"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 20, 2009

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

Ketua Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada MAlaysiakini, tempohari.

Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

Beliau dilaporkan berkata:

Soalan:Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini?

Tantawi:...Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”


Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan.

Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia.

Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah datu tenaga kea rah penubuhan PAS.

Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi?

PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn ISlam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Dalam senyap2 PAS berdakwah dgn UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO.

Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi, mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan?

Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa.

Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah.

Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.

Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu

Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO.

Juga diambil dari Penarik Beca@Bakaq:

"Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":

Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz..."
Sila baca juga:

a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

10 comments:

Syeikh YB said...

Nabi musa berhenti berdakwah Firaun tatkala firaun hampir tenggelam. lani UMNO dah hampir tenggelam.biarkanlah tenggelam

CUPING MERAH said...

puak2 umno tk perlu didakwahkan lagi..pintu hati mereka2 ini telah ditutup rapat oleh allah akibat dari perbuatan mereka sendiri.

marilah kita berdakwah untuk rakan2 kita dalam pakatan rakyat walaupun dikalangan mereka bukan islam tetapi pintu hati mereka terbuka untuk terima islam.

Anonymous said...

Huru-hara yang berlaku di dalam PAS yg disebabkan oleh UG ini sebenarnya adalah dugaan dari Allah SWT kepada semua ahli PAS utk sedarkan mereka bahawa "PEMIMPIN BERTARAF ULAMAK TAK SEMESTINYA BIJAK DAN MESTI DIPILIH UTK MEMIMPIN PAS PADA MASA AKAN DATANG."

Bukankah isu Pemimpin PAS mesti ULAMAK yang panas dimainkan sebelum dan sewaktu Muktamar PAS berlangsung baru-baru ini???

Jika direnung secara mendalam,Sedarlah wahai sekalian penyokong PAS, terimalah hakikat yang TGHH yg bertaraf ulamak ni tidaklah sebijak Allahyarham TG Fadil Nor dan TGNA dalam berpolitik.

Bagaimana la TGHH nak jadi PM jika PR menang PRU13 nanti, jika isu tentang UG yg beliau timbulkan ni pun lambat nak diselesaikan di dalam PAS???

Kalau kita tengok IRAN, adakah PM Iran Ahmadinejad yg ditakuti US tu dari kalangan Ulamak???

Jika diambil iktibar akan isu yg timbul ini semoga pada muktamar PAS yg akan datang, tidak kira ULAMAK ke atau PROFESIONAL ke asalkan layak utk memperjuangkan ISLAM, maka layaklah dipilih utk memimpin PAS...

Anonymous said...

tgna dah jd mb klate dkat 20 thn tp nape pres pas cuma jd mb tganu cuma 4 thn..fikirkn

kp cht ibol said...

yang paling penting kita tulis dengan perasaan takut berdosa dengan Allah. Yang berselisih mendapat pahala atas sebab dosa mengkomentar kita.
pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato' Harissani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak ) siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah....TG..???

madkrie said...

Anonymous said... June 20, 2009 10:22 PM
Huru-hara yang berlaku di dalam PAS yg disebabkan oleh UG ini sebenarnya adalah dugaan dari Allah SWT kepada semua ahli PAS utk sedarkan mereka bahawa "PEMIMPIN BERTARAF ULAMAK TAK SEMESTINYA BIJAK DAN MESTI DIPILIH UTK MEMIMPIN PAS PADA MASA AKAN DATANG."

Janganlah saudara memperlekehkan ulamak..cuba tengok pemimpin UMNO sekarang golongan profesionallah mereka tu..balun duit rakyat berjuta juta..sampai bankrup syarikat..

Anonymous said...

Salam madkri,

Jgn salah faham TG Fadil Nor n TGNA tukan ke ulamak, saya tak perlekeh pun! Yg saya persoalkan adalah tak semua ulamak yg pandai dalam semua bidang ilmu i.e. agama, politik dan pemerintahan...

Saya ulang sekali lg TAK KIRALAH SESEORANG ITU ULAMAK KE PROFESIONAL KE ASALKAN IA DAPAT MEMPERJUANGKAN ISLAM MAKA LAYAKLAH IA MEMIMPIN PAS PADA MASA AKAN DATANG! Amin....

Anonymous said...

PAS bodooooooooooooooooooooooohhhhhh

klu x gile kuasa n cr pangkat nk jd menteri ape niat lain psl unity talks?

pas bodoh
pas gile kuasa
pas mcm sial

ko x igt ke pasal memali?
demi seringgit dua ko sanggup join dgn umno

pas bodoh. kalau pas teruskan juagak...undi bukan melayu akan hilang la bongookkkkk

pas yang bodoh.

Anonymous said...

UMNO dan umat Islam di Malaysia tidak menolak dakwah yang berpandukan Al-Quran dan Hadis tetapi menolak ajaran sesat yang dibawa oleh manusia yang berpakaian mengikut sunnah kononnya tetapi menerapkan ajaran yang ternyata SESATTTTTT..... dan berani mengaku ulama. Ulama ker..?

Anonymous said...

haha..bodohnyer umngok!!berpandukan Quran apa yang umeno pegang..bila suruh laksana hudud korang tentang..bila ada peluang duit under table je ..korang belasah tak kira masa..bini pemimpin sendiri tak tutup aurat.. korang tak ambik berat...mana punya islam yang korang ikut aku pun tak tau..nak kutuk2 nik aziz konon..ceh!! dia tanya ko bab istinjak ngan air je belum tentu korang leh jawab..BODOH PUNYA UMNO!!