kuala Lumpur ialah rakyat Kelantan yang kesempitan dan terpaksa mengemis sampai ke Kuala lumpur untuk mengisi tembolok.

Dengan KERAjaan macam ni kamu nak bersekongkol? Khak Ptuih..!

Aku ingat lagi lebih dari sebulan media-media perdana dok siarkan kemiskinan rakyat Kelantan padahal pada hakikatnya jauh panggang dari api apa yang dipaparkan di media.

Tapi masih ada pemikir-pemikir BANGANG yang tahap pemikirannya jauh sangat melangkaui apa yang perlu difikir.

Aku dah malas nak cerita panjang-panjang, karang tak pasal-pasal ada pulak yang tak sempat habis baca artikel ni terus hempas laptop atau PC dengan kerusi sebab panas kepala.

Aku ada cadangan paling baik untuk pemikir-pemikir BANGANG yang tak habis-habis dok canang idea "KERAjaan Perpaduan" ni...

Ada baiknya para pemikir-pemikir BANGANG ni isytihar je keluar dari parti PAS dan umumkan terus kemasukan korang kedalam UMNgOk... ini masa yang terbaik untuk berbuat demikian. UMNgOk pada masa ni amat-amat kekurangan pemikir-pemikir.

Kalau ada rezeki, mungkin korang-korang yang aku maksudkan tadi akan dicalonkan dalam mana-mana Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan dibeberapa tempat tak lama lagi. korang nak sangat kuasa kan? pergilah...

UMNgOk pun tengah tandus tu... mungkin kemasukan korang-korang dalam UMNgOk akan memudahkan lagi kerja Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasiyonal dalam PRU-13. yang ni aku cukup yakin.

Oi...sudah-sudahlah tu... kukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat lagi bagus daripada dok repair buah labu reput tu... ni sape master mind ni..? Ngok betul la..! ish...

Mana-mana perwakilan yang nak memilih tu aku malas nak hint-hint dah... pilih je la team Erdogan untuk mana-mana jawatan yang diorang tu dicalonkan... kita nak perkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. jangan buang masa yang ada untuk nak hadapi masalah-masalah yang bakal ditimbulkan oleh pro Muqabalah ni. buang masa.

PRU-13 dah dekat... nak buang masa dengan masalah-masalah yang sama atau nak gunakan masa singkat yang ada ni untuk kuatkan lagi Pakatan Rakyat? korang fikir la sendiri. semua dah cerdik. jangan jadi Ngok.

Cukuplah dok bagi bola tanggung dekat geng belah sana. patutnya sekarang ni kita dah smash dah. eh... nak smash macam mana kalau asyik-asyik kita je bagi bola tanggung?

Bangun oi, bangun...!!!

Ni aku nak tambah sikit lagi... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang Menteri Besarnya ialah DS Ir Nizar dari parti PAS telah dijatuhkan dengan cara yang paling celaka sekali oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal..! jadi pada aku, mana-mana individu dalam Pakatan Rakyat yang masih nak promosikan lagi idea "KERAjaan Perpaduan" ialah mereka-mereka yang merestui apa yang dilakukan oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Jadi mana-mana individu dalam Pakatan Rakyat yang "merestui" perkara ini dan berhajat "bertomoih" dengan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dengan idea "KERAjaan Perpaduan", maka lebih celakalah individu-individu itu kerana merestui perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang luar terhadap sahabat sendiri..!

Nyah kau celaka-celaka sekelian..!

38 comments:

Anonymous said...

kepada pukimak2 anak haram dlm pas yg suke sgt kt umno tuh...aku pastikan korang diterajang sama2 dgn umno pru13 nih

Anonymous said...

terima kasih kerana menunjukan belang anda..jangan campur urusan PAS..
jangan hina ulama' kerana ALLAH mengatakan orang paling takut di sisi ALLAh adalah ulama'
mengikut culaan terbaru ust nasarudin akan mendapat 800 undi lebih dan husam akan mendapat sekitar 20 undi..
terima kasih juga ini disebabkan kempen yang di jalankan oleh blogger upahan menyebabkan saya dan kawan perwakilan meluat sangat terhadap husam..
jangan ingat orang PAS Bodoh..yang bodah adalah awak..
hu huuuuuuuuuuuuuuuuu

Anonymous said...

salam tuan, saya berpendapat, ketika ini PAS adalah dlm keadaan yg kuat.. jika silap percaturan, tumbang tak bermaya.. oleh yg demikian, saya juga berpendapat, jika ada gabungan ulamak & profesional dlm posisi tertinggi parti ini, mampu mengukuhkan lagi kekuatan PAS selaku pesaing terdekat dgn UMNO..hanya pendapat peribadi, sama ada gabungan Hadi-Husam atau Hadi-Mat Sabu adalah gabungan yg ideal... - Neo

Yong said...

