"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 11, 2009

700 Kilometer, Pelayaran Yang Belum Selesai

Minggu ni aku tak baca masa untuk menaip atau update blog sebab sibuk dengan kerja di Selangor... cuma nak sampaikan apa yang perlu untuk pengetahuan umum...

XPDC Royalti Minyak 2... aku akan bersama Syeikh untuk misi ke-2 ni... apa-apa nanti aku akan update... ikut rancangannya kami akan belayar sebelum Ramadhan... tapi ada sikit masalah... baca apa yang Syeikh dah sampaikan dekat bawah...

JOURNEY MAP
Jarak keseluruhan perlayaran yang dirancang ialah lebih kurang 400 batu nautikal atau lebih kurang 700 km, melalui 14 infrastruktur eksploitasi gas dan petroliam di Laut Cina Selatan.

Itulah perancangan saya. Saya amat berterima kasih diatas email-email yang saya terima daripada pembaca yang meminta nombor akaun saya untuk memberikan sumbangan. Seperti juga komen yang saya tinggalkan diposting terdahulu, saya belum bersedia menerima sumbangan kewangan kerana,
  • Segala-galanya perlu dipastikan terlebih dahulu, dan
  • Sebarang kutipan biarlah dibuat oleh pihak ketiga bagi menjamin ketelusannya.
Sehingga kini juga tidak kurang email-email yang memberikan pelbagai maklumat terperinci yang boleh membantu pelayaran ini. Maklumat-maklumat ini banyak membantu saya menyiapkan peta cadangan pelayaran di atas.

Namun, pelayaran ini tidak akan menjadi nyata tanpa kemudahan untuk belayar. Iaitu yang paling penting ialah bot. Sehingga kini pihak saya belum dapat mengenal pasti bot yang boleh digunakan. Saya dan rakan-rakan telah menghubungi banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini, apa yang kami dapati bukan bot tetapi hanyalah alasan mengapa bot-bot yang kami kenalpasti tidak boleh digunakan.

Oleh yang demikian, saya merayu dari para pembaca, sahabat dan kenalan, yang mungkin dapat membantu mengenalpasti bot yang boleh dan mampu untuk pelayaran ini.

Seperti biasa, saya boleh dihubungi menerusi email di azidiaziz@yahoo.com.

Baca : Pelayaran Yang Belum Selesai

No comments: