"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 28, 2009

Mengapa UMNO Galak Sangat Mempertahankan Hasan Ali?

Dalam isu SELCAT baru-baru ni, nampaknya yang begitu bersemangat mempertahankan kenyataan Hasan Ali adalah UMNO. Di kala kenyataan dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP mahupun PAS mengkritik keras Hasan Ali, nampaknya pimpinan2 UMNO begitu galak sekali mempertahankan Hasan Ali.

Pimpinan UMNO yang pertama mempertahankan Hasan Ali adalah Datuk Dr. Maamor Othman yang juga SU Agung, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau pandai mengelat dengan mengeluarkan kenyataan di atas platform PPIM. Beliau sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan di atas platform beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Ampang.

Dr Maamor, telah meminta supaya SELCAT mencontohi prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah :

PPIM : Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm - Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Sedarkah Dr Maamor bahawa prosiding di PAC tidak jauh panasnya berbanding dengan prosiding SELCAT. Mengikut maklumat yang saya dapati, hanya PM dan TPM sahaja yang belum dipanggil mengadap prosiding PAC di Parlimen? Boleh dikatakan semua ketua2 jabatan telahpun mengadap PAC dalam sejarah PAC.

Saya nak Tanya Dr. Maamor, ketua Bahagian UMNO Ampang, apa kurangnya SELCAT berbanding PAC di Parlimen yang SELCAT terpaksa mengikut contoh PAC? Apa yang SELCAT sedang lakukan segalanya selari dan mengikut contoh PAC di Parlimen tanpa ada satu cacat ataupun cela.

Jelas Dr Maamor bersuara kerana takut rahsia UMNO terbongkar. Setakat ini prosiding SELCAT telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sebagai SU PPIM, saya hairan mengapa Dr Maamor tidak bersuara bila Najib Tun Razak luluskan 10 lesen judi sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak bersuara apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat tanpa dibawa 4 saksi yang adil? Kenapa tidak bersuara bila ada 3 orang Melayu/Islam yang duduk di Lembaga Pengarah Calrberg?

Jelas Dr Maamor melacurkan NGO beliau bernama PPIM untuk kepentingan UMNO.
Selepas itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Noh Omar, juga bersuara menyokong Hasan Ali dalam isu SELCAT ini. Takut sangat ke Noh Omar? Saya nak tanya Noh Omar, apa yang beliau takutkan sangat berkaitan dengan SELCAT ini?

Kudis2 dan Busung2 UMNO Semakin Lama Semakin Terdedah

Semua ini menunjukkan betapa UMNO sedang berpeluh dan dalam ketakutan yang amat sangat. Setelah pendedahan berkenaan Khir Toyo yang dan bini Khir Toyo sebelum ini, UMNO semakin tidak popular dan apa-apa sokongan yang mereka dapati sebelum ini pun, sudah semakin terhakis.

Dengan berlangsung lagi SELCAT bermaksud lagi banyak kudis-kudis dan busung-busung UMNO akan terdedah. Sekarang pun orang ramai sudah mulai tahu betapa UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka sedangkan rakyat di bawah memerlukan sangat wang tersebut untuk mengurangkan beban hidup yang semakin berat.

Imej UMNO yang korup tidak mungkin dapat dihilangkan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang sekiranya pendedahan2 yang dilakukan oleh SELCAT ini diteruskan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Hasil dari prosiding SELCAT ini akan terus menguatkan imej UMNO sebagai parti korup dan UMNO tidak mungkin membuat rakyat melupakan hakikat ini. UMNO memerlukan rakyat Malaysia melupakan bahawa UMNO adalah parti korup kalau mereka mahu memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Dan apa yang berlaku di Selangor akan mempunyai kesan ke seluruh Malaysia. Walaupun UMNO Selangor yang melakukan korupsi, tapi bala dan bahana akan dirasai oleh UMNO seluruh negara.

Itulah sebabnya UMNO takut akan prosiding SELCAT ini. Dan yang lebih menyedihkan Hasan Ali bertindak melindungi kepentingan UMNO, bukannya kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat. Prosiding SELCAT ini menguntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO, namun Hasan Ali mahu membela UMNO.

Tulang Besi

8 comments:

Tinta Hitam said...

betul la agaknya Hassan Ali ni mmg nak jadi MB..Saya semakin percaya cerita ni..

Anonymous said...

Hasan Ali pembela Rasuah.....penyokong rasuah Selangor.....baguih ler Hasan....kerusi Menteri Besar menanti...

zali said...

la la la la la la...

Anak Bugis said...

Biar kan saja Hasan Ali ni..
dia ingat nak mempertahankan maruah org melayu lah tu..nasib baik dia dlm PR, kalau dlm UMNO.. sure dah kena gantung..

Anonymous said...

Dr. Maamor ni Saiful Bukhari pun dia bela, ape nak cerita. aku ingat dia ni Dr tak de otak. Otak racist. Menbela melayu dari membela islam. Tak layak dr ni pimpin PPIM sebab dia adalah dr bagi ibu bagi segala racist.

Anonymous said...

Zali said,

la,la, la, la..

eloklah zali kau belah saja dari sini, kau ni sampah dalm blog ini.

Belah, belah, belah...zali ngok.

sasaudengo said...

Ha ha ha ha ha ha.... itu aje yg mampu diucapkan dek ZaliBeNgap?

Nape... sebab memang itu la kenyataan yg amat sukar dinafikan, so, hanya mampu berkata... la 6X.

Zali...zali... bukan aje BeNgap ropenye ko ni BaNgang dan BiNgai jugak adenya!

Anonymous said...

Zali loves Saiful yang kena totok

Zali = mak nyah

Saiful = lelaki lembut = mak nyah

Zali = Saiful