Ulama yang macam mana kah yang paling takut Allah? Adakah ulama yang ingin bersekongkol dengan golongan yang dulu, kini dan selamanya menolak Islam dan menghina ulama? Ataupun ulama macam Zambery yang ada PhD? PAS akan ditolak oleh ahlinya sendiri kalau bentuk kerajaan perpaduan dengan BN. Mengapa ulama PAS syok sendiri pun amat menghairankan. Hangpa lupa kah membersihkan tong taik tak boleh dari dalam. Tak caya hangpa tanya orang2 UMNO yang dah lari masuk PAS. Pi lah hangpa terjun dengan labu2 hangpa ke dalam tong taik depa.

Bin Family said...

berapa banyak ayat bangang dah... bangang.. Kalau pandai sangat janganlah nak ceramah pada yg bangang.. tak de hasil bangang..

Ibnul Munzir said...

Topeng Perak,

Maaflah... anta sepatutnya tidak menyerang mereka yang mengutarakan Kerajaan Perpaduan. Kalau anta faham kerajaan perpaduan, sebenarnya ia adalah knock-out kepada UMNO/BN.

Anta buatlah muhasabah kepada PAS atas sikap sayangkan PAS. Dalam jamaah Islam, kepimpinan itu penting. As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan, "Tiada Islam tanpa Jamaah, dan tiada Jamaah tanpa kepimpinan". Kalau sayangkan PAS, tanamkan sifat sayangkan kepimpinan. Allah melihat apa yang ada dalam hati kita...

Ana lihat anta tak faham lagi Kerajaan Perpaduan tu... Dan kepada para pembaca semua, kalau antum faham kerajaan Perpaduan tu, kalian akan malu dengan ucapan-ucapan kalian yang mengutuk kepimpinan.

Anta masih "menari mengikut gendang musuh"... Ingat! UMNO sangat suka komen-komen sebegini.

renttap said...

buka mata,buka telinga.
sebab kata boleh dosa.

dalam hati ada Allah,insyallah tak mengelabah.
sebab itu ada majlis syura.

kah!kah!kah!
pucuk itik gulai kari dng kerisik,
itulah politik! Tahu yg mana amanah mana reatorik.

ada suis ada punat,
mcm ini lah penulis kalau baru bersunat.
kah!kah!kah!

*peminat

mahatma zambry said...

ibnul munzir....umno lebih suka pas menari sama dengan gendang 'kerajaan perpaduan'. sebab dengan cara tu la umno akan dapat kekal berkuasa...

kenapa sekarang baru nak sembang kerajaan perpaduan...kenapa masa umno dalam keadaan paling nazak ni baru nak sembang....kenapa masa senang, masa majoriti 2/3 dulu tak mau terlintas pon kerajaan perpaduan ni malah pas di belasah cukup cukup dalam keadaan yang tidak adil sekali...sudah laaa ibnu manzil...

ada orang orang macam ko, ada pemikir pemikir tongong macam tu la yang akan buat usaha menjatuhkan kerajaan korup dan zalim ni akan gagal...

'satu lagi projek kerajaan barisan nasional' tarikh luput setahun sahaja...

650501 said...

salam..ada benarnya saranan ibnul munzir...bahasa yang topeng perak guna ni lain macam sikit rentaknya.. dan berhati-hati bila menulis,pastikan anda benar faham apa isu dan isinya agar tidak terjebak dalam kancah fitnah dan adu domba yang pastinya anda tahu akibat dan habuannya di sisi Rabbi

Anonymous said...

jangan masuk campur urusan pas kalau anda bukan ahlinya.

ketua ulama' aku jangan dihina, presiden aku bukan orang yang bangang.

dua ulama' di atas berhujah guna dalil, bukan emosi.

sekian

Hasbullah Pit said...

Alo kawan.

Berpada-pada lah kalau tak suka kerajaan perpaduan pun.

Kalau nak sokong sistem demokrasi British sekalipun, janganlah perbodohkan orang yang nak ubah sistem demokrasi.

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk kerana kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh.

Xenan said...

Bro TP,

study dulu psl UG ni.Kalau kongsi ngn UMNO mmg lah prob.So kita tolak awal2 usaha ni.

Tapi sebagai solution utk kerjasama PR yg sampai hari ni tak register2 lagi ni mmg pilihan terbaik.

