"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 17, 2009

Laporan Kes Rasuah PRK N-41 Manek Urai - Gambar Berkait.

Laporan kes rasuah di pejabat KESEDAR akan dibuat jam 10 pagi hari ini (Jumaat) di Balai Polis Daerah Kuala Krai oleh Ustaz Mahadi Mat Zin (ketua pemuda PAS kawasan Kuala Krai) dan akan diiringi oleh YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan), Saudara Hisyam Fauzi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan) dan seorang Peguam dari Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Insya-Allah semua pimpinan PAS kawasan akan turut hadir memberikan sokongan.

Sebelum itu, elok kita perhatikan beberapa keping gambar yang mungkin dapat membantu siasatan polis...

Gambar 1
Beg misteri yang sedang dibawa oleh individu dalam gambar diatas menjadi tandatanya. beg misteri ini tiba bersama-sama rombongan TPM pada pagi 13hb. Julai, 2009 lebih kurang jam 10:30 pagi. TPM ketika itu datang bersama rombongan dengan menaiki 2 buah helikopter.

Gambar 2
2 buah helikopter yang dinaiki oleh rombongan TPM mendarat di Padang Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai. antara yang menyambut ketibaan TPM ketika itu ialah bekas ADUN Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan juga Pengurus KESEDAR, Haji Arsyad.

Gambar 3
Bekas ADUN Dabong berbaju kuning manakala Pengurus KESEDAR Berjaket hitam.

Gambar 4
Gambar diatas diambil di Pejabat KESEDAR (kereta Proton Wira Putih dalam gambar milik KESEDAR) Sungai Peria. Manek Urai, Kuala Krai pada pagi hari pengundian dijalankan dan juga pada pagi dimana kami bersama-sama MAFREL, SPRM dan pihak PDRM melakukan serbuan setelah mendapat aduan dari penduduk tempatan berlakunya aktiviti pembahagian wang rasuah pilihanraya oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal.

Dalam serbuan tersebut, kami berjaya merakamkan pengakuan seorang veteran UMNgOk yang ditugaskan untuk membahagi-bahagikan wang yang diakui sebagai wang tambang. video pengakuan boleh dilihat di[sini].

Pihak PDRM setelah mendapat Laporan berlaku rasuah pilihanraya oleh pihak yang membuat laporan pagi ini sewajarnya meneliti dan menyiasat individu-individu yang ada didalam gambar-gambar diatas. perlu disiasat apa kaitan mereka-mereka ini didalam kes yang dilaporkan.

Apa perlunya menaiki 2 buah helikopter untuk membawa rombongan yang tidak sampaipun 10 orang..? adakah ini dilakukan sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. pada aku, menggunakan 2 buah helikopter untuk membawa rombongan yang jumlahnya tidak sampai 10 orang ialah sesuatu yang pelik.

Mungkin rombongan ini takut berlaku perkara yang tidak diingini didalam perjalanan, helikopter terhempas contohnya dan langkah keselamatan yang diambil ialah dengan menggunakan 2 buah heli. 1 untuk membawa rombongan dan 1 lagi untuk membawa beg misteri (wang contohnya)... kalau terhempas, tak de la terjumpa "bahan rasuah" bersama dengan mangsa lalu menjadi tandatanya. tak begitu..?

Ada jugak yang mengatakan bahawa beg tersebut berisi pakaian TPM... aku nak tanya balik... TPM pergi balik hari, sampai pagi, petang balik... TPM ni model ke sampai nak kena bawak pakaian persalinan sampai 1 beg..? berat sangat nampak beg tu kalau nak dukatakan pakaian.

Seterusnya tentu ada kaitan dengan kehadiran Pengurus KESEDAR dengan wang rasuah tersebut sebab yang menyambut TPM ialah beliau dan juga Datuk Ramzi (2-2 ada jawatan dalam KESEDAR) dan serbuan yang dibuat oleh kami juga bertempat di Pejabat KESEDAR.

Kena siasat semua kaitan-kaitan tersebut... mesti ada sesuatu..!

6 comments:

Faz Fazrin said...

bagus2, depa bawa perabis duit rakyat!!

Unknown said...

Report,jangan tak report..

Anak Lenggong said...

Kes salah guna oleh adun selangor camner pulak...ko diam je kee..paparkan la didalam blog ko..nie ha'a kenyataan balah daripada adun PKR wangsa maju...

SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
weechookeong.

