"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 04, 2009

JAIS tawar RM10,000 tangkap Rasul malaya ni...!-Malaysiakini

Perlukan wang? tak payah ampu dan mintak kat UMNgOk atau pinjam Along, cuma mau tolong... Baca ni...

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.

Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.

Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88 2424, 03-5519 0930 atau 03-5519 0398.

Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

Pengliporlari - Ada lagi sorang pak tua yang nyorok kat langit takut kena tangkap! yang berkenaan di Tranung takkan tunggu arahan ops langit???

hangit la weh...

12 comments:

C++ said...

Bhai..

Nilai RM10 ribu tue sama macam kalau dapat tangkap itu Arapaima Gigas kat Tasek Kenyir jer... hahaha...

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Katakanlah Saidina Umar masih ada lagi sekarang ini, nescaya kepala si Kahar ni ke hulu dan badannya ke hilir.

Dan jangan lupa seperti kata Tok Guru, selain Ajaran-Ajaran Sesat yang tersenarai ini, Umno juga salah satu daripadanya. Umno kan memisahkan politik dari agama.

Umno juga mencipta agama baru.. Islam HADhari.

Anonymous said...

Mengapalah bodoh sangat Pemuda PAS Kemahang ni. Cari jelah si Kahar tu dapat tangkap dapat pahala selain dapat duit tambahan. Nak tunggu Felda bayar lamabt lagi kot! Mangkok Pemuda PAS bangang ni tak tahu tentang tanggapan orang lain mengenai PAS. Antara UMNO dan PAS, PAS pimpinan Nik Aziz lebih menyesatkan. Punyalah taksub, sampai tengok muka Nik Aziz pun boleh masuk syurga!! itu kata salah seorang ahli PAS yg tahap ketaksubannya dah sampai level ultra. Jangan tak tahu PAS lah yg telah memburukkan imej islam dinegara ini, PAS lah yg telah meletakkan umat islam dinegara ini dipandang hina. PAS lah yg telah memecah belahkan umat Islam dinegara ini. PAS melambangkan imej Islam yg mundur. PAS jugak telah melahirkan gulungan fanatik dan ekstrim serta militan. Dan banyak lagi mudaratnya PAS ni. PAS juga meletakkan diri mereka lebih mulia dan lebih harum lagi maksum daripada manusia lain dimuka bumi ini. PAS hanya berkiblatkan Nik Aziz. PAS tidak menerima pandangan orang lain mengenai islam selain dpd Nik Aziz. Semuga Allah memberi petunjuk kpd Nik Aziz dan kuncu-kuncunya...

tengala said...

mamat nie pun ahli UMNO seumur hidup sama macam ayah pin...memang samseng la UMNO nie..dah terkena sumpahan TGNA gamaknya...

Anonymous said...

Hairan ye..kalau PAS sesat kenapa bila ada orang meninggal dunia even orang UMNO pun cari orang PAS untuk mandi mayat

madkrie said...

betul..betul...aku rasa depa nak bagi lagi sesat kot..hehehehehee..

ramisma said...

ishh..sama nilai dengan tawaran jabatan perikanan suruh tangkap ikan naga di tasik kenyir terengganu.takan org ajaran sesat ni nak tangkap dia nilai cuma rm10,000 ribu je

pengliporlari said...

luit suma diorang angkat tabur kat manik urai ma...mau luit tahan bakul sana la...sikit jam dia mali tulun

Lobster said...

Patut jabatan agama pon keluarkan ganjaran untuk sape sape yang berkait dengan GERAKAN Sisters In Islam....banyak anak bini orang UMNO kene tangkap konfem....sesat lagi menyesatkan

Lobster said...

Patut jabatan agama pon keluarkan ganjaran untuk SIASAT dan TANGKAP sape sape yang berkait dengan GERAKAN Sisters In Islam....banyak anak bini orang UMNO kene tangkap konfem....sesat lagi menyesatkan

Anonymous said...

si mamat ni polis patut kejar dia sampai dapat,guna sb2 yg bertabur sana sini,jgn dok ligan budak u saja.species ni lagi bahaya,sesat dunia akhirat.tawaran in cukup hebat d saat ekonomi sedang gawat,patut d teruskan utk ajaran2 sesat yg lain ..seperti jom heboh

Anonymous said...

Petikan temuramah dengan Abd Kahar..

S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)


Apa bezanya dengan pengikut PAS???