Bayangkan lepas PRU13 nanti camner PR nak memerintah kalau tahap kerjasama setakat sekarang.Mmg takan memerintah bro!Hancur..

Anonymous said...

Apa hal ni? Sebut je muqobalah, haram mustahil! kerajaan perpaduan, haram mustahil! Padahal baru nak berbincang, disensasikan macam nak kuatkuasa serta merta! Kalau sebut je perkasakan pakatan Rakyat, amacam? wajib ke sunat ke makruh???

HaHs said...

WOI SEMUA !!!!!!!

CAMNILAH !!!!

AKU TAK NAK CITER BANYAK DAN AKU SOKONG HUSAM ATAU MAT SABU BUKAN ABU (ASAL BUKAN UMNO)

AKU FAHAM SGT KERAJAAN PERPADUAN DAN DULU AKU MMG SOKONG UG NI TAPI APA RESPON BN? HAMPEH!!!!! DIORG DAPAT POLITICAL MILEAGE TAPI PAS DAPAT APA? DIKEJI SATU MALAYSIA.
DIORG DAH JUMPA ANWAR TP ANWAR MINTA DIBINCANGKAN BERSAMA PAS DAN DAP.

KALO PEMIMPIN PAS DAN PENYOKONG MUQABALAH NAK SGT UG NI BOLEH. AKU TAK LARANG TAPI DGN SYARAT.

KERJASAMA SUNGGUH DGN PR BERSATU TENTANG UMNO BN. JATUHKAN DAN MENANGKAN PR PADA PRU 13 NI DGN KEHEBATAN IDEA DAN USAHA BERSUNGGUH2 KORANG. BILA PR DAH MENANG, HAPUSKAN DAN SELESAIKAN KES RASUAH DALAM KERAJAAN DAN BN. DAKWA PEMIMPIN2 YG RASUAH. LEPAS TU PR BOLEH OFFER MEREKA UNION GOVT DAN 1 MALAYSIA BOLEH BERJALAN TANPA MASALAH!!!!!! KALO NAK UG SKRG, JGN MIMPI SIANG HARI, BKN NAK TUMBANGKAN DIA, SILAP HARIBULAN KITA YG TUMBANG.

UlarMamak said...

apa pasai UMNO/BN baru nak pikir kerajaan perpaduan selepas pru 12? di dalam keadaan UMNO/BN nazak.

semasa lepas pru 11,UMNO/BN menang selesa bergaya dengan modal "mr clen" takde dengar pulak pas diajak bentuk kerajaan perpaduan.

tak baca sejarah ke, taun 1978 pas dah dipariahkan oleh umno/bn.

mat s said...

Salam..biarlah sesiapa saja yg menang,saya percaya dan yakin mereka semua sayangkan PAS dan ingin tegakkan negara Islam..
MatSabu,Husam & Nasa..mereka semua berniat baik dan layak utk jadi pemimpin..Sebagai ahli, marilah kita berdoa agar yg terbaik diantara mereka menjadi pemimpin dan yg gagal pula akan terus bersama-sama berbakti demi memperjuangkan ISLAM...

Nasir said...

Tuan Guru Nik Aziz ulama kita pun ada cakap: Masa UMNO buang kita dulu, tuan-tuan tak ada lagi masa tu. Betapa hinanya kita waktu itu....

Fikir-fikirkanlah pada orang yang cintakan Kerajaan Perpaduan. Kata sayangkan ulama. Ngape tak nak ikut..

amoi gopeng said...

kot x suka pun ngan ide tu...nape sampai guna perkataan bangang ...nilai diri dulu sblm berkata..apakah hujah Tn Guru Hj Hadi setaraf dengan hujah anda???apakah rasional pemikiran beliau sama dengan kewarasan fikiran anda???Dan lebih utama lg..apakah tahap ilmuan,takwa,amanah pd ilmu dan kefahaman beliau akan maslahat ummat melepasi kehebatan anda....jd saya rasa idea beliau tidaklah sebangang tafsiran dn ulasan anda...wassalam.

Anonymous said...

Hj Hadi masih berharap Kerajaan Perpaduan akan tercapai jika kerajaan respon.
PKR/DAP akan terima gagasan ini?
Boleh ke?

* Anggota kelab penyokong PAS adalah bukan Islam?.....

apa yang PAS telah lakukan ni?

MatBelang said...