Kenyataan saya dalam blog yang menyokong saranan YB Azmin Ali supaya diadakan pertukaran untuk exco Selangor adalah mudah dan jelas. Saya tidak pernah menyebut nama exco yang terlibat atau dari parti mana beliau berada. YB Ronnie Liew Liu melatah ke atas kenyaatan blog saya sama seperti YB Teresa Kok melatah di atas ucapan YB Azmin Ali semasa di Dewan Negeri Selangor yang mencadangkan supaya diadakan pertukaran untuk exco kerajaan negeri Selangor

Kenyataan saya adalah berdasarkan ucapan balas kepada saranan YB Teresa Kok supaya memecat YB Azmin sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Saya sangat terkejut kerana ucapan saya menyinggung YB Ronnie Liew Liu. Saya dapat memahami perasaan YB Teresa yang tidak berpuas hati dengan saya kerana saya telah menuduh beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai ‘senior’ exco walaupun tidak ada terma didalam Perlembagaan Negeri Selangor untuk jawatan sedemikian. Tentu sekali beliau tidak membalas balik tuduhan saya itu.

Dalam memberi maklum balas kepada kenyataan awal saya, YB Ronnie Liew Liu menyatakan bahawa apa yang saya telah utarakan adalah kerana ‘dendam saya terhadap kepimpinan parti’ dan kerana saya telah keluar parti DAP. Untuk makluman semua, saya telah dipecat dari DAP pada 1998 atas alasan saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Namun, peristiwa ini telah berlalu. YB Lim Kit Siang telah menyatakan di parlimen bahawa YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya dalah mangsa kepada ketidakadilan Barisan Nasional. Saya juga ada membuat kenyataan yang serupa di parlimen. Saya juga menyokong usul dan kenyataan dari ahli-ahli parlimen DAP termasuk YB Lim Kit Siang di parlimen. Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan YB Lim Kit Siang dan ahli-ahli parliament DAP yang lain baik di dalam mahupun di luar parlimen

Oleh itu, alasan yang dihujah oleh YB Ronnie Liew Liu itu adalah amat tidak berasas sama sekali. Seandainya alasan YB Ronnie Liew Liu boleh diterima pakai, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang tidak layak untuk mengemukakan sebarang isu berkaitan BN kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri yang telah dipecat daripada UMNO, sama seperti saya yang dipecat daripada DAP

Sepatutnya YB Ronnie Liew Liu tidak perlu untuk melatah dan marah dengan kenyataan saya kerana saya tidak menyebut nama beliau atau nama parti beliau. Tambahan pula, bukan hanya YB Ronnie Liew Liu seorang sahaja yang memegang jawatan ahli exco, ada lagi ahli exco yang lain daripada PKR dan PAS, dan mereka pula tidak langsung ‘terasa’ dengan kenyataan yang saya utarakan dua hari lepas. Perumpamaan yang paling sesuai saya berikan adalah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!

Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. Sama seperti polis, mereka tidak pernah melawat rumah tumpangan, rumah urut, pusat perjudian dan sebagainya. Tetapi mereka masih dapat mengetahui aktiviti yang berlaku berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan mendedahkan nama ahli exco yang terlibat pada masa yang sesuai kelak

Perhatian saya pada isu ini sebagai ahli Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen yang mahukan pakatan rakyat ini meneruskan ketelusan untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya YB Ronnie Liew Liu dan YB Teresa Kok juga berkongsi cita-cita yang sama.

Seperti YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, saya juga mengalu-alukan siasatan daripada pihak polis atau mana-mana badan penguatkuasa ke atas isu ini dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Anak Lenggong said...

Sekiranya benar seperti dikata..bn memberi duit kepada pengundi bermakna:
1. kerajaan negeri pas hanya pandai menyatakan pemerintahan berlandaskan islam tetapi gagal mengawal nafsu anak negeri sendiri daripada menerima wang suapan..mana peginya nilai2 islam yang diterapkan oleh pemerintah.
2. Nik ajis sendiri menggalakkan rakyat supaya menerima rasuah dengan mengatakan umno kasi duit kita ambil tetapi undi pas juga...so sekarang salah siapa..kalau bapak sendiri menghalalkan rasuah..tetapi rakyat ambik dan mengenang budi dipersalahkan pula...kah kah kah betapa bangang nya puak nik ajis ni bila terkena batang idung sendiri menyalahkan orang lain.
3. kerajaan kelantan telah gagal mengawal moral anak negeri..tetapi menggalakkan rakyat menerima rasuah...kena buang perkataan serambi mekah tu buat malujee

Anonymous said...

kalo amik duit..buat apa yg disuruh..tu baru rasuah..

kalo amik duit..tapi xbuat apa yang disuruh..maknenya org yg bagi duit tu la yang bodo..

Anonymous said...

astaghfirullohal'azim