Asw, aku dari tetap tidak menyokong KERAjaan perpaduan ni. Biasala, masa UmnOngok dah nak mampus, kita nak pi tolong depa buat apa? Nanti bila dah kuat dan segar, kita pulak di terajangnya. Manusia yang baikk2 ni selalunya diperbodoh-bodohkan oleh orang yang jahat mcm Umnogok. Jadi, kita kena lebih cerdik dalam sepak terajang politik. Kalau tak, kita duk kematu kat tahap lama tapi cita-cita nak perintah Malaysia. Kita kena sedar bahawa kita perlukan pendekatan dan cara berpolitik yang advance untuk lebih advance. So, reject je yang minat nak berpeluk kembali kepada Umnogok. Allahuakbar

Unknown said...

salam TP
Kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang sehingga PRU13, masa PRU13, PR vs BN sekali lagi, so jika wujud Kerajaan Perpaduan, mulai saat ini hingga PRU13 akan wujud kerajaan tanpa pembangkang, dan semua Ahli Parliemen dan DUN akan dapat peruntukan utk melaksanakan aktiviti2 masiang2 di kawasan masaing/. kerajaan perpaduan bukan kerajaan PAS masuk BN macam tahun 70an dulu. ini berbeza dari dulu. so dlm kabinet akan ada semua yang akan jadi menteri, cuma siapa yg akan jadi PM, TPM... itu yg saya faham lor, so harap TP faham apa dia kerajaan perpaduan.. bukan seperti yg sdra tuliskan.. sama ada idea ini bernas atau tidak, Hanya Allah Maha Mengetahui.

Anonymous said...

heh.. PAS dulu mane ade utk semua. semenjak berpakat dengan pakatan haram ni baru nak pas utk semua dan kini kerajaan perpaduan dorang Pakatan Rapuh ni nak terima? Pakatan Rapuh ni nak dorg jr yang betul .. yang lain bagi pandangan semuanya salah ..

kenamengena said...

kepada sham;

apa yg awk ckp mmg agak menyakinkan.tp bg sy adalah tidak adil utk mengadakan kerajaan perpaduan di saat rakyat sudah mula bosan dgn BN.akibatnya rakyat akan cop semua parti politik di malaysia tak guna sama sekali.memperbodohkan pengundi utk mendapatkan jawatan/kuasa secara mudah.BN sekarang dalam keadaan tersepit(tp tersepit lagi rakyat) mereka dah nampak keadaan sekarang tidak memihak kepada mereka jadi utk terus berkuasa maka idea kerajaan perpaduan mula dicetuskan.tidak salah jika pemimpin pas hendak berunding tp harus diberi tahu kepada rakyat yg mengundi pas.kenapa mereka buat dalam diam2? itu yg jadi persoalan skrg.rakyat malaysia skrg cuba utk memberi peluang kepada parti lain selain dari BN utk memerintah malaysia.knp PAS harus mempersiakannya??

bukan ahli

Anonymous said...

terbukti sememangnya penyokong PAS memang angkuh dan bongkak, suka buruk sangka.

Pemerhati said...

apa yang best sangat jadi bos PAS nie? Boleh dapat banyak project ke?
Boleh dapat banyak bini tudung labuh ke? Boleh dapat Gelaran Tuan Guru ke?

Haha gado lah lagi.. gado.. 2X5 sama je dgn UMNgok...

Anonymous said...

kalau nasa menang memang perwakilan PAS suka ngan penipu, PAS=UMNO, klau nasa menang gud bai PAS

nuqman technology said...

UG satu lontaran idea Presiden Pas, kalu tak setuju tidak apa apa cuma jgn le menghentam sampai lupa apa yg kita perjuangkan. kenapa kita tidak mengambil jalan untuk memahami apa itu UG. Susah sangat kita buat parti baru. Mana-mana yg rasa dirinya teror sgt, jadi lah pemimpin.

mroslij said...

makin tak faham aku dgn pilitik lani, kalau ikot pemahamam biasa...mmg kita tentang kerajaan perpaduan. tapi ada yg kata knock uot utk bn/umno. mungkin aku tak dapat gambaran sebenar. sapa rajin explain sat

Anonymous said...

yups, aku gak antare yg perlukan penerangan..ade ahli pas yg maen sumpah seranah tahap cipan dah aku memandang...aku tolak BN sbb aku nampak mereke menganiaye..dah sekarang aku nampak dalam PR dah mule bersepah kere sumbang..ape aku mintak..jangan sampai aku boleh pk korang semue same, sbb satu undi dr aku akan aku rosakan sbb takde gune aku pangkahpon kalu same..
salam...

C4U said...

Alhamdulillah, Husam dah menang.

Jadi UMnOngok buleh ucapkan SELAMAT JALAN KERAjaan Perpaduan!

C4U said...

RASMI

Nasa pulak menang!

UMnOngok buleh KETAWA SAKAN!

June 6, 2009 10:18 AM

Ibnul Munzir said...

Tak masuk pulak sending pertama...

Ni saya send sekali lagi... Ia bukan kerjasama dengan UMNO/BN. Ia bukan idea UMNO/BN. Ia idea TGHH untuk kambus terus UMNO/BN. Ia macam perangkap. Sapa pandai main catur, ketika King tersepit, tetapi ada pengawal yang gagah, kita akan umpan agar pengawal tu mati dan check-mate dapat dilakukan. Inilah strategi yang Rasulullah SAW benarkan untuk kepentingan Islam.

Sila baca artikel ni:

Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )

01. Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalamState Assembly" (Dewan Undangan Negeri) maupun di dalam Parliament (Dewan Rakyat) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02. 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun merekadibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan sama sekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.

03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kernatatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja; yakni ANGGOTA KERAJAAN (PILIHAN RAKYAT) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04. Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka, satu negara, satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

Bersambung...

Ibnul Munzir said...

05. Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara, Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajarsokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep guna pakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang). Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia, mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

06. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.

07. 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru, nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA: MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur ( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PDRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Turus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada "Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratusdibawah kuasa Parliament (DYMM Agong). Justuru, ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam "Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan "Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM , Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik. Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utkmenyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

...Bersambung...

Ibnul Munzir said...

10. "Unity Government" juga bererti; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary) atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker). Tetapi berlakumnya '"Separation of Powers" secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu:

i] Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative (Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH. THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana "la ikro hafideen" (Tidak ada paksaan dalam agama / There's No Compulsion In Religion). Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the presentcivil Law.

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '
01. Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut (Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut)... Al Qur'anii) Amal ma'ruf nahi mungkar (Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'aniii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah.

02. Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai.

03. 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar, agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepadakerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas, betul dan tepat daripada mulut ketua-ketuaparti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04. 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasarkerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.

05. Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06. Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI (DAKWAT) digunapakai,semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara "ON-LINE".

07. Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor, peguam, intelektual, professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen (DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai-nilai sejagat dan universal sebagai mana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASASFUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA (RAHMATAN LIL ALAMIN) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy: nasharrawy.nasser@yahoo.com
2009 April 29

Rakyat Marhaen said...

On paper boleh la.. Undang-undang sedia ada pun dah habis dirogol UMNgOk.. Nak percaya lagi kat diorang.. Silakan..

Unknown said...

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

Anonymous said...

Afyan,
What a joke! UMNO di anjung kemusnahan. Just like Nazi, it must be exterminated. You PAS people who love the unity thingy, go ahead man. How many times PAS kenna teruk2 when they venture into this stupid thingy. PAS mudah lupa. OK, tak apalah.

Wahai orang2 melayu,
Buka mata anda. After all these shit holes, I got to agree with Tunku Abdul Aziz, DAP was, is will be the most principled party in Malaysia. Yes, you might not like Karpal. He's upright.....Never one word Karpal said wanna join the devils. So do all DAP folks who stayed on & fought for so many years.
Enough of all these nonsense....Ketuanan melayu, Ketuanan Islam.......Ketuanan melayu can put all food on all poor people's table especially the poor malays meh?????
I am sorry for being very emotional. I condemn those people who kenna psychoed into thinking that DAP is a chinese party. Yeah, some jokers even say that DAP jangan gatai nak bubuh calon2 melayu. Bullshit!
I am very wary of what Hadi Awang said. It's very unbecoming even as muslim.......It's time to strengthen the malay wings in DAP to counter all these shits......

People,
By the way, PAS jangan sekali-kala GATAI nah bubuh calon2di Sarawak & Sabah.......Settle your house matters first.....I dare to say PAS would lose all their deposits in Sabah & Sarawak......It's far worst than some jokers commenting on DAP placing malay candidates in Perak

looes74

Unknown said...

Sudah masanya Umno dikuburkan. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.

Sebrang usaha PAS masuk BN / Umno pasti akan ditolak oleh ahli PAS yang bijaksana.

++++++
Agenda 916 Anwar telah gagal.

Gagal sama sekali gagal!

Tambah memalukan apabila ADUNnya melompat dan meletak jawatan.

Perjuangan tidak semudah itu, kawan....

Tidak semudah mengajak MP melompat parti menyertai kita.

Jika tidak, sudah tentu Nabi Muhammad sudah menerima pelawaan Quraisy untuk menjadi pemimpin.

Musuh Muhammad ie Quraisy mempelawa Muhammad menjadi pemimpin mereka nombor 1.

Tetapi Muhammad menolak.

Muhammab mahu membina Islam di atas runtuhan jahiliah!